08/04/2026
Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan BONDA BITES dari berbilang kaum dan bangsa yang masih kekal menyokong selama ini.
Terima kasih juga kepada pelanggan baru yang berulang kali membuat tempahan serta mencadangkan BONDA BITES pada kawan-kawan dan saudara mara.
Untuk perhatian semua, operasi BONDA BITES adalah sepenuhnya dari cawangan Taman Megah Ria, Masai dan dikendalikan oleh Imra Nadeera. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja tempahan akan dibuka di Jalan Ibrahim, Pontian.
Sokongan padu berterusan dan kerjasama para pelanggan BONDA BITES yang kami hormati amatlah kami sanjung tinggi dan hargai. Moga ukhwah yang bermula sebagai pelanggan dan berterusan sebagai kenalan berkekalan hingga hujung nyawa. InsyaaAllah.
🌺SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI🌺
🌸Maaf Zahir & Batin🌸
Ikhlas Dari,
Zarra Bakar
Imra Nadeera &
Bibik Sia
Team BONDA BITES