25/01/2022
DAH MAKAN VITAMIN C??
BETUL KE SELAIN BUAH OREN, ADA JUGA SAYUR-SAYURAN DAN BUAH YANG ADA VIT C? 🧐
YES BETUL, JOM ADMIN SHARE BUAH DAN SAYUR APA YG ADA VIT C.
Tapi setiap makanan tersebut mempunyai kuantiti yang tersendiri. jadi kalau anda memang jaga permakanan, tak perlu ambil vitamin suppliment kerana ia akan dibuang juga dari badan melalui air kencing sebab badan hanya memerlukan certain amount sahaja.
1. Jambu Batu
Jambu batu merupakan antara buah yang paling tinggi kandungan vitamin C. Setiap cawan jambu batu mengandungi hampir 377mg vitamin C, iaitu sekitar 4-5 kali ganda lebih banyak berbanding buah oren!Beruntunglah kita yang berada di negara tropika sebab buah jambu batu mudah didapati dan agak murah harganya berbanding buah-buahan lain.
Bukan itu saja, pengambilan sebiji buah jambu batu sehari saja telah melengkapkan hingga 140% keperluan vitamin C harian. Hebat kan?
2. Brokoli
Mungkin ada anak-anak kita yang cukup benci dengan brokoli.
Tapi ibu ayah patut tahu bahawa sayur ini p**a bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin C!
Dengan hanya 30 kalori secawan, ia mampu memberikan kebaikan vitamin C sebanyak 132mg.
Brokoli ini juga dikira sebagai “superfood” kerana mempunyai banyak khasiat, antaranya mampu melawan kanser, membekalkan tenaga, dan meningkatkan kesihatan jantung. Jadi, kenalah pujuk anak makan brokoli ya!
3. Betik
Kebanyakan orang akan makan betik ketika ada masalah penghadaman kan?
Selain melawaskan, betik juga ada banyak kelebihan tersendiri seperti membantu mencerahkan kulit dan menguatkan tulang.
Satu cawan betik boleh memberikan kebaikan vitamin C sebanyak 88.3mg.
4. Strawberi
Warna yang merah dan ceria, semua orang pasti s**a strawberi lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Bagi yang agak masam, boleh buat “smoothie” yang dicampur sedikit susu. Memang sedap!
Khasiat mineral lain di dalam strawberi mampu meningkatkan kesihatan jantung, mengawal kandungan gula dalam darah serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
Vitamin C yang terkandung di dalamnya juga cukup banyak, iaitu sekitar 84.7mg secawan.
5. Kobis Bunga
Sejambak kobis bunga mampu membekalkan sehingga 127.7mg vitamin C serta mineral sampingan seperti serat, protein, vitamin K dan potassium.
Kobis bunga juga mempunyai kandungan unik yang mampu mencegah penyakit seperti kanser dan sakit jantung.
Dengan hanya 25 kalori secawan, ia juga merupakan pilihan baik untuk diamalkan bagi yang ingin mengawal berat badan.
6. Nanas
Satu lagi sebuah tropika ini memang cukup dis**ai ramai. Ada yang makan sebagai jeruk dan ada yang s**a jadikan lauk dalam masakan.
Nanas bukan sahaja mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi (78.9mg), malah ia juga mengandungi bromelain, iaitu enzim khusus untuk memudahkan penghadaman serta mengurangkan risiko kembung.
Bukan itu sahaja, komponen ini juga bertindak sebagai agen anti-radang semulajadi.
7. Kiwi
2 biji buah kiwi p**a mempunyai vitamin C sehingga 137.2mg.
Ia juga padat dengan mineral seperti kalium (potassium) dan kuprum (copper).
Satu kajian terkini juga mendapati kiwi mampu melancarkan sistem penghadaman serta meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kandungan lemak dalam darah.
8. Kale
Sayuran salad ini sememangnya “superfood” yang patut diamalkan, terutamanya oleh kita yang dewasa.
Sayur ini mengandungi 2 kali ganda vitamin A dan 7 kali ganda vitamin K berbanding kuantiti pengambilan harian yang disyorkan.
Secawan sayur ini mengandungi sehingga 80.4mg vitamin C. Ia bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin, malah merupakan sumber mineral dan asid lemak yang baik untuk tubuh.
9. Lada Benggala
Kalau jambu batu paling banyak vitamin C dalam kategori buah-buahan, lada benggala p**a adalah antara “champion” bagi kandungan vitamin C dalam kategori sayuran.
Berbanding 70mg dalam oren, lada benggala atau capsicum ini mengandungi 240mg Vitamin C tau.
Jadi dah tahu ni, bila masak spageti, tom yam, ayam “black pepper”, atau apa-apa lauk yang sesuai, jangan lupa sertakan sekali lada benggala dalam masakan ya!
Vitamin C amat penting bagi meningkatkan tahap imuniti badan daripada penyakit. Vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang mengawal kesihatan sel dalam badan. INGAT TAU!
Dah dapat input admin share?
NAK TIPS MENGENAI KECANTIKKAN, MASAKAN, DAN BAKING? JOM LIKE, FOLLOW AND SHARE FB PAGE KAMI
https://www.facebook.com/bakesuke2
MACAM2 TAU TIPS YANG BAKAL KITA SHARE UNTUK FOLLOWERS KITA
THANK YOU SO MUCH FOR SUPPORTING US. ❤ LOTS OF LOVE ❤️