BIY Ingredient Store

BIY Ingredient Store BIY Ingredient Store is an one stop centre that provide full range of cake and bread ingredients, ut

S**a kek batik lembut atau cruncy?geng kalau lembut...lembut baru sedap makan...makan seketul tak cukup tau...nak lagi d...
24/08/2023

S**a kek batik lembut atau cruncy?geng kalau lembut...lembut baru sedap makan...makan seketul tak cukup tau...nak lagi dan lagi ngap....kawan repeat oder berkali...peminat setia kek batik lembut.

Hari ni Biy ingredient nk share satu resepi kek batik lembut untuk semua,jgn lupa cuba ye...brg2 dia pun mmg kami jual πŸ€—

1bungkus roti marie
125g buttercup
1/2 tin susu pkat
3 sudu serbuk koko
1cawan milo
2biji telur
1/4 cawan air panas
1 sudu esen vanila

*cairkan butter/api slow tau
*masukkn susu pkat,serbuk koko,milo dan kacau semua.
*sebati masukkn telur.kcau bagi sebati masukkn air pnas esen vanila.kcau2 lagi bagi sebati semua.
*sambil tu rasa kalau manis sangat tambah serbuk koko lagi.kalau ok tak pyah da.boleh buh roti
*buh roti kacau2 bagi sekata nampak kering skit pekat boleh ttup api.boleh rasa roti da lembut tak keras.biar sat kat situ.
*amik buh dalam loyang buh peti ais dalam 4 @5 jam..buat malam pagi esok potong...ermmmm...makan tak boleh berhenti laaa🀀🀀

Selamat mencuba

Hye semua,selamat page, hari ni biy ingredients nk share resepi Spicy Salted Egg Cornflakes.Gabungan rasa rangup berlema...
17/08/2023

Hye semua,selamat page, hari ni biy ingredients nk share resepi

Spicy Salted Egg Cornflakes.

Gabungan rasa rangup berlemak masin Salted Egg, juga ada pedas sikit di hujung hujung lidah.

Bahan bahan dan step di gambar.
1. Butter 150gram . Tak kisah brand apa pun. Pure butter ataupun kacukan. Marjerin je tak digalakkan. Sebab nanti masin.
2. Cornflakes 500gram. Ni beli yang timbang je kat kedai biy ingredients.
3. Salted Egg Powder. 100gram pun ada jual kat biy ingredients.
4. Cili Kering 15 - 20 nos
5. Cili Api - 5 nos
6. Daun Kari - segenggam

Bila dah sebati semua, untuk buat rasa lebih rangup, letakkan dalam loyang, bakar sekejap dalam oven. Suhu 160c selama 8 minit. Kalau takde oven, boleh abaikan. Masih juga rangup. Cuma dia ada basah basah sikit.

Selamat mencuba.πŸ€—

Hari ni Biy ingredient nk share resepi cornflakes maduSelamat mencuba 😊Bahan2*350g cornflakes*1/4 cawan madu*1/2 cawan g...
16/08/2023

Hari ni Biy ingredient nk share resepi cornflakes madu
Selamat mencuba 😊

Bahan2
*350g cornflakes
*1/4 cawan madu
*1/2 cawan gula perang
*1buku mentega/buttercup

Cara2
Cairkan butter dlm belanga
Masukkan gula perang, msk hingga cair
Masukkan madu, masak sehingga mendidih.
Tutup api, dan masukkan cornflakes.
Gaulkan sebati.
Masukkan kedalam acuan untuk di bakar.

Bakar selama 5-10min pada suhu 160Β°c -170Β°c bergantung pada kepanasan oven masing2
* guna suhu 160Β°c selama 10min.

Hye all & good morning all, pg2 ni kalau breakfast dgn Peach strudel ni mmg syok....jom Cuba... puff pastry pun kita ada...
05/08/2023

Hye all & good morning all, pg2 ni kalau breakfast dgn Peach strudel ni mmg syok....jom Cuba... puff pastry pun kita ada jual.....

