22/01/2025
Pesanan kepada yang berhajat menyertai baazar ramadhan dan aidilfitri tahun ni..
Memang kita percaya pada rezeki..
Tapi perlu fikir
1.kos sewa yang semakin meningkat berbanding tahun lepas
2.Faktor Pengunjung yang sudah pandai berjimat.. Mereka beli apa yang patut..
3.Faktor cuaca
4.Parking
5.Ada antara mereka yang telah menempah membeli baju raya secara online sejak penghujung 2024 lagi
6.Buat makanan dan minuman di rumah untuk berbuka puasa kerana ingin berjimat dan mengelakkan pembaziran
Jadi yang berhajat beringatlah.. Jangan nanti akhirnya anda sekalian mengeluh tak balik modal.. Kerana buktinya sudah banyak tapak2 pesta makanan, funfair dsb sudah semakin kekurangan pengunjung