Mummy Home Bakery

Mummy Home Bakery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mummy Home Bakery, Bakery, no 1 Jalan pulai indah 11/6 taman pulai indah, Kampung Kangkar Pulai.

14/11/2022

RESEPI CHEESE TART MONTOK
════•❁⚘️⚘️⚘️❁•════
IKLAN:
Nak kawen ke tuuu🤭🤭 atau nk pegi dinner🤗🥰
Tengah cari AKSESORI tradisi utk disewa?

Jom FOLLOW👇🏻🥰🙏🏻macam2 ada🥰

FB : BBOS GALLERY - Aksesori Pengantin
https://www.facebook.com/aksesoripengantinbbos

Insta :

════•❁⚘️⚘️⚘️❁•════

Resepi Shell Tart 👇
1 ) 125gm majerin/butter
2 ) 150gm gula kastor
3 ) 1 biji telur saiz B
4 ) 400gm tepung gandum
5 ) Esen Vanilla

Cara2 : Buat Shell Tart
1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.
6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :
1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk
2 ) 100gm gula kastor
3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
4 ) 2 sdb butter
5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI :
Apa-apa filling kegemaran.
Cara2 : Buat Filling Cheese
1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
4 ) Masukkan dalam piping bag.
5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
8 ) Lukis permukaan jika s**a mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

KREDIT RESEPI to real owner mohon dihalalkan ilmu.. Terima kasih 🙏
Jom sama2 doakan moga murah rezeki yaa 🙏🏻
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ☝️☝️☝️
🌸
°•;.¸.•´

17/10/2022

CARA MUDAH TANAM CILI DI RUMAH

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.

2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

17/10/2022

Resepi aneka masakan kampung...
1. Pisang muda, cuci bersih² ptg seperti dibawah rendam dgn air garam&asam keping (sy guna pisang emas,ada pisang kapas lg sedap)
2. Cili api,kunyit hidup (dtumbuk)
3. Tempoyak (ikot s**a korg letak b*k mana)
4. Asam keping & ikan bilis
5. 1 bijik setgh Kelapa parut (perah amik pati)
Pisang tu ikot korg b*k mana..klu lbih dr sesisir jgn lupa lebihkn kelapa..biar btl² pekat kuah gulai korg..🤗🤗
Sediakn kuali,masukkn santan,asam keping,cili api,ikan bilis & pisang..masak kacau sehingga mendidih..agk² pisang hampir lembut masukkn tempoyak..pastikn garam secukup rasa..siap,slamat mencuba 🥰🥰🥰

17/10/2022
17/10/2022

Roti Paratha Sosej Cheese

Tengok haritu orang buat nampak sedap sangat,so kita pun try lah. Resepi kita selit sekali lagi 🤗

Bahan-Bahan:
- roti paratha
- sosej
- cheese keping
- kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)

Cara Membuat:
- Potong roti paratha macam dalam gambar
- Letak kan cheese dan sosej lepastu gulung macam dalam gambar
- Sapu kan kuning telur
- Bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna oven pun boleh .

**Roti paratha cepat lembut,jadi saya buat sekeping-sekeping dan masuk dalam peti ais semula,nak buat lagi keluarkan semula .

Sumber: Izz Aishah

17/10/2022

Alhamdulillah..
Homemade yong tau foo
Nk beli pasar mlm tutup.
Kita cari resepi dan buat sendiri je.

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Kuah hitam
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.

Kuah merah
1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
3 sudu makan cili blend
Cara-cara: Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap

Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
Selamat mencuba! Sedap tau, boleh jimat, makan kat rumah hanya beli bahan-bahan je. Resepi ni boleh buat niaga tau!

Credit resepi:Hamidah ida

17/10/2022

Resepi Mudah Ayam Gunting ala Pasar Malam.

Bahan - bahan :
4 hiris isi ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Tabur:
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit lada putih

Cara membuat:

1. Sediakan satu bekas dan mas**an tepung gandum, tepung beras dan serbuk cili. Gaul sehingga semua rata.

2. Ambil hirisan isi ayam dan tumbuk - tumbuk dengan lesung batu supaya isi ayam padat dan nipis dan dapat menyerap bahan perapan nanti.

3. Mas**an hirisan isi ayam itu ke dalam sebuah mangkuk, mas**an telur, serbuk kunyit, sedikit garam dan 2 sudu besar campuran tepung yang disediakan awal tadi. Perap sebentar dalam 15 minit.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

5. Sebelum menggoreng, celup dan salutkan hirisan ayam yang sudah diperap tadi dengan campuran tepung. Pastikan ia menyaluti keseluruhan bahagian hirisan isi ayam itu.

6. Apabila ia sudah kekuningan, tanda ia masak dan toskan.

7. Kemudian gunting sederhana kecil hirisan ayam yang dah siap digoreng tadi.

8. Taburkan dengan serbuk cili dan lada putih bersesuaian dengan tahap kepedasan dan kes**aan anda.

Nikmati ayam gunting yang rangup, sedikit pedas dan sangat sedap. Mudahkan, selamat mencuba

17/10/2022

Nan cheese🤗

Simple menu untuk minum petang/breakfast

Bahan-bahan
√ 2 cwn tepung gandum
√ 1 ½ sudu besar yis
√ 2 sudu besar marjerin
√ 2 sudu besar gula
√ 1 sudu besar susu pekat manis
√ ¾ cawan air suam
√ Secubit garam
√ Keju mozarela

Cara-cara:
1. Campur yis,gula & susu pekat dlm air suam.Tunggu yis kembang.
2. Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.
3. Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.
4. Rehatkan doh 30-45 minit.
5. Tumbuk² doh untuk buang angin, bentukkan bulat. Gelek dan letak cheese.
6. Bulatkan dan gelek semula.Rehatkan doh sekejap.
7. Boleh masak atas pan.Tutup pan dan masak dengan api kecik.
8. Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bhgian atas untuk kesan kilat.

Selamat Mencuba😄
*Adunan 2 cawan tepung boleh dapat 4 keping nan size macam dalam gambar*

16/10/2022

Resepi Sambal Ikan Talang Masin.

20 biji cili kering*
3 labu bawang besar*
Sedikit belacan*
Sedikit lengkuas*
1 batang serai yg kecil*
2 labu bawang besar dihiris kasar
1 sudu besar cuka
Sejemput asam jawa
4 sudu gula
Minyak untuk menumis. (1/2 cawan)

Cara nya:
Goreng sekejap ikan talang
Bahan yg bertanda * di blend

Tumis bahan yg di blend , masak sehingga pecah minyak,
Masukkan cuka dan perahkan asam jawa,
Dah agak kering , masukkan gula dan bawang yg dihiris, agak sebati , baru lah dicampur ikan masin dan masak seketika.

By Kak Hajjah Normah Bahari

16/10/2022
16/10/2022

keremel puding roti :_

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

Address

No 1 Jalan Pulai Indah 11/6 Taman Pulai Indah
Kampung Kangkar Pulai
81300

Telephone

0127304050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mummy Home Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category