RDelicious

RDelicious Selamat Datang
Kami menjual kek dan cookies yang sedap dan special

04/02/2024
16/09/2022

RESEPI DAGING MASAK ASAM

Cara-cara dan bahan-bahan :
1.Daging sy rebus dulu td.
2.Tumbuk kasar bwg merah,bwg putih,halia,jintan manis,lada hitam, tumis kn smua spi naik bau..msuk dgg yg dah rebus td..msuk air sikit x bg kering sgt...letak air asam jawa,serbuk kunyit, garam,aji dan gula..
3.last msuk bwg besar dan cili utk hiasan..
4.siap

Credit : Nurul Nadia

16/09/2022

Resepi Nan Cheese Mudah

Setengah paket tepung gandum ( setengah paket lebih sikit )
2 sb majerin
2 sb gula
2 sb susu pekat
1 sb yis kering
1 sk garam
1 cawan Air
Cheddar chess / mozarela secukupnya

Yis + gula + air bancuh .. Biar sampai kembang .. Satukan semua bahan , masukkan air yis sikit2 , uli doh sampai xmelekat di tangan .. Mcm biasa , kembangkan doh .. Dah kembang bahagikan doh dan bulat2kan .. Canai doh bg l***r letakkan cheese , bulatkan semula canai lg bg nipis .. Biar doh rehat lebih kurang 5-10 minit dah boleh goreng .. Goreng dalam pan api perlahan sambil tutup kan pan ..

* kalau s**a yg gebu mcm ni canai doh jangan nipis2 , biarkan tebal ..
*kalau xde pan l***r tu , pakai kuali biasa pun boleh .. Letak minyak sikit , saya pakai kuali biasa jea 😅

kredit: fara bakri

16/09/2022

RESEPI TEMPE GORENG RANGUP.😋

Baham Bahan :
250gr tempe,potong nipis
150gr tepung gandum
70gr tepung beras
3 ulas bawang putih, haluskan
Daun bawang, hiris halus
Lada putih
Garam/maggi cukup rasa
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan tepung gandum, tepung beras, lada putih, garam dam maggi cukup rasa. Gaul sebati dan bahagikan ke dalam 2 bekas.

Untuk adunan basah:
Masukkan hirisan daun bawang dan bawang putih. Tuang air secara perlahan, kacau sehinggga adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.

Celupkam tempe ke dalam adunan basah.kemudian salutkan ke adunan kering.

Goreng ke dalam minyak panas hingga kecoklatan dan garing.

Angkat dan hidangkan panas2 selagi rangup.😋😋

Kredit : Pemilik Asal

16/09/2022

DAGING GORENG THAI STYLE

Bahan-bahan:

-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
- Garam secukup rasa
- Mentega

Bahan-bahan untuk sos:

-Serbuk cili Thai
- Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
- 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
- 2 sb air limau nipis
- 3 sb air asam jawa
- Kicap sotong / sos ikan
- 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
- Daun ketumbar dan daun bawang

Cara buat :

1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.

16/09/2022

GULAI AYAM PADANG

Bahan kisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit hidup
Cili merah
Cili padi
Bahan lain :
Ayam
Santan
Serai dan lengkuas diketuk
Daun limau dan daun kunyit (hiris besar)
Gula
Garam

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika. Masak sehingga ayam mengecut. Boleh tambahkan sedikit air dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit.
3. Selepas itu masukkan serai dan lengkuas yang telah diketuk, daun limau dan daun kunyit.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam, siap...
Selamat mencuba..

Kredit resepi : Naddy's Kitchen

16/09/2022

TERUNG UNGU GORENG RANGUP

3 biji terung ungu (jenis yang kecil)
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung ubi
1/3 cawan tepung bestari

Potong terung memanjang dan rendam air sejuk sekejap.
Satukan kesemua jenis tepung, salutkan terung merata kesemua celah.
Goreng kedalam minyak yang panas (make sure kena panas, kalau tak terung akan menyerap minyak)
Goreng hingga garing keperangan, ketepikan dahulu.

MASAK CILI ALA CHINESE

3 ulas bawang putih, cincang halus
7-10 biji cili api ( pedas ikut selera)
sedikit cukup rasa
2 sudu besar kicap cair/kicap masin
2 tangkai daun bawang

Panaskan lagi 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan daun bawang, kacau lagi.
Masukkan kicap cair dan secubit cukup rasa, gaul hingga berbuih.
Masukkan terung, gaul perlahan dan tutup api.
Kredit: kualihelena

16/09/2022

RESEPI "DAGING BERIANI" YANG SEDAP DAN MUDAH

RESEPI DAGING BERIANI 😋

BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
BAHAN TUMIS
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

CARA PENYEDIAAN
Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

SELAMAT MENCUBA

15/09/2022

*Ayam Kukus Halia*

1. Ayam - di potong2
♧Bahan2 Perap♧
1. 3 cm Halia - hiris kecil2
2. 2 ulas Bawang Putih - cincang
3. Kicap Cair - 1/2 sd mkn
4. Sedikit Garam
5. Serbuk lada putih - jika s**a
6. Minyak Bijan -1/2 sd mkn
7. Daun bawang - di hiris

☆☆Cara Masak☆☆
♡perap ayam dgn bahan2 perap selama 30min
♡kukus 10min -15min
*kukus bergantung kpd brp b*k ayam korang masak
♡tabur hirisan daun bawang..siap

selamat mencuba

15/09/2022

RESEPI SERUNDING KELAPA JAWA
🌷🍥
Makan dgn pulut, nasi ambeng, ketupat.. memang la mabeles..

BAHAN-BAHAN:

Kelapa Parut - 4 biji (ambil putih sahaja dan seeloknya diparut memanjang)
Lada Kering Kisar - 3 senduk
Serbuk Kunyit - 1 sudu besar
Gula Melaka - 3 sudu besar (hiris halus)
Gula Pasir - 3 sudu besar (kalau s**a manis boleh tambah)
Daun Limau Purut - 4 helai (diramas)
Serai - sebatang (diketuk)
Air Asam Jawa - 3 sudu besar
Udang Kering - 2 sudu besar (blend kering)
Garam
Ajinomoto

Bahan Blend Basah:
Bawang Merah - 10 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Halia - besor 2x ibu jari tangan
Lengkuas - besor 2x ibu jari tangan
Serai - 3 batang (ambil empulur muda sahaja)

Bahan Blend Kering:
Ketumbar Biji - 4 sudu besar
Jintan Manis - 1 sudu besar
[Disangai dulu tanpa minyak pastu blend]

CARA-CARANYA:

Ambil besen atau mangkuk besar, gaulkan kelapa parut dgn semua bahan KECUALI serai yg diketuk, daun limau purut dan air asam jawa.. Guna senduk kayu dan gaul sampai bebetul sebati.. rasa masin dan manisnya.. Panaskan kuali dgn api kecik, masukkan kelapa semua tu dan gaul dgn senduk kayu sampai mula naik bau.. Masukkan serai yg diketuk, daun limau purut dan air asam jawa.. Gaul lagi.. Proses nak keringkan serunding ambil masa 45minit - sejam dgn api kecik.. kena gaul setiap masa.. Kalau tak nanti hangus.. Bila serunding dah kering lembab2 sikit, boleh matikan api.. Setel!

Address

37, Jalan Meranti 3, Taman Sri Pulai
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RDelicious posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RDelicious:

Share

Category