SQCooL

SQCooL Minat Memasak, Jom kita berkongsi Resepi

*Apa beza Rempah Ayam Madu Ammar Global Food Industries dengan jenama2 lain dipasaran??*▪️Rasa & keenakkan telah diakui ...
13/01/2022

*Apa beza Rempah Ayam Madu Ammar Global Food Industries dengan jenama2 lain dipasaran??*

▪️Rasa & keenakkan telah diakui oleh ramai pengguna🤩 Berasa sampai ke tulang❗

▪️Tidak perlu tambah apa-apa dah!

▪️Tekstur rempah kami yang halus, supaya ia senang menyerap pada bahan mentah. Tidak perlu guna air.

▪️Mempunyai 2 variasi, ORIGINAL & EXTRA PEDAS. Agar dapat memenuhi citarasa pengguna🥰

▪️Boleh dipelbagaikan resepi, mengikut kreativiti🤩

▪️Telah diuji oleh pakar nutrisi & telah mendapat sijil maklumat nutrisi

▪️HALAL. Semua bahan2 yg digunakan mempunyai sijil halal dari JAKIM.

▪️Dibungkus didalam pek yang berkualiti & dikhaskan untuk pembungkusan makanan( Food Grade). Sangat kedap udara, didatangkan dengan ZIPLOCK agar ia mesra pengguna❗

▪️Produk Ammar Global dikilangkan di Kota Tinggi, Johor. Semua pekerja beragama islam & bumiputera❗

▪️5 tahun berada dipasaran & mempunyai agen diseluruh Malaysia dan TRUSTED SELLER!

■■ WOW...WOW..WOW...■■Perrrrggghhhhh... betol ke serbuk ajaib ni boleh jadikan masakan anda mcm ni skali...SEMUDAH 1,2,3...
06/01/2022

■■ WOW...WOW..WOW...■■

Perrrrggghhhhh... betol ke serbuk ajaib ni boleh jadikan masakan anda mcm ni skali...

SEMUDAH 1,2,3
KOYAK,TUANG & GAUL..
Sedia untuk dibakar, digoreng

Tak payah susah nak tumbuk bawang, nak potong serai..
Tak payah panjat2 pokok cari madu

Semua dah ada dlm Serbuk Ajaib ni!

✅ 200gram
✅ Boleh perap 2kg bahan mentah
✅bukan sekadar perap ayam,ikan,seafood & siao boleh buat shellout!!
✅ terdapat 2 pilihan, ORIGINAL & EXTRA PEDAS

Nak cuba??
Whatsapp kami sekarang!

KISAH GAGALNYA ATUK KFCSekiranya anda perasan, karikatur wajah seorang lelaki veteran serba putih, bercermin mata dan me...
03/01/2022

KISAH GAGALNYA ATUK KFC

Sekiranya anda perasan, karikatur wajah seorang lelaki veteran serba putih, bercermin mata dan memakai apron merah ini tercetak di KFC Bucket. Siapakah beliau?

Inilah pengasas Ayam Goreng Kentucky (KFC), Colonel Sanders atau lebih dikenali sebagai ‘Atuk KFC’ di Malaysia.

Bagaimana KFC Dilahirkan

Colonel Harland Sanders (1890–1980) ini melalui satu perjalanan hidup yang panjang sebelum bangunkan KFC iaitu memasak sejak usia 9 tahun, berhenti sekolah dan menyertai tentera pada usia 16 tahun dengan cara memalsukan umur.

Kemudian kerja-kerja seperti pekebun, penjual insurans dan bidan turut mewarnai resume Sanders sebelum menemui bakat terbesarnya iaitu menggoreng ayam dan buka kedai makan. Seorang gabenor sangat sukakan ayam goreng itu sehingga menganugerahkan gelaran Kentucky Colonel kepada Sanders.

Pada usia menghampiri 60-an, Sanders menghabiskan hari-harinya di restoran, pasarkan goreng ayamnya dan memasak untuk pelanggan. Beliau berpakaian serba putih bagi menyorokkan tumpahan tepung di baju dan untuk sesuaikan dengan janggut dan rambut yang memutih.

Akhirnya Colonel Sanders mencapai status selebriti apabila membuka francais Ayam Goreng Kentucky ke seluruh Amerika. Kini, ia semakin berkembang dengan memiliki lebih 18,000 cawangan di 115 negara.

Datang ke Malaysia

Ayam goreng ikonik ini sampai ke Malaysia buat pertama kali pada tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Via Low Yat

Pada ketika itu, pelayan berpakaian uniform lengkap KFC akan datang mengambil pesanan dan segala-galanya siap terhidang di atas meja.

