Dapo daq awin

Dapo daq awin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dapo daq awin, Bakery, Kajang.

*Kuih Abok-abok @ Tepung Gomak*Nak banyak lagi resepi boleh, boleh join group resepi daq awin.Klik aje link dibawah;http...
13/02/2021

*Kuih Abok-abok @ Tepung Gomak*

Nak banyak lagi resepi boleh, boleh join group resepi daq awin.
Klik aje link dibawah;

https://chat.whatsapp.com/E9P99DuSER6GPJld7R8aps

Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 air

Bahan Kulit:
150 gram tepung pulut
1/2 cawan air
sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara Membuatnya:
Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.
Panaskan periuk yang mengandungi air.
Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye. Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).
Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .
Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual.)

*Olahan semula awin*

https://chat.whatsapp.com/E9P99DuSER6GPJld7R8apsNak jemput pencinta makanan masuk ke group aneka resepi dapo daq awin ni...
06/02/2021

https://chat.whatsapp.com/E9P99DuSER6GPJld7R8aps

Nak jemput pencinta makanan masuk ke group aneka resepi dapo daq awin ni..
Admin selalu bagi resepi yang sedap- sedap terliur betul dibuatnya!

Jemput masuk!😍

Boleh ajak kawan2 sekali ya
TAPI
Tak boleh beriklan ya, kecuali atas kebenaran Admint.
Sila baca description terdahulu. ❤

OMELET SOSEJ DAGING SALAIBanyak lagi resepi yang kak awin nak share.Berminat nak tahu apa lagi resepinya boleh klik link...
06/02/2021

OMELET SOSEJ DAGING SALAI

Banyak lagi resepi yang kak awin nak share.
Berminat nak tahu apa lagi resepinya boleh klik link dibawah:

https://chat.whatsapp.com/E9P99DuSER6GPJld7R8aps

BAHAN-BAHAN:

½ bahagian mi kerinting
3 biji telur
2 sudu makan tepung gandum

4 sudu makan susu cair
1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 ½ batang sosej | dipotong
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Serbuk perasa stok cendawan secukup rasa

*CARA MEMASAK :*

Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.

Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati

Masukkan mi dan kacau rata.
Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.

Masak dengan api kecil dan tutup. Angkat dan hidangkan.

Buatkan satu persatu mengikut jumlah keluarga anda...
Elakkan berebut ya.

SELAMAT memasak untuk famili💐💐

*Olahan semula oleh dapo daq awin*

https://chat.whatsapp.com/FSK6HPASvPCGumC63hNMplNak jemput pencinta makanan masuk ke group aneka resepi kak awin ni..Adm...
05/01/2021

https://chat.whatsapp.com/FSK6HPASvPCGumC63hNMpl

Nak jemput pencinta makanan masuk ke group aneka resepi kak awin ni..
Admin selalu bagi resepi yang sedap- sedap terliur betul dibuatnya!

Jemput masuk!😍

Boleh ajak kawan2 sekali ya
TAPI
Tak boleh beriklan ya.
Sila baca description terdahulu. ❤

RESEPI AYAM BUTTERMILK 🐓🐓Nak banyak resepi lagi, jom join group resepi kak awinKlik link di 👇https://chat.whatsapp.com/F...
03/01/2021

RESEPI AYAM BUTTERMILK 🐓🐓

Nak banyak resepi lagi, jom join group resepi kak awin
Klik link di 👇

https://chat.whatsapp.com/FSK6HPASvPCGumC63hNMpl

Bahan-bahan:
4 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 biji bawang holland - potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi (pilihan)

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sb tepung gandum
1 sb serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan ayam:

1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan.
2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
5. Angkat dan ketepikan.

Cara penyediaan ayam buttermilk:

1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang holland. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

1. Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili.
2. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

Selamat memasak untuk keluarga 💐💐

Olahan semula dapo daq awin

Pembukaan rezeki tahun 2021.
02/01/2021

Pembukaan rezeki tahun 2021.

Allhamdulillah...Berakhirlah kelas meroti dimelaka.Terima kasih pada yg terlibat.Siapa yang nak belajar boleh set tarikh...
27/12/2020

Allhamdulillah...
Berakhirlah kelas meroti dimelaka.
Terima kasih pada yg terlibat.

Siapa yang nak belajar boleh set tarikh ya.
Insyallah akk awin ajar dari tepung hingga menjadi roti ya.

Berminat nak meroti boleh PM kak awin ya.

Bila sampai melaka, geragau lah dicari dulu... makan panas2 time hujan, sambil tgk TV... memang tak sedar sepinggan habi...
26/12/2020

Bila sampai melaka, geragau lah dicari dulu... makan panas2 time hujan, sambil tgk TV... memang tak sedar sepinggan habis 🤣🤣

🦐CEKODOK UDANG GERAGAU🦐

✍Bahan-Bahan :

2 Cawan udang geragau kering
1 biji bawang besar -didadu
1 biji kentang -didadu kecil-kecil (nak letak boleh, tak letak pun tak apa)
1 biji cili hijau -dihiris halus
1 biji cili merah -dihiris halus
3 tangkai daun sup -dihiris
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan air suam
1/2 batang lobak merah -sagat halus pun boleh kasar pun boleh.
1 biji telur
2 sudu cili giling

Cara-Cara :

1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam sekali lagi dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir-pasir halus, jadi bila direndam, pasir dia jatuh ke bawah.

2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau dan merah, daun sup, kentang dan garam. Gaul rata. Kalau nak pedas letak 2 sedu cili giling.

3. Masukkan tepung gandum dan baking powder, kacau rata dan tuangkan air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di "jemput" dengan tangan untuk membuat cekodok.

4. Goreng di dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letakkan di atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau ikut citarasa.

Emmm dah sampai melaka makan dgn kuah asam pedas memang sodap.

Selamat mencuba.

👩‍🍳Resepi dari dapo daq awin

26/12/2020


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi
SABTU 26 Disember 2020/11 Jamadil Awal 1442H
*TERBAIK*
"Ya Allah, semoga di setiap langkah yg diatur pd hari ini, Engkau titipkan rahmat & keberkatan. Kami tidak mampu menjadi yg terbaik di mata setiap manusia, semoga kami sentiasa menjadi hamba yg terbaik di sisi Mu.."..🕌🕋

jom lunch dulu..ko org lunch apa ya hari ne.
25/12/2020

jom lunch dulu..
ko org lunch apa ya hari ne.

25/12/2020

Jumaat terakhir utk tahun 2020
Moga yg baik2 utk kita semua
Dan
selamat Datang Tahun 2021.
semoga apa yang kita hajati akan tercapai.
🤲🤲

Address

Kajang

Telephone

0126256770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapo daq awin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category