Resepi Masakan Ibu Ibu Comel

Resepi Masakan Ibu Ibu Comel Berkongsi aneka resepi pelbagai masakkan yang sedap lagi Enak.

💕 Anda geng mak-mak yang suka sambal, laok, snek, cookies dan dessert lazat?🌶️🥘🍿🍪🍰

Intai sini 👇🏻
https://www.galeriinspirasiwanita.com/p/teega-sh01.html

Peluang jana income 4 hingga 5 angka sebulan dengan bisnes makanan Sesuai untuk wanita wanita yang ingin mengasah lagi skill memasak atau yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang makanan.

RESEPI SUP PEKAT STYLE MAMAK BAHAN-BAHAN :S**a hati nak guna tulang, daging, gearbox, bahagian lain lembu semua boleh.1 ...
02/06/2026

RESEPI SUP PEKAT STYLE MAMAK

BAHAN-BAHAN :

S**a hati nak guna tulang, daging, gearbox, bahagian lain lembu semua boleh.

1 mangkuk babat/perut
1 mangkuk lidah lembu
1 mangkuk tali perut lembu/perut panjang.

Pastikan awak pandai handle dan cuci bersih bila guna lain part lembu ni. Semua bahagian di potong kecil.

BAHAN PES BAWANG DAN HALIA :

2 labu bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
Caranya : kisar halus

BAHAN PES REMPAH :

1 s/mkn rempah kurma**
1 paket kecil serbuk perencah sup**
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 bj pelaga
2 kuntum bunga cengkih

CARANYA :

Campur kedua-dua bahan bertanda (**) bancuh dahulu dgn sedikit air

Sedikit minyak utk menumis
2 kiub ikan bilis
2 biji limau kasturi - perah ambil jus
1 liter air atau secukupnya ikut citarasa
Garam & gula secukup rasa jika perlu

BAHAN PELENGKAP :

1 batang celery - potong serong
1 biji kentang - dipotong [jika s**a]
2-3 biji cili api - diketuk
Bawang goreng
Daun sup & bawang

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak tumis pes bawang sebentar, kemudian masukkan pes rempah bersama dengan bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga dan bunga cengkih, masak hingga naik bau.

2. Masukkan air, jika guna kentang, masukkan juga kentang. Sup mamak pekat sedikit baru power.

3. Masukkan semua bahagian lembu serta kiub ikan bilis biarkan sup mendidih hingga daging lembut. Sekali sekala kacau.

4. Akhir sekali masukkan celery yang dihiris serong dan cili ketuk.

5. Apabila sudah masak dan cukup rasa tutup api, tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Sedia dihidang panas.

SUP PEKAT SEDAP CICAH ROTI😋

Aneka Resepi Masakan Perut Yang Buat Bertambah Nasi! 😋Kredit empunya resepi 💕
02/06/2026

Aneka Resepi Masakan Perut Yang Buat Bertambah Nasi! 😋

Kredit empunya resepi 💕

Daging masak ketumbar...dah lama dah nak buat lps tgk rancangan pung pang rizalman ms bulan puasa hr tu..resepi asal dr ...
02/06/2026

Daging masak ketumbar...

dah lama dah nak buat lps tgk rancangan pung pang rizalman ms bulan puasa hr tu..resepi asal dr permaisuri agung klu xsilap...

Cuma sb bahan2 sy modified sikit le guna mana yg ada di rumah..

Resepi:-

Daging perap serbuk kunyit yg banyakkkk n garam sket..
Goreng daging smpai agak2 garing sikit then masukkn biji ketumbar dlm 4 or 5 sudu besar tumbuk kasar..agak2 je ngan kuantiti daging..
Pastu masukkn bawang besar potong 4 ( resepi asal bawang holland tp sy xde )
Lobak merah n cili masak n cili api
(Resepi asal pakai lada benggala)

Buh le kicap manis sket agak2 je..sy pki kicap kipas udang manis tu je..

