11/08/2026
Pada tahun 2010, waktu tu saya hamil anak kedua, saya mencari pekerjaan baru kerana tempat kerja saya mengikut zon masa pelanggan - kalau customer base Qatar, UAE masuk kerja pukul 3pm ke atas kalau US UK masuk kerja pkl 11pm kalau lokal masuk keja 8am begitulah lebih kurang.
Saya diperkenalkan dengan seorang recruiter berbangsa Jepun, Ms Natsuki. Beliau bertanya sekiranya saya berminat untuk menjadi cooking demonstrator untuk pelanggan syarikatnya. Saya setuju untuk mencuba,dan hadir temuduga.
Temuduga di Bangsar, syarikat Kewpie (M) Sdn Bhd. Dari 8 calon, saya seorang perempuan.
Dari peringkat pertama,hingga saringan kedua, alhamdullilah. Kini, ke saringan ketiga, demo memasak. Kami diminta secara spontan menghasilkan resepi dan membuat demo di hadapan wakil syarikat. Di sini, saya gagal.
Saya akur. Waktu tu pun, saya tak banyak meneroka ilmu memasak ni..apa yang saya pandai hanya setakat lepas tekak sendiri. Saya teruskan mencari kerja dan makan gaji sehingga 2014.
Alhamdullilah, jika dibandingkan sekarang, memang banyaklah bezanya. Dulu, saya fikir saya s**a nak masak tapi nak orang bayar gaji. Tak pernah fikir nak masak dan tetapkan gaji sendiri. Dulu sandwich bodo. Sekarang, majulah sikit. Bila tak tahu, belajar. Bila kurang pandai, kena berlapang dada.
Dulu, saya pernah fikir, hebatnya seorang yang bekerja itu, bila dia berpakaian cantik, keluar rumah pagi balik rumah petang hujung bulan dapat gaji. Rupanya Allah nak beri saya peluang berpakaianlah yang sesuai, siang tetap di rumah berniaga sambil mengurus anak dan gaji saya pada setiap transaksi.
Bekerja sendiri atau makan gaji, jadi surirumah atau berniaga sendiri, kerja gomen atau swasta, semua itu atas pilihan, ada pro dan kontra. Takde siapa yang lebih baik dari sesiapa, semua ada kelebihan.
Hidup ini, kadang, bukan seperti yang kita mahu, tapi hidup seperti apa yang Tuhan mahu kita hidup.
Saya, Liana, memasak dengan gembira ❤️