Nellyz. Bakerylicious

Nellyz. Bakerylicious 🏆 Est. 2012

18/07/2025

Couple Cake ❤️👫

Panduan sukatan Mentega/Planta & Gula 😚🥰Semoga Bermanfaat
29/01/2025

Panduan sukatan Mentega/Planta & Gula 😚🥰

Semoga Bermanfaat

28/01/2025

Biskut legend! Semperit!

RESEPI SEMPERIT PANDAN
---------------------------------------------
BAHAN A:

1 cawan marjerin/butter
3/4 cawan gula aising(diayak)
1 biji kuning telur(sy guna gred A)
1 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu kecil pandan paste/emulco(saya guna perasa pandan star brand)

BAHAN B:
2 cawan tepung gandum cap ros
1/2 cawan tepung jagung
1/4 tepung kastard

ceri merah utk hiasan

Cara-cara:
💚pukul marjerin dan gula.pukul manja2 je.pastu masukkan kuning telur dan pukul rata.sekejap je.tak kisah guna mixer atau senduk.
💚masukkan pewarna dan perasa pandan gaul rata.
💚masukkan ketiga2 tepung tadi dan gaul hgga jadi doh yg lembut.kalau doh lembik tambahkan tepung jagung ye..
💚guna acuan semperit bunga dahlia atau tart gulung utk jenis memanjang.
💚bakar suhu 160° selama 20-25 minit atau hgga masak.ikut kesesuaian oven masing2 ye..

selamat mencuba

RESIPI BUTTER CHEESE CAKE bahan23/4 cawan butter1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese1 cawan gula castor5 biji telur (A...
17/01/2025

RESIPI BUTTER CHEESE CAKE

bahan2
3/4 cawan butter
1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese
1 cawan gula castor
5 biji telur (A)
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum } ayak
1 + 1/2 sk baking powder } sekali

Cara-cara membuatnya:

– Mix butter + cheese hingga kembang..

– Masukkan gula sedikit demi sedikit, mix hingga putih creamy …

– Masukkan esen vanilla + garam..

– Masukkan telur sebiji demi sebiji, mix lagi hingga gebu..

- Masukakn tepung sedikit demi sedikit, mix sebati..

– Bake 160°c 45- 1 jam @ sehingga masak..

* sis guna loyang bulat 8″

selamat mencuba MUST TRY!!!

Puding Tutti FruityAda filling Strawberry 🍓, Kiwi🥝, Blueberry🫐, Manggo🥭(untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30bekas)• 10...
17/01/2025

Puding Tutti Fruity
Ada filling Strawberry 🍓, Kiwi🥝, Blueberry🫐, Manggo🥭
(untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30bekas)

• 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
• 1 tin susu cair*
• 3 tin air*
• 1 tin susu full cream* (guna tin susu)
• 1 tin susu pekat*
• 2 sudu besar tepung kastard*
• 1 sudu essen vanila*
• 1 cawan gula pasir*
• Filling strawberry, kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)

Cara membuatnya:
Lorekkan filling pada tepi bekas (guna belakang sudu)

Masukkan semua bahan ( * ) masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan. Selepas sejuk curah dalam bekas yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.

Note: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.. iols letak sumi ja.. sumi letak lepas curah adunan puding 🥰

Selamat Mencuba

SEMPERIT KLASIK -Resipinya250g butter1 biji kuning telur.1/2 cawan gula aising(sy guna gula pasir yg dikisar halus)Sedik...
17/01/2025

SEMPERIT KLASIK
-
Resipinya
250g butter
1 biji kuning telur.
1/2 cawan gula aising(sy guna gula pasir yg dikisar halus)
Sedikit pewarna kuning telur
(Gaul semua bahan di atas guna senduk hingga sebati)

Kemudian masukkan..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
(Uli hingga adunan tidak melekat ditangan..Jika terlembik tambah sikit jer tepung gandum)
Rehatkan doh 15 minit..

