Resepi percuma Mudah dan Sedap

Resepi percuma Mudah dan Sedap Kerja untuk cari makan. Amway untuk masa depan ��

BUTTERCAKE KUKUS-Bahan-bahan:-2 cawan tepung gandum1 cawan gula pasir4 biji telur1 3/4 cawan mentega cair1 sudu kecil se...
26/03/2023

BUTTERCAKE KUKUS-

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 3/4 cawan mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat
3 sudu besar susu pekat - boleh kurang atau lebih s**atan, ikut selera masing-masing
Secubit garam
Mentega
Cara penyediaan:-

1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.

2. Pastikan pengukus sudah mendidih.

3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.

4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi.

5. Masukkan susu pekat dan secubit garam.

6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat - part ni boleh masukkan ketiga-tiga jenis pelembut kek, tapi kurangkan sedikit s**atan setiap satu.

7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati.

8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti.

9. Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, rasa dulu adunan samada sudah elok, terlebih atau terkurang. Boleh adjust adunan mengikut selera atau citarasa masing-masing.

10. Tuang adunan ke dalam loyang. Part ni boleh letak pewarna jika s**a.

11. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Pastikan air masih banyak dan sudah betul-betul mendidih .

12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nanti kek jadi keras dan mampat, tak gebu.
kredit empunya resepi

Resepi ayam berempah. Dalam resepi x de garam ye. Letak tau. Chef terlupa tulis kot. Tp sy letak. Kisar & perap paling k...
24/03/2023

Resepi ayam berempah. Dalam resepi x de garam ye. Letak tau. Chef terlupa tulis kot. Tp sy letak. Kisar & perap paling kurang 30min. Boleh goreng atas dapur, dalam air fryer atau bakar dalam oven 😋
Resepi chef brian
Di cuba oleh saya

Kredit: Dani Shoppe's

Resepi Cornflakes Crunchy CookiesBahan²- 1  3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)- 1/4 cwn tepung jagung- 1/2 sudu ...
20/03/2023

Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

Bahan²
- 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor

Cara²
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... guna senduk je atau Boleh guna whisk dan masukkan telor.. kacau kejap

Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder .. gaul sebati serta bulat2 kan dan ramas kasar cornflakes gelek2 kan cornflakes ball dalam cornflakes tadi

Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt

Sapu nipis permukaan loyang dengan butter dan isikan cornflakes ball yg dah siap tadi

Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah...

Kredit: tahrunnisa

Sempena bulan ramadhan akan datang, ada buat kelas melalui zoom. Berminat boleh terus tekan link : www.wasap.my/60142436395/kelasmemasak

Japanese cotton cheesecake mudahBahan A---------250g cream cheese50g butter atau xde pakai majerin50g gula kastor 80g su...
20/03/2023

Japanese cotton cheesecake mudah

Bahan A
---------
250g cream cheese
50g butter atau xde pakai majerin
50g gula kastor
80g susu segar/ susu cair
5 biji kuning telur
50g tepung kek (kalau xde tepung gandum ayak tambah 1sk baking powder)
20g tepung jagung( kalau xde xyah bg lg soft je kek tu tp tepung self rising td jd 70g ye)
1sk esen vanila(boleh jugak pakai perahan lemon )

Bahan B
---------
5 biji putih telur
50g gula kastor
1sk cream off tartar(kalau xde ganti dgn 1sk perahan lemon)

oven panas kan kejap oven 170 darjah

1. Cairkan cream cheese +butter menggunakan double boiler.
2. masa panas tu masuk gula dan susu segar dalam adunan yg dicairkan td tu .kacau dan mix kan bg sebati.
3. Alihkan adunan dan kacau-kacau untuk turunkan suhu sampai suam...
4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati dan tambah esen vanila atau perahan lemon td ek.
5. Masukkan tepung dan tepung jagung. Kacau sebati.
6. Pukul putih telur dan cream off tartar td dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai soft peak.
7. Masukkan putih telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
8. Tuang adunan dalam loyang. Bakar secara water bath suhu ke 150C dan bakar selama 60-70 minit
yeay siappp 😋😋

Credit To Owner

Sempena bulan ramadhan akan datang, ada buat kelas memasak melalui zoom. Berminat boleh terus tekan link :
www.wasap.my/60142436395/kelasmemasak

Address

Kampung Ganda Temenggor
Gerik
33300

Telephone

+60142436395

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi percuma Mudah dan Sedap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Resepi percuma Mudah dan Sedap:

Share

Category