ByBunda

ByBunda Premium Chocolate Butter Cake byBunda

Soulmade
Dessert For Ummah

🥤Minuman Idaman🥤byBunda🌹Kita semua mesti terliur nak cuba Minuman Viral kan? Setiap kali keluar minuman baru, mesti nak ...
04/12/2020

🥤Minuman Idaman🥤byBunda🌹


Kita semua mesti terliur nak cuba Minuman Viral kan? Setiap kali keluar minuman baru, mesti nak cuba kan.


Tapi..


Pernah tak kita terfikir ada mereka² di luar sana yang tak mampu pun untuk merasa minuman² yang enak ini. Ada yang mampu tengok je. 😔


Kali ini, byBunda telah terinspirasi mengajak kita semua untuk sama² berkongsi Hadiah Minuman Viral Susu Nilofa by Neelofa kepada mereka² yang sangat Istimewa di hati Nabi saw ini. 😍


Alhamdulillah kita semua berjaya mengumpul 102 pouch Susu Nilofa untuk dikongsikan 😍.


Syukur, pada 1 Disember 2020, Selasa, kita telah menyampaikan Sumbangan Hadiah anda semua buat mereka yang terpilih. Syukur. Pada asalnya agihan Susu Nilofa adalah pada 30 November 2020, namun disebabkan beberapa kekangan, byBunda telah menginjak dari tarikh tersebut kepada 1 Disember 2020. Syukur segalanya di mudahkan.😍


Terima Kasih kepada Cafe.keluarga dan Team yang telah menyampaikan hasrat kita semua.


Terima Kasih yang tidak terhingga juga buat semua yang sudi berkongsi kegembiraan ini. 🌹

Kerana minuman ini Istimewa, maka kita berikan kepada yang Istimewa. 😍


Semoga dengan sedikit sumbangan hadiah ini dipandang Allah swt dan mengembirakan Nabi saw.


Kita Minum, Mereka pun Minum. 😍🌹


byBunda🌹





21/11/2020

Sebuku Roti Dinanti (SeRoTi) byBunda 🍞🌹


Agihan Sumbangan Hadiah Roti sebanyak 330 biji Roti ke 14 buah Rumah Anak Anak yang menjadi Kesayangan Nabi saw 🌹.


Terima Kasih buat semua 😍


🌹Rumah Anak Yatim Fakir Miskin🌹


ByBunda🌹

Sebuku Roti Dinanti (SeRoTi) byBunda 🍞🌹Syukur Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsungnya Pengagihan Sumbangan Hadia...
21/11/2020

Sebuku Roti Dinanti (SeRoTi) byBunda 🍞🌹


Syukur Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsungnya Pengagihan Sumbangan Hadiah Roti Sosej kepada Rumah Anak Yatim Fakir Miskin di Sungai Petani, Kedah. 😍


Program SeRoTi 🍞 byBunda mendapat sambutan yang luar biasa. Syukur semakin ramai yang telah maklum dengan aktiviti byBunda 😍. Kita juga telah mendapat Sumbangan Hadiah sebanyak 330 Biji Roti. Syukur Alhamdulillah. 😍🌹


ByBunda ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada para penyumbang yang sudi berkongsi kegembiraan bersama anak anak yang sangat istimewa di sisi Nabi saw ini. 🌹


Terima Kasih ditujukan kepada baker, Puan Norria Shah yang telah menyediakan Roti Sosej yang sangat Enak dan Cantik ini untuk diberikan. Puan Norria dan Keluarga juga merupakan individu penting yang telah menghantarkan Sumbangan Hadiah ini ke sana. 😍


Meski hadiah ini kecil sahaja, moga ianya mendapat pandangan Rahmat Allah swt dan moga moga kita menjadi umat kecintaan Nabi saw. Amiin 🌹


Untuk terakhirnya, Terima Kasih kepada semua yang terlibat, samada secara langsung atau tidak langsung. Kepada yang telah komen dan share dengan kawan kawan. Terima Kasih diucapkan. 🌹😍


Semoga NILAI yang baik dari aktiviti yang kita laksanakan bersama sama ini memberi sesuatu untuk kita semua. 🌹


Dari Kita untuk Mereka 🌹


ByBunda🌹

Sepotong Kebahagiaan untuk Dikongsikan 🌹 3.0 Final 🌹------------------Alhamdulillah syukur, Semalam, 13 November 2020, J...
14/11/2020

Sepotong Kebahagiaan untuk Dikongsikan
🌹 3.0 Final 🌹

------------------

Alhamdulillah syukur, Semalam, 13 November 2020, Jumaat, telah berlangsungnya Pengagihan Hadiah Kek Coklat kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Asnaf di Marang, Terengganu. Syukur, Segalanya berjalan lancar🤲.