Terap adunan guna acuan..Bakar selama 20 25mnt sampai masak.. .suhu 170'-180' (ikut suhu oven masing2)api atas dan bawah

P/S..sukatan gram dan teknik yg betul dalam penghasilan biskut memainkan peranan untuk dapatkan biskut yang kukuh dan cantik...ramai yang gagal kerana kesilapan teknik.
Nampak senang sebenarnya rumit..
InshaAllah nanti sy siapkan modul yang lebih detail untuk tart nanas dan semperit..

Selamat Mencuba

BISKUT SUJI BADAM.300gm minyak sapi QBB100gm butterMasak dan cairkan kedua2 bahan ini dan biarkan sejuk atau suam2 kuku....
17/01/2025

BISKUT SUJI BADAM.

300gm minyak sapi QBB
100gm butter
Masak dan cairkan kedua2 bahan ini dan biarkan sejuk atau suam2 kuku.

60gm badam kisar (ada jual di bakeri)
220gm gula castor (jangan guna gula aising)
550 hingga 600gm tepung gandum.
Ketepikan segengam atau lebih, tak cukup atau lembik baru tambah. Kerana bancuhan ini menggunakan tangan. Tangan kita ada yang sangat panas membuatkan bancuhan cepat cair.
Badam kisar, gula castor dan tepung gandum satukan dalam satu mangkok, campur bagi rata.

Dalam mangkok tepung, buatkan lubang atau kolam. Tuang separuh dari minyak tadi. Guna tangan, bancuh dan ramas2 jadikan saperti serbuk ( macam serbuk roti). Sambung tuang lagi separuh. Bancuh lagi dan ratakan sehingga minyak habis dan adunan tidak melekat. Bolehlah dicetak atau digentel bulat2. Buat sama besar atau saiz yang sama. Bakar pada suhu atas 100 bawah 190 mengikut oven masing2. Masa membakar 35 minit atau hingga biskut masak.

Selamat mencuba

13/01/2025
RESEPI BISKUT NESTUM BAHAN-BAHAN :250 gm butter3/4 cawan gula aising1 biji kuning telur1 sudu teh esen vanila2 cawan tep...
13/01/2025

RESEPI BISKUT NESTUM

BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan nestum
1 biji kuning telur -untuk sapuan di atas biskut
Nestum -utk taburan/hiasan

CARA MEMASAK :

Langkah 1
Kacau butter dengan gula aising hingga sebati.

Langkah 2
Masukkan telur & esen vanila. Kacau rata saja.

Langkah 3
Campur tepung gandum & tepung jagung yg di ayak. Gaul dengan tangan hingga sebati.

Langkah 4
Tambah nestum. Gaul lagi hingga menjadi doh.

Langkah 5
Canai & tekap dengan acuan pilihan.

Langkah 6
Bakar di dlm oven yg telah di panaskan pd suhu 150°c selama 20 minit, api atas & bawah.

Langkah 7
Sejukkan biskut & simpan di dlm bekas kedap

SELAMAT MENCUBA 👍

Resepi Cheesekut : 4 bahan sjaBahan-bahan1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)1/2 tin susu pekat1/4 cawan sus...
12/01/2025

Resepi Cheesekut : 4 bahan sja

Bahan-bahan

1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)

1/2 tin susu pekat

1/4 cawan susu segar

250g cream cheese Tatura

*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)

Cara-cara

1. Kisar Bahan

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.
Nak guna mixer pun boleh.

2. Rendamkan Biskut

Celupkan p**a biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

3. Lapis-lapiskan

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun p**a biskut macam tadi.
Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. Letak Topping

Seterusnya, taburkan serbuk nestum..nak tabur milo pon bleh..ikut suka🥰

Selamat Mencuba

♥️Cornflakes crunchy ❤️Resepi:- 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)- 1/4 cwn tepung jagung- 1/2 sudu teh baking...
12/01/2025

♥️Cornflakes crunchy ❤️

Resepi:

- 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 1/2cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor

Cara cara:-

❤️Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor

❤️Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder

❤️Gaul sebati

❤️Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt

❤️Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis

❤️Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah...

P/s: selepas bulatkan adunan sy akan golek dulu dalam cornflakes yg diramas. Lagi sedap & rangup rasa biskut tu 😘

Address

Kepala Batas

Telephone

0174095958

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nellyz. Bakerylicious posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nellyz. Bakerylicious:

Share

Category