Lupe tulis..dah masak nanti kaup lauk2 je masuk pinggan..jgn kaup minyak nye ya 😁

Boleh la makan ngan nasi panas2 n sambal belacan pun ok..

Jadi lah masak ni je sempena anniversary kami ke 7 hr ni..janji perut kenyang 😁😁

📝 Mamaamna Aisyaa‎

Jom lihat Resepi Masakan Paru di sini... Sedap sedap semuanya 😋Kredit empunya resepi 👍
02/06/2026

Jom lihat Resepi Masakan Paru di sini... Sedap sedap semuanya 😋

Kredit empunya resepi 👍

✨ TART NANAS CARA SAYA — CONFIRM LEMBUT & CAIR DI MULUT ✨Nak Raya ni, jom pakat buat sama-sama 🤍Resepi ni saya halalkan ...
26/05/2026

✨ TART NANAS CARA SAYA — CONFIRM LEMBUT & CAIR DI MULUT ✨

Nak Raya ni, jom pakat buat sama-sama 🤍
Resepi ni saya halalkan untuk semua, simpan, buat, jual pun boleh.

🧈 BAHAN-BAHAN
Buttercup 1 cawan
Gula ising ½ cawan
(jika s**a manis, boleh tambah sedikit lagi)
Minyak sapi 1 sudu besar
Tepung jagung 2 camca
Tepung kastard 2 camca
Tepung gandum secukupnya
(masukkan sedikit demi sedikit hingga doh tak melekat di tangan — jangan terlalu keras, nanti susah tekan acuan)
Jem nenas
Kuning telur (untuk sapuan atas tart)

👩‍🍳 CARA-CARA

Satukan Buttercup dan gula ising, pukul hingga sebati.
Masukkan minyak sapi, gaul rata.
Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum, uli hingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
Tekan doh ke dalam acuan, isi jem nenas, kemaskan bentuk.
Susun di atas dulang dan sapu kuning telur di bahagian atas.
Bakar hingga masak dan keemasan.
✨ Siap! Tart nenas yang gebu, wangi dan tak muak.

🌸
Semoga resepi ni bawa rezeki, kegembiraan dan kemanisan di Hari Raya nanti 🤍
Kalau cuba, jangan lupa share hasil ya — kita sama-sama meriahkan dapur Raya 😘🫶

Resepi Asal oleh Puan Wan Suhairah

RESEPI DAGING BLACK PEPPERBahan-bahan:DagingBwg putih 4ulas (tumbuk)Bwg holland 2 bijiSerbuk kunyit 1 sudu kecikSos blac...
26/05/2026

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)

Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)

Garam, gula, aji
Minyak masak

Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.

masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.

masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan p**ak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!

Kredit resepi ini kpd fatimah ibrahim

RESEPI DAGING GORENG KICAP PEDAS LAZATHaa..sape s**a daging? Jom buat, resepi dah ada ni...Bahan2:1kg daging batang pina...
26/05/2026

RESEPI DAGING GORENG KICAP PEDAS LAZAT

Haa..sape s**a daging? Jom buat, resepi dah ada ni...

Bahan2:

1kg daging batang pinang - di bersihkan, kemudian dipotong nipis2 ( tapi kepingan lebar2 ye)

Kemudian daging yg telah siap di potong di garamkan sedikit & dikunyitkan sekata..seterusnya digoreng hingga garing.. angkat dan toskan.. ketepikan

Bahan2 tumbuk atau kisar:

1 inci halia

5 ulas bawang putih

7 ulas bawang merah

1 biji bawang besar

Bahan2 lain:

5 sudu besar cili blend

3 sudu besar kicap pekat manis

3 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos seafood adabi

3 sudu besar sos tomato

1 biji bawang holland- potong gegelang

11 biji cili akar - kerat 2

Garam & gula secukup rasa

Aji- optional

Minyak masak secukupnya

Cara2:

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga ianya garing...

