Dough Re Mi Donut and Bakery

Dough Re Mi Donut and Bakery WAJIB CUBA
NASI LEMAK SAMBAL KERANG Donut yang sangat gebu, lembut dan enak!

DOUGH RE MI BAKERY KINI MEMBUKA KEDAI SARAPAN DI GOPENG PERAK DENGAN NAMA

“WARONG DOUGH RE MI”

Syarikat kini hanya memiliki 1 cawangan yang menyajikan menu sarapan yang enak dan bisa mengimbau kenangan di zaman dulu. Marilah datang ke kedai kami, Dough Re Mi Donut and Bakery untuk mendapatkan donut anda sekarang juga!

🚫 EMERGENCY CLOSED 🚫Warong Dough Re Mi ditutup sementara atas sebab kecemasan.📅 Tutup:Rabu (22/4/26) hingga Jumaat (24/4...
22/04/2026

🚫 EMERGENCY CLOSED 🚫

Warong Dough Re Mi ditutup sementara atas sebab kecemasan.

📅 Tutup:
Rabu (22/4/26) hingga Jumaat (24/4/26)

✅ Buka semula:
Sabtu (25/4/26)

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa dan menyajikan menu kegemaran anda ❤️

Mohon maaf atas segala kesulitan dan terima kasih atas kefahaman anda 🙏

Jumpa anda semula Sabtu ini!

17/04/2026

WEH… ORANG GOPENG DAH SERBU TEMPAT NI 😱🔥

Kalau lalu Kampung Gunung Panjang, memang susah nak tak singgah… bau sambal, kari semua naik sampai jalan 🤤

Dekat Warong Dough Re Mi, dari pagi dah start meriah — yang datang sekali confirm repeat!

🔥 Nasi Lemak sambal padu
🔥 Nasi Ayam juicy tak kedekut
🔥 Mee Kari kuah pekat berlemak
🔥 Lempeng panas cicah sambal
🔥 Roti Jala + kari memang ngam

Datang lambat… siaplah, banyak menu cepat habis 😜

📍 Kampung Gunung Panjang, Gopeng, Perak
🕢 7.30 pagi – 3.30 petang
❌ Tutup setiap Selasa

Jom turun pagi esok… kita tengok korang team nasi lemak ke nasi ayam 👀

16/04/2026

PERHATIAN PENCINTA NASI AYAM ‼️

Kalau belum cuba nasi ayam Warong Dough Re Mi… memang rugi 😏

✔️ Ayam lembut & berjus
✔️ Sambal cili padu
✔️ Sup panas lengkap

🔥 Harga cuma RM7.50

📍 Warong Dough Re Mi, Kampung Gunung Panjang, Gopeng Perak
⏰ 7.30 pagi – 3.30 petang

📞 Tempah sekarang: 017-545 8860

Cepat datang sebelum habis

28/03/2026

ROTI JALA KARI AYAM 🔥

Ada orang datang sarapan sini
bukan sebab lapar…

Tapi sebab teringin roti jala kari ayam ni. 🤤

Roti jala dibuat fresh setiap pagi
lembut, halus dan panas dari kuali.

Cicah p**a dengan
🍗 Kari ayam pekat berempah
🥔 Kentang lembut dalam kuah
🌶 Rasa dia lemak, pedas dan cukup padu

Bila roti jala serap kuah kari tu…
memang makan satu tak cukup.

📍 Warong Dough Re Mi
Kampung Gunung Panjang, Gopeng Perak

📅 Buka semula 26 Mac 2026
⏰ 7.30 pagi – 12.30 tengahari
‼️CUTI setiap Selasa

Kalau pagi-pagi lalu Gopeng,
singgah dulu pekena roti jala kari ayam panas ni.

Ramai dah datang repeat…
sebab kuah kari dia memang lain macam. 🔥

25/03/2026

LEMPENG SAMBAL BILIS 🔥

Kadang bukan nak makan berat pun…
cuma teringin lempeng panas cicah sambal bilis pedas manis.

Di Warong Dough Re Mi,
lempeng kami dibuat fresh di atas kuali panas.

Luar lembut sedikit rangup,
dalam lembut gebu.

Makan p**a dengan
🌶 Sambal bilis tumis pedas manis
🐟 Bilis rangup
Memang cukup rasa setiap suapan.

Simple je menu dia…
tapi sekali makan memang susah nak berhenti.

📍 Warong Dough Re Mi
Kampung Gunung Panjang, Gopeng Perak

📅 Buka semula 26 Mac 2026
⏰ 7.30 pagi – 12.30 tengahari

Kalau pagi-pagi lalu Gopeng,
singgah dulu pekena lempeng panas dengan sambal bilis padu ni.

24/03/2026

“Ada orang datang Gopeng…
semata-mata nak nasi lemak ni.”

