SZ Cakes and Cookies

SZ Cakes and Cookies disini kami menyediakan perkhidmatan membuat kek perkahwinan, kek bertunang, hari lahir, cup cake da

Kepakaran saya ialah membuat dan menghias kek, biskut untuk majlis-majlis pertunangan, perkahwinan, harijadi dan juga biskut untuk perayaan , hariraya Aidil Fitri, Tahun baru Cina, Aidil Adha dan Deepavali. Saya ingin berkongsi kepakaran ini dengan sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu, pendapatan dan membantu sesiapa yang mahu mengadakan majlis-majlis seperti diatas.

27/10/2022

Puding karamel

BahanΒ²
Utk gula hangus.
4 sudu besar gula pasir
Sedikit air..(hakak agak2 jer)
Bahan2 utk puding;
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat mnis
1/2 cawan air
6 biji telor (gred B
1 sudu esen vanila

Cara2;
~Satukan gula pasir dgn air dlm periuk,masak dgn api yg kecil sehingga perang..
~Tuang ke dlm loyang(hakak guna size οΏΌ8)..ketepikan
~Satukan susu cair,susu pekat mnis,telor,esen vanila& air...hakak guna blender ajer..
~tapis adunan ke dlm loyang yg berisi gula hangus td.
~kukus sehingga masak(30-35 mnit)
~kalau nk tau puding tu dh msk ke blm..cucuk dgn lidi kt tgh2 puding tu..lau tk melekat tu kira dh msk la😊.
~Tunggu agk2 dh sejuk baru terbalikn puding tadi..
Ok siapπŸ˜‰

Credit to Owner

Ads" Apron tebal cantik murah kat sini https://shope.ee/9K8larG3Bw

27/10/2022

Resepi Daging Dendeng Perak Style
Bahan-Bahan:
1 kg daging (tak mo yang banyak lemak yer)
– Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.
– Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.
– Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
– Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, deng..deng..deng.. jangan tumbuk sampai hancur p**ak tau
Bahan Lain:
6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
1 cawan air rebusan daging
2 sdb gula
1 sdt garam
1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
Sedikit bahan perasa
Kicap manis
Kicap masin
1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.
Bahan Kisar:
25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
1 cawan minyak masak

Caranya:
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah dicarik-carik dan serai yang dah digoreng. Masak hingga naik minyak dan berubah warna.
2. Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi hingga agak garing. Bila dah agak garing masukkan air rebusan daging.
3. Renjiskan kicap manis (kicap manis kena lebih yer) kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap masin (sekadar nak bagi gelap).
4. Bila dah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, gaul sebati.
5. Masukkan p**a bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh buang lebihan minyak.
Kredit : Maliana jamal

Ads: Dah penat masak tu, jom guna Gebu Glow yang kaya vitamin dgn C.. Elok untuk cantikkan kulit korang https://shope.ee/6pRGpBoAdd

27/10/2022

Ayam masak minang.

disertakan
juga makan ngn nasi impit
1 lauk je arini. Alhamdulillah

Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor Ayam
1 helai Daun Kunyit
4 helai Daun Limau Purut
200 ml Santan
2 keping Asam Gelugor
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar :
1 inci Lengkuas
1 inci Halia
1/2 inci Kunyit
2 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
4 biji Buah Keras
12 tangkai Cili Kering
4 biji Cili Api
4 batang Serai

Ads" Apron tebal cantik murah kat sini https://shope.ee/9K8larG3Bw

Cara memasak:
Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar
Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering
Masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak
Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, gula merah, rasakan kuahnya
Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat

Sedia untuk dihidangkan
Credit : ShamSinar Salim

Kelas masakan online percuma dtg lagi.Penuhkan waktu PKP ni ilmu memasak yg owsome nihKlik link di bawah ni utk pendafta...
26/05/2021

Kelas masakan online percuma dtg lagi.
Penuhkan waktu PKP ni ilmu memasak yg owsome nih

Klik link di bawah ni utk pendaftaran
πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

https://chat.whatsapp.com/CkYnaD9ceNVL0RTr67ANYT

Group ini sementara sahaja dan akan dibubarkan selepas kelas berakhir

Selamat hari raya
09/05/2021

Selamat hari raya

23/02/2021

KEK PISANG MEGHELIT

180 gm minyak jagung
3 biji telur
170 gm ula perang
250 gm pisang berangan
Sedikit garam
150 gm SRF (tepung naik srndiri)

Cara membuatnya lihat vedeo

* Dlm vedeo demo bahan2 adalah utk 2 biji kek ( double resepi )

Jom kita dapatkan food processor nih!

Klik link di bawah
πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
www.wasap.my/60195723516/fp

23/02/2021

Address

No 91, Laluan Keranji 5, Kg Dato' Ahmad Said Tamb. 3
Ipoh
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SZ Cakes and Cookies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SZ Cakes and Cookies:

Share