03/10/2024
KEBAIKAN KEJU @ CHEESE UNTUK KESIHATAN.
Hai, assalamualaikum korang☺️, diantara korang ni, mesti ade kan peminat tegar cheese kan? haaaa sebagai peminat korang mesti nak tahu ape kebaikan cheese kan?😍 saya akan bagitau kat korang ape kebaikan keju ni kat kite🤗. Ade banyak kelebihan keju atau lebih dikenali sebagai cheese ni tau😍 antaranya :-
✨ Menguatkan tulang
Keju mempunyai kalsium yang baik untuk kesihatan tulang korang. Namun keju juga mengandungi vitamin B yang membantu tubuh korang untuk menyerap kalsium. Disebabkan itu, kanak-kanak, para wanita yang hamil disarankan untuk memakan keju kerana boleh mencegah osteoporosis dan menguatkan tulang.💪🏻😎
✨ Menyihatkan gigi
Kalsium yang didapati dalam keju juga baik untuk kesihatan gigi. Ia bukan sahaja boleh menguatkan gigi, malah keju juga boleh mencegah gigi berlubang.
✨ Mencegah barah
Keju mengandungi asam linoleat dan sphingolipids yang membantu untuk mencegah barah. Kandungan vitamin B yang didapati dalam keju juga dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.
✨ Meningkatkan berat badan
Sekiranya korang amat kurus dan ingin meningkatkan berat badan dengan cara yang sihat, makanlah keju. Ini kerana, keju mengandungi lemak sihat selain kalsium, protein, vitamin dan mineral yang membantu mengimbangi sistem metabolisme tubuh.
✨ Menurunkan berat badan
Keju juga boleh membantu korang menurunkan berat badan kerana keju mengandungi protein yang yang membolehkan korang berasa kenyang dan membantu proses penyerapan karbohidrat dalam makanan. Keju juga membantu untuk mengimbangi kadar gula darah korang dan buat korang rasa gembira.
✨ Menyihatkan kulit, rambut dan kuku
Vitamin B yang didapati dalam keju bermanfaat untuk menjadikan kulit korang halus, sihat dan cerah. Sebab vitamin B merangsang pertumbuhan sel kulit yang buat kulit korang menjadi lebih segar, Korang tentu s**a kalau kulit korang segar kan 🥰.
✨ Meningkatkan mutu tidur
Keju membantu mengurangkan kadar tekanan dan membuat korang tidur dengan nyenyak. Malah, sekiranya korang memakan sedikit keju, ia juga dapat merawat masalah insomnia korang😍.
Dengan itu, korang mestilah makan keju dalam diet seharian korang kerana pelbagai manfaaat kesihatan boleh diraih.🤗
Untuk maklumat lanjut korang boleh pm atau tekan link di bawah ini🥰.
Send a message to learn more