Peace Strudel

Bahannya :
5 keping puff pastry brand kawan
1 biji telur kuning
50ml diary whipping cream brand anchor lain pun boleh
100gram cream cheese brand tatura ( pastikan ia disuhu bilik)
1 1/2 sudu besar susu pekat manis (nak manis lagi tambah susu)
1 sudu kecil esen vanilla ( x de pun x pe)
Buah peach (dalam tin) secukupnya
Snow powder (tak de pun x pe)
Baking paper
Dulang pembakar

Caranya :
Panaskan oven dengan suhu yang rendah selama 10 minit.
Sediakan dulang pembakar, Alaskan dengan
Baking paper
Potong 4 puff pastry ( atau ikut s**a nak potong 2 atau saiz besar, kecil senang terus masuk molot)
Cucuk puff pastry dengan garfu. Kemudian sapukan kuning telur di atas puff pastry tadi.
Bakar dengan suhu 160Β° api atas bawah selama 20 minit. Ikut suhu oven masing2 juga ye.
Seterusnya sediakan mangkuk masukkan cream cheese, esen vanilla dan susu putar hingga kental dan sebati. Masukkan p**a whipping cream putar lagi hingga sebati.
Seterusnya masukkan cream cheese ke dalam piping bag dan simpan didalam peti sejuk sementara tunggu puff pastry masak.
Sementara itu potong buah peach nipis-nipis. Saya letak atas tisu agar tidak berair, supaya terletak elok di atas cream.
Apabila puff pastry siap dibakar, biarkan seketika @ sejuk pada suhu bilik.
Kemudian letakkan cream cheese diatas puff pastry diikuti potongan buah peach dan ayakkan snow power diatasnya, dah siap.

Selamat mencubaπŸ‘πŸ‘πŸ‘

Hye semua...Harini Biy ingredient nak kongsi resepi kek biscoff burnt cheesecake.Biscoff burnt cheesecake ni adalah gabu...
04/08/2023

Hye semua...
Harini Biy ingredient nak kongsi resepi kek biscoff burnt cheesecake.
Biscoff burnt cheesecake ni adalah gabungan dari dua kek iaitu Biscoff Cheesecake dan Burnt Cheesecake.
Kek ni memang sedap nak nak kalau makan sesejuk.
Cara buat pun mudah sangat.

Bahan bahan

500 gram cream cheese
100 gram gula kastor
3 biji telur size A
200 ml whipping cream
1 tbsp tepung gandum
1 tsp esen vanila
100 gram biscoff spread - untuk adunan
150 gram biscoff spread - untuk topping
3-4 biskut biscoff - untuk hiasan

Cara cara
1. Cream cheese keluarkan awal awal dari peti sejuk. Timbang sesiap pastu potong kan cream cheese kekecil untuk mudah lembut bila putar nanti.
2. Putar guna mixer cream cheese sampai lembut dan creamy.
3. Masukkan gula dan putar lagi sampai kembang.
4. Masukkan telur satu persatu contohnya masuk satu biji dulu lepas tu putar. Dah gaul sebati masukkan telur kedua. Ulang lagi sampai telur ketiga.
5. Setelah adunan tadi sebati masukkan whipping cream. Putar lagi sampai sebati.
6. Last masukkan tepung dan esen vanila. Putar lagi sampai sebati.
7. Siap adunan asingkan dalam 3 senduk adunan ke mangkuk lain. Dan campurkan dengan biscoff spread. Gaul rata.
8. Sediakan loyang bulat 7 inch. Alas dengan kertas baking.
9. Kemudian mas**an adunan asal dan adunan yang dah campur spread tu selang seli. Habis adunan spread terus tuang adunan asal.
10. Hentak kan loyang beberapa kali untuk keluarkan bubble.
11. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah Celsius selama 50-60 minit. Bergantung pada oven memasing. Saya punya jenis industri.
13. Bila dah siap bakar sejukan dalam 5-6 jam. Masa ni bahagian tengah kek dah turun ya.
14. Kemudian boleh la letakkan spread untuk topping.
15. Spread untuk topping cairkan dulu dalam microwave atau double boiling.
16. Tuang atas kek dan ratakan. Hiaskan dengan biskut biscoff yang dihancurkan.
17. Simpan dalam peti sejuk dalam 2-3 jam sebelum nikmati...
Makan sesejuk mmg heaven.
Biscoff burnt cheesecake ni adalah gabungan dari dua kek iaitu Biscoff Cheesecake dan Burnt Cheesecake.
Kek ni memang sedap nak nak kalau makan sesejuk.
Cara buat pun mudah sangat.