Kali ini Program SKuD 3.0 byBunda telah berjaya mengumpulkan 99 Biji Kek Coklat untuk agihan kepada mereka mereka yang sangat istimewa ini. 😍


SKuD 3.0 merupakan Program Pengagihan Hadiah Kek yang terakhir untuk Bulan Maulid ini 🌹. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sangat baik dan lancar. 🌹


Di kesempatan ini, byBunda ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Para Penyumbang yang sudi berkongsikan kegembiraan bersama mereka mereka yang istimewa di Marang, Terengganu. Terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada baker Fathia Ayuni dari Marang yang telah bertungkus lumus menyediakan Kek Coklat yang sangat cantik dan sedap ini. Diucapkan ribuan Terima Kasih kepada Para Sukarelawan di Marang, Terengganu dan Bakers yang telah menyampaikan Kek Istimewa ini😍. Difahamkan, di Terengganu sekarang telah masuk musim Tengkujuh. Namun kata mereka, semangat mahu sama sama menjayakan Program byBunda ini membara di hati, masyAllah, Tabarakallah. 😍🌹


Akhir kata, Semoga amalan kita semua ini diterima Allah swt dan moga moga dengan Kegembiraan yang diberikan, dapat menggembirakan Nabi saw di bulan Maulid ini. In shaa Allah. 🌹

Terima Kasih kepada Anda SKuD Zoners ❤️.

"Maniskan Ceritamu, Gembirakan Nabi mu.."-byBunda


ByBunda🌹




Alhamdulillah syukur,Semalam, 6 November 2020, Jumaat, telah berlangsungnya pengagihan Chocolate Cupcakes di Rumah Kanak...
07/11/2020

Alhamdulillah syukur,
Semalam, 6 November 2020, Jumaat, telah berlangsungnya pengagihan Chocolate Cupcakes di Rumah Kanak Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar., Perak. Syukur, Segalanya berjalan lancar🤲.


Di sini byBunda ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Para Penyumbang yang sudi berkongsikan kegembiraan bersama anak anak semua. Terima kasih diucapkan juga kepada baker Sharfawi dari Kuala Kangsar yang telah bertungkus lumus menyediakan Chocolate CupCakes yang sangat cantik dan sedap ini dan menyampaikan CupCakes ini ke Rumah Kanak Kanak Sultan Abdul Aziz 😍. Terima kasih atas kerjasama yang beliau berikan 😊.


Semoga amalan kita semua ini diterima Allah swt dan moga moga dengan Kegembiraan yang diberikan, dapat menggembirakan Nabi saw di bulan Maulid ini. In shaa Allah 🌹.


In shaa Allah, sebagai penutup bulan Maulid ini, kita akan adakan SKuD 3.0 yang terakhir 😍. Nantikan poster dari byBunda ya. Semoga kali ini semua dapat turut serta memberikan kegembiraan kepada mereka yang tidak bernasib baik. In shaa Allah 😍.


ByBunda🌹




🌹Sepotong Kebahagiaan untuk Dikongsikan (SKuD 2.0) 🌹Chocolate Cup Cakes untuk Agihan petang ini 😍.Alhamdulillah, Syukur ...
06/11/2020

🌹Sepotong Kebahagiaan untuk Dikongsikan (SKuD 2.0) 🌹


Chocolate Cup Cakes untuk Agihan petang ini 😍.
Alhamdulillah, Syukur semuanya berjalan lancar 😍.
Terima Kasih kepada semua penyumbang 😍.
Terima Kasih buat Baker Megat Sharfawi yang menyediakan kek yang sangat cantik dan sedap ini 😍.


Dari Kita untuk Mereka🌹
SKuD🌹
SKuD Zoners🌹


ByBunda🌹

SKuD 2.0 byBunda 🌹🌹🌹In shaa Allah Jumaat ini, 6 November 2020, Program "Sepotong Kebahagian untuk Dikongsikan" byBunda S...
03/11/2020

SKuD 2.0 byBunda 🌹🌹🌹


In shaa Allah Jumaat ini, 6 November 2020,


Program "Sepotong Kebahagian untuk Dikongsikan" byBunda SKuD 2.0 bakal terbang ke Rumah Kanak Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar Perak 😍


Kali ini kita menggunakan Khidmat dan kerjasama Baker Sharfawi dari Kuala Kangsar, Perak 🥰🥰🥰


Di bawah ini, KEK COKELAT yang bakal dihasilkan nanti. In shaa Allah.


Dengan hanya RM 10, empat Chocolate Cup Cakes dapat dikongsikan bersama😍😍😍


Kebahagiaan bukan hanya didoakan untuk diri sendiri, tetapi untuk dikongsi bersama❤🌹


Ayuh!


Semarakkan bulan Maulid, Bulan berkongsi rasa bahagia untuk mereka mereka yang kurang bernasib baik 🌹


Dari Kita untuk Mereka🌹

ByBunda🌹




Address

Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ByBunda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ByBunda:

Share

Category