18/05/2023
“ KHASIAT TELUR MASIN/ SALTED EGG “
Telur masin mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk tubuh badan kita dan sangatlah bagus jika diamalkan.
Antara Khasiatnya ialah:-
1. Vitamin A
Manfaat telur itik main adalah mempunyai kandungan vitamin A yang cukup tinggi. Sebiji telur itik mentah bersaiz besar dipercayai mengandungi sekitar 472 lU vitamin A, yang merupakan 9.4% daripada pengambilan vitamin harian yang disyorkan.
Menurut University of Maryland Medical Center, tubuh menggunakan vitamin A untuk membantu menjaga kesihatan mata anda. Hal in juga digunakan untuk fungsi lain seperti memerangi radikal bebas, menguatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjaga gigi dan tulang yang sihat.
2. Vitamin E
Telur itik masin mengandungi 0.9 mg vitamin E, iaitu kira-kira 3 peratus daripada keperluan vitamin E harian anda yang disyorkan. Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan akibat radial bebas, seperti manfaat daripada vitamin C.
Menurut Medline Plus ole National Institutes of Health, vitamin E juga menyumbang terhadap pemeliharaan pencernaan dan sistem metabolisme, seta membantu tubuh anda melawan jangkitan dan penyakit.
Avuh!! Makan sihat bersama Popia Salted Egg😍