- bila dah garing masukkan semua sos, kicap, garam & gula serta aji (sekiranya anda guna aji).. kacau sekata..

- selepas 2 - 3 minit masukkan daging yg telah digoreng bersama bawang holland & cili akar.. kacau hingga sayur kacang panjang kelihatan telah empuk.. rasa.. kalau dah cukup rasa.. tutup api.. siap..👏🏻😊

Selamat mencuba!

Kredit: Adnilsam Apat

Singgang Daging Resepi 🌺Bahan²-daging 1/2 kilo ( rebus hingga empuk ) -bawang besar sebiji belah 4 *-bawang putih 3 ulas...
26/05/2026

Singgang Daging

Resepi

🌺Bahan²
-daging 1/2 kilo ( rebus hingga empuk )
-bawang besar sebiji belah 4 *
-bawang putih 3 ulas ketuk *
-halia 2 hiris *
-lengkuas 2 hiris *
-cili kering 3 tangkai potong *
-asam keping 2 keping *
-ketumbar biji 2 sk tumbuk kasar *
-garam perasa
-bendi
-tomato
-cili padi

🌺Cara²
-daging rebus hgga empuk ( xnk rebus pun boleh )
-air rebusan dh separuh ..masukkan bahan bertanda * ..tambah air lagi utk kuah jika perlu....biar mendidih sebati bahan semua..perasakan...masukkan bendi + tomato + cili padi.... Siap 😊😊

Kredit :Empunya resepi

RESEPI DAGING BAKAR DANOKSaya bakar guna pan je 🥰Edit:BAHAN PERAPAN DAGING :-Daging ½kilo-1 sb sos ikan-2 sb Sos tiram-3...
26/05/2026

RESEPI DAGING BAKAR DANOK

Saya bakar guna pan je 🥰

Edit:

BAHAN PERAPAN DAGING :

-Daging ½kilo
-1 sb sos ikan
-2 sb Sos tiram
-3 sb gula perang
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 2 sudu.

CARA MEMBUATNYA :

- Perap daging semalaman.
- Bakar pada suhu 150°c selama 20-30 minit.

BAHAN SOS :

-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras (sangaikan dulu & tumbuk)
-2 ulas bwg putih
-2 sb Sos ikan
-2 biji limau nipis
-2 sb gula perang
-5 tangkai cili padi
-2 sb sos cili
-2 sb sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)

CARA BUAT SOS :

-Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih & cili padi smpai lumat.

-Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yg disangai (ditumbuk) dan perahan limau nipis.

-Masukkan sos cili, sos tiram.

-Masukkan daun ketumbar yg dipotong.

-Masukkan bwg besar yg dipotong tadi.

-Masukkan garam sikit.

kredit empunya resipi

Utk makan malam satgi 😄silakan resipinya..Daging Asam KunyitResipinya1/2 kilo daging...rebus hingga empuk(kalo tak mo re...
26/05/2026

Utk makan malam satgi 😄silakan resipinya..

Daging Asam Kunyit

Resipinya
1/2 kilo daging...rebus hingga empuk(kalo tak mo rebus pun boleh..cuma masak tu lagi lama la yer)
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
10 biji cili padi hiris(potong tengah jangan putus)
1 kuntum bunga kantan(saya saja letak sebab saya s**a makan bunga kantan tu)
2 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
1/4 sudu besar garam
1 sudu teh gula
Sedikit bahan perasa jika s**a
1 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan air rebusan daging
2 1/2 senduk minyak masak
Sedikit cili padi(untuk hiasan)

Caranya:
Panaskan minyak..masukkan serai..bila serai dah perang masukkan bahan hiris..tumis hingga naik bau..masukkan serbuk kunyit..masukkan p**a air asam jawa..dan air rebusan daging..bila dah mendidih ganas masukkan daging..gula,garam dan serbuk perasa...biarkan kuah kering..masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati..sesuaikan rasa..siap untuk dihidang..

Credit :Mariana Zainal

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Masakan Ibu Ibu Comel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share