23/09/2025
Resepi asas doh pizza
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum ( tak perlu tepung roti)
22 gm yis kering / 2 peket yis mauripan / 3 sudu yis timbang
3 sudu makan gula pasir
450 ml air paip
200 - 250 gm marjerin
Cara-cara:
1. Campurkan bahan kering, tepung gandum, yis dan gula pasir.
2. Masukkan air sikit sikit dan uli sampai doh sekata.
3. Masukkan p**a marjerin dan uli doh smpai sebati dan licin.
4. Utk roti piza tak perlu uli smpai elastik..sbb doh yg elastik akn menghasilkan roti yg sgt lembut.. roti yg sgt lembut kurg sesuai utk dijadikan roti piza kerana bila letak topping yg b*k di atas piza akan mnyebabkan roti jadi benyek dan lembik.
5. Kemudian timbang doh 150- 180gm utk piring saiz 7 @ 8 inci.
6. Canai doh dh letak dlm piring piza yg disapu myk.
7. Tolak dgn jari dhujung sisi doh utk menghasilkan border di sekeliling doh.
8. Tunggu roti kembang sepenuhnya sebelum dibakar pada suhu 250° selama 2-3 minit sahaja.. atau sehingga roti sedikit perang.
9. Selepas roti masak, keluarkan dr piring piza dan letak diatas jaring utk mngelakkan roti berwap di bahagian bawah.
10. Tunggu sejuk sebelum dibungkus.