Bahan bahan

500 gram cream cheese
100 gram gula kastor
3 biji telur size A
200 ml whipping cream
1 tbsp tepung gandum
1 tsp esen vanila
100 gram biscoff spread - untuk adunan
150 gram biscoff spread - untuk topping
3-4 biskut biscoff - untuk hiasan

Cara cara
1. Cream cheese keluarkan awal awal dari peti sejuk. Timbang sesiap pastu potong kan cream cheese kekecil untuk mudah lembut bila putar nanti.
2. Putar guna mixer cream cheese sampai lembut dan creamy.
3. Masukkan gula dan putar lagi sampai kembang.
4. Masukkan telur satu persatu contohnya masuk satu biji dulu lepas tu putar. Dah gaul sebati masukkan telur kedua. Ulang lagi sampai telur ketiga.
5. Setelah adunan tadi sebati masukkan whipping cream. Putar lagi sampai sebati.
6. Last masukkan tepung dan esen vanila. Putar lagi sampai sebati.
7. Siap adunan asingkan dalam 3 senduk adunan ke mangkuk lain. Dan campurkan dengan biscoff spread. Gaul rata.
8. Sediakan loyang bulat 7 inch. Alas dengan kertas baking.
9. Kemudian mas**an adunan asal dan adunan yang dah campur spread tu selang seli. Habis adunan spread terus tuang adunan asal.
10. Hentak kan loyang beberapa kali untuk keluarkan bubble.
11. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah Celsius selama 50-60 minit. Bergantung pada oven memasing. Saya punya jenis industri.
13. Bila dah siap bakar sejukan dalam 5-6 jam. Masa ni bahagian tengah kek dah turun ya.
14. Kemudian boleh la letakkan spread untuk topping.
15. Spread untuk topping cairkan dulu dalam microwave atau double boiling.
16. Tuang atas kek dan ratakan. Hiaskan dengan biskut biscoff yang dihancurkan.
17. Simpan dalam peti sejuk dalam 2-3 jam sebelum nikmati...
Makan sesejuk mmg heaven.

Selamat mencuba πŸ€—

Hari ni Biy Ingredient store nk share satu resepi Fruit Pastry cake .. Mudah je method utk buat..  Good luck semua 😘😘 Dl...
03/08/2023

Hari ni Biy Ingredient store nk share satu resepi Fruit Pastry cake .. Mudah je method utk buat.. Good luck semua 😘😘

Dlm bekas tu saya timbang berat 180gm setiap satu ( tanpa buah). Buat 2 adunan dpt 9 bekas

1 BOWL FRUIT PASTRY CAKE

BAHAN-BAHANNYA:-

226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk atau boleh juga guna Sour Cream (Danish guna homemade Buttermilk. Caranya Danish sudah sertakan dibawah resepi ini)
1 suduteh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit yg kuning sahaja, nanti pahit)
500 grams buah-buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan, dihiris dan gaul dengan 2 sudu besar Gula Kastor.

CARA PENYEDIAANNYA:-

Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9" dengan butter dan dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan jadi tebal, tak cantik😊

Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist. Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Rata kan permukaan adunan cake.

