17/01/2018
MEE KARI BERSAMA LABANA SUSU KAMBING
BAHAN – BAHAN A : PERLU DICELUR DENGAN AIR PANAS MENDIDIH.
• Mee Kuning 1 paket
• Sayur Sawi (asingkan dahulu bahagian batang dan daun)
• Taugeh
• Fish Kek (Tapi saya tak celur fish kek dengan air panas tau. Potong nipis dan goreng. Lagi sedap, Nanti kita tabur je atas mee kari tu.
TIPS MUDAH KETIKA MENCELUR:
1) Masak air dalam periuk sehingga mendidih. Lepas tu masukkan mee kuning. Sewaktu nak buang air panas tersebut, tapis mee kuning dan sediakan mangkuk yang berisi sawi dan tauge di bawah penapis.
2) Sawi dan tauge tak perlu celur lama2, nanti lembik dan tak sedap. Celur dalam 30 saat pun dah cukup.
3) Lepas tu, lalukan pula dengan air sejuk. Barulah mee kuning tu tidak melekat2.
BAHAN – BAHAN B : HIASAN
• Cili Merah – hiris
• Daun Sup & Daun Bawang
• Bawang Goreng
BAHAN – BAHAN C : KUAH KARI
• Sedikit Isi Ayam (potong kecil)
• 8 Biji Bawang Merah
• 6 Ulas Bawang Putih
• 6 cm Halia
• 2 cm Lengkuas
• 8 Batang Serai
• Rempah 3 Beradik (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
• 2 Paket Kecil Rempah Kari Ayam & Daging
• Sedikit Ikan Bilis (dikisar)
• 1 Cawan Labana Susu Kambing pekat ( atau boleh campur 1/2 cawan santan, 1/2 cawan Labana Susu Kambing)
• Secubit Gula
• Garam Secukup Rasa
BAHAN C (I) – DIHIRIS HALUS
• 3 Biji Bawang Merah
• 2 Ulas Bawang Putih
• 2 cm Halia
BAHAN C (II) – DIKISAR
• 5 Biji Bawang Merah
• 4 Ulas Bawang Putih
• 4 cm Halia
• 2 cm Lengkuas
• 5 Batang Serai
BAHAN – BAHAN D : SAMBAL UDANG KERING
• 2 Biji Bawang Merah
• Sedikit Udang Kering (celur dengan air panas dahulu, supaya lembut)
• 15 Batang Cili Kering yang sudah dikisar
• 1 Sudu Besar Gula
• Garam secukup rasa
CARA – CARA UNTUK MEMASAK MEE KARI SEDAP
CARA MASAK : KUAH MEE KARI SEDAP
1. Panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bahan C (i) sehingga separuh garing. Kemudian masukkan pula rempah ratus 3 beradik tu dan gaul seketika.
2. Masukkan pula bahan – bahan C (ii) dan rempah kari ayam. Pelankan sedikit api dan masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada rempah menjadi hangit. Masak sehingga betul2 garing dan naik minyak.
3. Masukkan 3 batang serai yang diketuk dan juga isi ayam serta air, biar sehingga isi ayam separuh masak.
4. Selepas itu masukkan pula ikan bilis yang sudah dikisar.
5. Biar sehingga mendidih, selepas itu masukkan pula Labana Susu Kambing dan tunggu sehingga mendidih untuk kali kedua pula. Jangan buka api terlalu kuat.
6. Akhir sekali masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Jika terlalu pekat, anda boleh tambah air lagi dan biar sehingga mendidih.
Tips : Kuah mee kari tidak boleh terlalu pekat, nanti muak bila dimakan. Kebiasaannya bila kuah dah sejuk, kuah tersebut akan menjadi sedikit pekat. So nanti pandai2 lah tambah air dan panaskan semula.
CARA MASAK : SAMBAL UDANG KERING
1. Tumbuk bawang merah bersama udang kering. Selepas itu tumis sehingga garing
2. Masukkan pula 3 sudu cili boh dan biar sehingga garing dan naik minyak
3. Akhir sekali masukkan 1 sudu gula dan garam secukup rasa.
Sambal ni akan rasa pedas, manis dan masin sedikit. So memang gabungan yang terbaiklah bila makan dengan mee kari sedap ni.