02/06/2017
"PERBEZAAN PENGGUNAAN BUTTER DAN MAJERIN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU!"
Biasanya bagi pengusaha-pengusaha pembuat kueh mengetahui kedua-dua perbezaan penggunaan dua bahan ini serta impak dari segi tekstur rasa kueh berkenaan juga ada bezanya. Namun, bagi anda sebagai pengguna, mungkin ia sama saja tapi cuba perhatikan perbezaannya. ;-)
Baik, bagi yang belum biasa dengar, pasti tertanya-tanya mengapa rata-rata orang bercakap-cakap tentang 2 bahan ini. 2 bahan ini merupakan antara elemen utama selepas tepung dalam pembuatan kueh. Tapi ape bezanya?.
Okey, jom sama-sama tengok..mengapa 2 bahan ni berbeza!
Majerin adalah diperbuat daripada MINYAK KELAPA SAWIT dan bahan campuran yang lain. Majerin sesuai digunakan untuk jenis-jenis kueh yang hendak dimakan segera atau dalam jangka masa yang singkat seperti kueh donat, kek pelangi serta kueh-kueh seangkatan dengannya.
Seterusnya, TEMPOH LUPUT LEBIH CEPAT DAN BERKULAT.Kenapa ia kurang sesuai digunakan untuk pembuatan kueh raya? Kerana majerin bahan asasnya adalah minyak kelapa sawit, apabila digunakan untuk pembuatan kueh raya, tempoh luput satu2 jenis kueh adalah LEBIH CEPAT dan ia menumbuhkan kulat-kulat pada kueh yang menjadikan kueh berkenaan tidak lagi boleh dimakan.Anda sedia maklum bahawa kueh biasanya disimpan dalam bekas yang kedap udara. Ya, Kueh tadi akan mengeluarkan minyak ditambah p**a diletakkan dalam bekas kedap udara, minyak yang keluar dari kueh tadi akan mula berinteraksi dengan udara dalam bekas dan menciptakan kondisi lembap. Semakin lama, semakin lembap dan sekaligus menggalakkan pertumbuhan kulat.
Selain tu, ia adalah MASIN DAN TIDAK LEMAK.apabila anda menggunakan majerin, majerin juga bersifat sedikit MASIN berbanding butter. Hakikatnya, majerin tidak terasa LEMAK apabila diadun dalam doh kueh. Apabila anda membakar kueh, anda boleh lihat minyak berlebihan akan tertinggal di dulang pembakar atau kertas alas pembakar. Jadi, tak pelik lah jika anda dapat mengecap rasa masin pada biskut anda meskipun anda tidak isikan garam semasa mengadunkan doh biskut. Semakin lama disimpan, tekstur rasa akan semakin bertukar sehingga ada satu ketika ia akan terasa jauh beza dari rasa ketika mula2 anda buat sebelum ini dan baunya akan semakin tengik.
Meskipun begitu majerin adalah LEBIH MURAH HARGANYA berbanding butter. Hal ini tak dapat dinafikan kerana sememangnya di mana-mana pasaraya atau pun kedai-kedai menjual majerin dengan harga yang murah. Ia berkemungkinan juga kerana kita merupakan negara pengeluar terbesar dari hasil buah kelapa sawit dan ia antara sumbangan paling banyak kepada ekonomi negara. Jadi, tidak hairan lah mengapa majerin begitu murah dan mudah didapati.
Manakala berbeza p**a dengan butter. Butter diperbuat daripada LEPA SUSU yang berkualiti dari lembu-lembu tenusu. Ia sangat sesuai digunakan untuk pembuatan kueh raya.
Bukan itu saja, TEMPOH LUPUTNYA adalah LEBIH PANJANG berbanding majerin. Kueh mampu bertahan sekitar 1 bulan lebih didalam suhu bilik serta disimpan dalam bekas kedap udara. Ia amatlah sesuai bagi anda yang mengusahakan kueh raya dan yang mahu menjaga KUALITI produk anda. Jadi, anda tak perlu bimbang tentang kulat dan sebagainya.
Tambahan lagi, butter adalah bersifat LEMAK DAN KURANG BERMINYAK SERTA TIDAK MASIN. Ini merupakan kelebihan besar buat pengguna butter. Sifat butter yang lemak, kurang berminyak dan tidak masin ini sangat membantu dari segi ketahanan jangka hayat satu2 jenis kueh dan tekstur rasanya. Kueh mampu MENGEKALKAN tekstur rasa asal walaupun sudah tersimpan hampir sebulan. Anda akan berpuas hati menggunakan butter kerana ia menjadikan kueh/biskut raye anda lebih lemak dan sedap dimakan.
Maka, inilah sebabnya mengapa HARGANYA LEBIH MAHAL berbanding majerin. Mengikut harga semasa, sebuku butter adalah RM4.60/250g manakala majerin hanya sekitar RM4.50/1KG di sesetengah tempat. Ia lebih mahal kerana ia lebih berkualiti dan sesuai untuk pembuatan kueh/biskut raya.
Akhirnya, HARUMANNYA berbeza! Ternyata haruman kueh/biskut dengan menggunakan butter lebih menggiurkan dan semerbak berbanding majerin. Tak caye? Cubalah! ;-)
Bagi anda yang sentiasa ingin menjaga KUALITI PRODUK, pilihan terbaik untuk anda sudah semestinya butter!
Dengan menggunakan butter, in shaa Allah..kualiti produk anda lebih terjamin ! ;-)
Manakala, bagi anda sebagai pengguna, saya yakin anda pasti menginginkan kudapan seperti kueh/biskut yang lazat dan seronok untuk dimakan.Hakikatnya bukan lah menjadi suatu kesalahan apabila anda memilih untuk membeli atau mendapatkan kueh/biskut yang berasaskan majerin. Tips nya adalah cuma anda perlu prihatin soal tempoh masa kueh/biskut yang dibuat. Pastikan ia baik untuk dimakan oleh anda sekeluarga. ;-)
Sekian dulu perkongsian admin, nantikan tips-tips yang akan dimuat naik seterusnya.! Stay tune! ;-)
jaga kualiti produk!