NASI LEMAK AYAM GORENG CRISPY 🔥

Kalau pagi-pagi tiba-tiba teringin
nasi lemak panas dengan ayam goreng rangup…

Meh datang sini 👇

WARONG DOUGH RE MI
📍 Kampung Gunung Panjang, Gopeng Perak

Nasi lemak kami:
🥥 Nasi lemak santan wangi daun pandan
🌶 Sambal tumis pedas manis pekat
🥜 Ikan bilis & kacang rangup
🥚 Telur
🍗 Ayam goreng crispy panas

Ayam dia rangup bunyi krup krup,
dalam dia juicy & berempah.

Bila makan sekali dengan sambal…
memang padu sampai menjilat jari.

📅 Buka semula 26 Mac 2026
⏰ 7.30 pagi – 12.30 tengahari

Kalau lalu Gopeng,
jangan lupa singgah Warong Dough Re Mi.

Datang awal…
sebab kalau lambat kadang tinggal sambal je. 😆

RAYA KE-2 / KE-3 START RASA BENDA NI…“Eh teringin nasi lemak la pagi ni…” 🤤Kalau dah jemu makan lemang, ketupat & rendan...
22/03/2026

RAYA KE-2 / KE-3 START RASA BENDA NI…

“Eh teringin nasi lemak la pagi ni…” 🤤

Kalau dah jemu makan lemang, ketupat & rendang,
meh singgah sarapan dekat sini 👇

WARONG DOUGH RE MI
📍 Kampung Panjang, Gopeng Perak

Buka semula 26 Mac 2026
⏰ 7.30 pagi – 12.30 tengahari

Menu pagi yang buat orang repeat datang:
🔥 Nasi Lemak Sambal Padu
🔥 Mee Kari Kaw Kaw
🔥 Roti Jala Lembut Cicah Kari

Pagi raya memang ramai cari:
✔ nasi panas
✔ sambal pedas manis
✔ kopi panas

Jadi kalau lalu Kampung Gunung Panjang Gopeng,
singgah dulu Warong Dough Re Mi sebelum sambung beraya!

Tag kawan yang selalu cakap:
“aku dah muak makan lemang dah ni…” 😆

28/02/2026

haaaa
Bulan puasa je ada roti john ni
Hari biasa tak de tau
Jadi sementara berpuasa tu meh la cuba try test Roti John Warong Dough Re Mi

Dari 3pm-8pm
Lokasi: hadapan Taman Gopeng Mewah, menghala ke Kampung Sungai Itek. Boleh w4ze je

Jangan pergi Warong dough re mi p**ak tau.. 😂
Sedap, Habis confirm Puas Hati🌸🌸

27/02/2026

📌 PIN POST – WAJIB BACA DULU 📌

Selamat datang ke gerai Roti John Warong Dough Re Mi 🥖🔥

Kami kini beroperasi sepanjang bulan puasa bermula 27 Februari 2026

📍 Lokasi:
Hadapan Taman Gopeng Mewah / Shangrilla
(Waze je Taman Gopeng Mewah, confirm jumpa 😉)

⏰ Waktu Operasi:
3.00 petang – 8.00 malam

✨ Roti john panas-panas
✨ Inti penuh & padu
✨ Telur melimpah
✨ Sesuai untuk berbuka & tapau makan malam

Datang awal untuk elak kehabisan ya 😍
Terima kasih support peniaga kecil macam kami ❤️

Jumpa petang ni! Jangan lupa ajak kawan & family sekali 💛





22/02/2026

Maaf semua
Warong Dough Re Mi akan mula beroperasi di bulan Ramadhan pada
‼️25 Feb 2026 ‼️
‼️4pm-9malam‼️

🥘LAUK PAUK KAMPUNG
🍜MEE KARI
🫔ROTI JALA
🫔ROTI JOHN / KEBAB
🥨KUIH MUIH
🍪KUIH RAYA
🧋COFFEE & TEA
Boleh bungkus dan dine in tau.

Nak datang makan bersama keluarga?
Jom book dahulu
017-545 8860

18/02/2026

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Warong Dough Re Mi Beroperasi pada Ramadhan 2026

BERMULA DARI
23 FEB hingga 18 MAC 2026

WAKTU OPERASI
4 petang hingga 9 malam

Boleh bungkus dan juga Berbuka di sini..
Untuk tempahan berbuka puasa

Boleh hubungi 017-5458860

SELAMAT BERPUASA SEMUA
💖💖💖💖💖💖💖

Address

Jalan BESAR KAMPAR, KAMPUNG GUNUNG PANJANG GOPENG
Gopeng
31600

Opening Hours

Monday 07:00 - 12:00
Wednesday 07:00 - 12:00
Thursday 07:00 - 00:00
Friday 07:00 - 00:00
Saturday 07:00 - 00:00
Sunday 07:00 - 21:00

Telephone

+60174757713

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dough Re Mi Donut and Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dough Re Mi Donut and Bakery:

Share