Akhir sekali, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya, nanti senang tenggelam. Dah siap, masukkan dalam oven dan dibakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga cake masak tapi jangan terlebih bakar nanti Cake menjadi kering. Sejukkan diatas cooling rak dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan, jika s**a.

Cara menyediakan homemade buttermilk untuk cake ini: 1 sudubesar lemon jus dituang kedalam measuring cup dan tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, dikacau rata, kemudian dibiarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.

Nambelas kali dah share resepi ni. Tak pe kan?πŸ₯°Donut Gebu guna BM. Manual pon bolehπŸ‘300g tepung gandum/HP5g yis40g gula ...
02/08/2023

Nambelas kali dah share resepi ni. Tak pe kan?πŸ₯°

Donut Gebu guna BM. Manual pon bolehπŸ‘
300g tepung gandum/HP
5g yis
40g gula castor
Sedikit garam
140ml susu fresh milk/full krim
1 biji telur
40g marjerin/butter

CaraΒ² :-
Masukkan susu dgn telur dulu di bahagian bawah, kemudian baru masukkan bahan2 lain. Garam dan yis hendaklah berjauhan. Set Dough dan uli sehingga siap. Boleh diterap menjadi donut. Sy timbang 35g setiap biji. Tips menggoreng jgn balikkan b*k kali barulah ada ring.

Selamat mencuba....

Kepada penggemar red velvet hari ni Biy ingredient nk share 1resepi yang mana rasa resepi ni boleh beri manfaat boleh sh...
01/08/2023

Kepada penggemar red velvet hari ni Biy ingredient nk share 1resepi yang mana rasa resepi ni boleh beri manfaat boleh share kepada kwn2 yg lain ye,selamat mencuba...πŸ‘

Mini cup red velvet cheese leleh 🀀

Bahan :
πŸ– 2 biji telur
πŸ– 1/2 cawan gula
πŸ– 1 sudu besar ovalette
πŸ– 1/2 cawan susu pekat
πŸ– 1 cawan minyak
πŸ– 1 cawan air
πŸ– 2 cawan tepung gandum
πŸ– 1/2 sudu kecil serbuk baking powder
πŸ– 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
πŸ– Pewarna merah & red velvet emulco
πŸ– Bekas lompang

Step:
🀍 Pecahkan telur, masukkan gula + ovalette. Mix sebati.
🀍 Masukkan susu & minyak. Mix sebati lagi.
🀍 Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rataaa. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas πŸ˜‚
🀍 Titiskan pewarna & red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.
🀍 Masukkan air 1/2 cawan dulu; kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.
🀍 Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan nanti masak
🀍 Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas sajaa
🀍 Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit.
🀍 Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.

Bahan untuk cheese:
πŸ§€ Cheese Tatura (250gram)
πŸ§€ 1-2 sudu besar krimwell (boleh cari dkat kedai kek)
πŸ§€ Gula icing secukup rasa
πŸ§€ Susu cair

Step:
🀍 Putar cheese sampai agak-agak kembang & lembut.
🀍 Masukkan krimwell & icing. Mix sampai sebati & takda ketulan. (Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit sajaa)
🀍 Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri πŸ˜‚

πŸŽ‰ Final step, letakkan cheese atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untk hias nk bagi nampak cantik.

kredit: nuralia idayu

31/07/2023

Anda bosan dan tiada Idea untuk dekorasi kek? Jgn lupa like dan share pages FB Biy ingredient untuk info2 kek viral dan trending setiap masa

Tak tau nk cari brg bakery? Jom dapatkan alatan untuk membuat kek dan barang2 adunan kek/cookies di Biy ingredient store Tanah merah dan Machang...