Mengikut perkongsian laman World Of Buzz, menu pada zaman 70-an dulu berbeza dan tidak banyak pilihan seperti sekarang. Misalnya mereka hanya menyediakan ayam goreng original dan belum ada spicy lagi.

Pada waktu itu, snack plate berharga sekitar RM 3.95 manakala dinner plate p**a RM 4.95.

Orang ramai ketika itu memanggilnya ayam Kentucky. Panggilan “KFC” mula berleluasa pada tahun 1990-an.

Bermula dari satu kedai ini, ia berkembang kepada lebih 600 cawangan di seluruh negara.

kredit : https://iamlejen.com/sejarah-ringkas-kfc-dan-kedatangannya-ke-malaysia/ #.YdL1mlkRWUk

02/01/2022

Hujan rahmat membasahi bumi Johor Bahru sejak pagi lagi gais. Harap semuanya baik belaka...

31/12/2021
APA BEZA MEE KARI, MEE REBUS, MEE JAWA, MEE BANDUNGOk gais, ada yang kompius bab 4 jenis mee ni. Nampak sama tapi lain g...
31/12/2021

APA BEZA MEE KARI, MEE REBUS, MEE JAWA, MEE BANDUNG

Ok gais, ada yang kompius bab 4 jenis mee ni. Nampak sama tapi lain gais. Semua guna mee kuning atau mee telur tapi beza dari segi garnis dan kuah dia. Kadang ada yang dah biasa makan dan biasa masak tapi nama salah sebut p**ak. Pernah menjadi pertikaian warganet berkenaan mee ni. Kat sini aku nak share sikit ape yang aku tau pasal mee 4 jenis ni.

Mee Kari.

Perbezaan paling ketara orang akan letak tahu kering dan fish ball dalam kuah. Kuah dia menggunakan air rebusan ayam dan biasanya orang akan tumis sekali dengan daun kari. Isi kuah biasanya orang akan gunakan kaki ayam atau leher ayam atau kerrang. Topping mee biasanya ada tauge, tahu goreng, bawang goreng, telur rebus, hirisan cili dan daun bawang. Biasanya dimakan dengan sambal atau minyak cili.

Mee Rebus

Kalua nak kenal mee rebus ni, topping dia ada telur rebus. Mee kari pun ada orang hidangkan dengan telur rebus tapi Nampak perbezaan bila orang Nampak fish cake atau fish ball pada mee kari. Manakala mee rebus p**a kuah dia ada danging dan menggunakan udang kering sebagai rencah. Jika dibandingkan mee kari dengan mee rebus kuah mee rebus lebih pekat dari mee kari kerana kuah mee rebus menggunakan keledek yang di lenyek. Dan juga menggunakan air rebusan daging. Toppingnya sama macam mee kari, tauge, telur rebus, tahu goreng, hirisan cili, daun bawang dan bawang goreng. Kadang kala ada yang letak keriuk-keriuk (tepung gorengan) dan juga kicap manis.

Mee Jawa

Susah sebenarnya nak bezakan mee jawa dengan mee rebus kerana memang Nampak serupa.. Cuma perbezaan mee jawa adalah penggunaan cili kisar dalam kuah. Rasa kuah dia lebih kurang macam kuah pasemboq penang, Cuma takda kacang je kat dalam kuah. Bahan lain memang sama dengan mee rebus. Dari segi topping pun sama tauge, telur rebus, hirisan cili, bawang goreng. Kadang ada orang makan mee jawa ni dengan sambal kicap. Pergg memang padu.

Mee bandung

Yang ni memang beza ketara dengan 3 mee kat atas ni. Beza paling ketara hidangan mee ni menggunakan telur pecah bukan telur rebus. Kuah dia hampir sama dengan mee jawa tapi tidak menggunakan keledek sebagai pemekat, sebaliknya meggunakan biskut marry yang di kisar. Isi kuah menggunaka daging dan udang. Topping pada mee diletakkan sawi celur, telur pecah, cili jeruk.
So lepas ni jangan kompius kompius lagi. Kalua tengok gope meet u pun dah terra boleh cam dah. Ok gais kalau nak resepi boleh refer pada setiap gambar. Sumber resepi dari google.

31/12/2021

Salam jumaat.. Alhamdulillah, Bandar Johor Bahru dibasahi hujan rahmat.. lagi beberapa jam saja gais nak masuk Tahun 2022..

29/12/2021

Bukan kaleng kaleng mee segera dia.. mewah gila..

Nak tempah Rempah Ayam Madu Ammar boleh whatsapp link di bawah :

www.wasap.my/60108043417/NakRempah

Youtube : Tiktok : instagram

Address

Johor Bahru
81300

Telephone

+60108043417

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SQCooL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SQCooL:

Share