10/07/2022
Assalamualaikum semua 🌹
KAMI AKAN KONGSIKAN KELEBIHAN MENGGUNAKAN MENTEGA/ BUTTER 🧈🧈
Butter merupakan satu produk tenusu yang dihasilkan daripada lemak susu haiwan yang diproses dengan air, garam dan susu. Namun terdapat juga butter yang tidak mempunyai garam dan ianya dipanggil "unsalted" butter. Butter mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan seperti
1. MEMPUNYAI VITAMIN LARUT LEMAK A ,E & K.
- Vitamin ini dapat menepis radikal bebas dan berguna untuk menjaga kesihatan jantung.
2. MENGANDUNGI "LECITHIN"
- "Lecithin" membantu mencegah peningkatan kadar kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. BAGUS UNTUK KESIHATAN TULANG, GIGI DAN OTAK
- Hal ini demikian, "butter" mempunyai kalsium, fosfur yang diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi.
- Kolesterol dan lemak dalam "butter" juga adalah baik untuk fungsi otak.
- Kandungan kalsium juga mencegah seseorang daripada menghidap osteoporosis.