12/12/2023
Assalamualaikum
Kami sama-sama sebak dan menitiskan air mata bila berjumpa kembali di hari Anugerah Usahawan Inspirasi Suri Johor 2023 yang lalu. Mengenang kisah silam bagaimana saya bermula hingga ke hari ini. Beliau banyak menyaksikan keringat dan airmata yang tumpah sehingga saya berada pada tahap sekarang. Syukur atas rezeki ini
Beliau adalah Pn Nur Azura , pegawai ypkdt pertama yang saya jumpa masa mula-mula mendaftar menjadi usahawan ypkdt pada tahun 2016 semasa saya baru menjadi ibu tunggal.
Pada masa tu memang zero dalam bisnes, beliau banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya yang bermula dengan menjual cookies, tart dan cakes dengan jenama
Alhamdulillah selepas itu banyak sokongan dan dorongan yang saya terima dari segi kursus-kursus keusahawanan dan geran mesin peralatan untuk memulakan perniagaan berupa oven industri dan mixer.
Bermodakan rm500 saya memulakan perniagaan . Selepas itu kami diperkenalkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang dapat membantu seperti JPW.
Semasa pandemik saya telah bertukar kepada menghasilkan krafttangan berasaskan seni decoupage dengan jenama hingga ke hari ini
Alhamdulillah Allah hadirkan orang-orang baik di sepanjang perjalanan 7 tahun saya ini. Tak lupa juga ucapan Terimakasih kepada kesemua pegawai ypkdt yang selalu ada untuk memberi sokongan dan dorongan yang terlalu ramai untuk saya sebutkan. Semuga Allah balas segala jasa kalian.
Bagi saya berniaga tak mudah. Kena cari circle kawan2 yang baik yang dapat menegur dan berkongsi pengalaman. Berjemaah lebih baik dari sendiri.
Yang penting terus istiqamah berniaga untuk mencari rezeki dan beri kebaikkan pada orang . Buat dengan tekun, usaha , doa dan tawakkal selebihnya kita serah kepada yang Maha Pemberi Rezeki.
Bila dah tertulis rezeki kita , ia akan hadir walau apa caranya , begitu juga jika di takdirkan bukan kita punya, Allah ada caranya utk kita tidak terima
Anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk saya berusaha lebih tekun dan menyebarkan kebaikkan untuk semua orang
Terimakasih Allah