Sambil2 tu mimin nk post dekorasi car cakes utk Bday boy....layan.... πŸ‘

Memandangkan ramai yang guna tiktok zaman now, kami nk share resepi buat roti kukus viral,yg mana bahan2 dia  semua kami...
30/07/2023

Memandangkan ramai yang guna tiktok zaman now, kami nk share resepi buat roti kukus viral,yg mana bahan2 dia semua kami jual,bleh klik link di bawah untuk info lanjut dan tolong share kepada semua yee πŸ‘
mencubaπŸ€—

41K likes, 151 comments. β€œRoti ni sedap, tapi lg sedap kalau…. (Battery habis πŸͺ«) . . Roti Kukus 🍞 (Bujang Style) Bahan-bahan: - 500 gm Tepung pau - 120 gm Gula halus - 1 tbsp yeast - 1 tsp Baking powder - 50 gm shortening - 250 gm Air sejuk . Cara2 : 1) mixkan kesemua bahan, kemudian uli s...

Hari ni Biy ingredient store nk share resepi buat Florentine p**ak tuan puan.Florentine Cookies atau nama lain Almond Cr...
29/07/2023

Hari ni Biy ingredient store nk share resepi buat Florentine p**ak tuan puan.
Florentine Cookies atau nama lain Almond Crunchy atau bepang badam.

Kalau ikut resepi kat pek tepung florentine tu, manis sangat. Gula nampak lagi banyak dari kekacang, kalau guna resepi yang ni elok ja seimbang kacang dengan gula. Tak terlalu nipis atau tebal.

Kekadang beli, nipis sangat-sangat biskut nya ataupun sejemput ja kekacang. Tak puas makan dan senang pecah, kita pun buat lah sendiri. πŸ˜†

500g tepung florentine
500g badam slice
300g pumpkin seed + kuaci
100g bijan hitam+putih

1. Kekacang bakar kejap 10min 160Β°
2. Campur semua bahan, gaul rata.
3. Scoop 1sdb (guna sudu s**atan metrik) masuk dalam cup.
4. Bakar 200Β° 10min, atas bawah.

* Menghasilkan 150-160pcs kalau s**at 1sdb/pc

Bahan2 boleh dapatkan di kedai kami dan selamat mencuba πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Hari ni kita nk shareResepi Puding Coklat by Mr. Ali 🍫Rasa penuh dengan coklat, lembut dan lemak berkrim,bahan2 boleh da...
28/07/2023

Hari ni kita nk share
Resepi Puding Coklat by Mr. Ali 🍫
Rasa penuh dengan coklat, lembut dan lemak berkrim,bahan2 boleh dapatkan segera di kedai Biy ingredients store Tanah Merah dan Machang
Jangan lupa buat yerrrπŸ€—β€¦

πŸ“ŒBahan - Bahan
- 3 cawan air (1 cawan :250ml)
- 10g agar-agar serbuk
- 1 cawan dairy whipping cream. Gantikan dengan susu segar atau susu cair kalau tiada
-1 cawan gula (200g)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- 2 ketul kecil gula batu ( kalau xde skip je..tujuan utk bagi puding berkilat dan tak berair)
- Sebatikan : 1 tin susu cair + 1 biji telur
- 6 sudu makan serbuk koko
- 3 sudu makan milo
- 1 cawan dark choc compound (200g)
- sedikit garam
- sedikit essen vanila
- topping serbuk koko tu optional. Tak nak pun xpe
LOYANG 8 inci

Cara- cara boleh rujuk gambar
Selamat mencuba semua ❀️

Address

PT 601, NO 15 TERMINAL BUS EKSPRESS
Kampong Machang
18500

Opening Hours

Monday 09:30 - 19:00
Tuesday 09:30 - 19:00
Wednesday 09:30 - 19:00
Thursday 09:30 - 19:00
Friday 09:30 - 12:00
Saturday 09:30 - 19:00
Sunday 09:30 - 19:00

Telephone

+60143162904

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BIY Ingredient Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BIY Ingredient Store:

Share

Category