24/06/2021
Assalamualaikum
Segala puji bagi Allah yg memiliki arashnya yg sangat luas juga selawat dan salam atas jungjung kasih mulia pembawa khabar gembira baginda kekasih nabi muhamad saw.
Janganlah anda terlalu risau tentang wabak yg melanda negara hari ini. Slalulah membaca quran bila anda gelisah krn quran adalah penawar segala penyakit. Pasakkan iman anda seteguhnya seperti anda meletakkan paku ke lubangnya.
Allah swt berfirman maksudnya setiap orang mukmin itu tidak akan mati melainkan izin dariku yang telah ditetapkan waktunya.
Walau bagaimanapun menjaga nyawa itu adalah seiring dengan tuntutan agamanya.mematuhi segala sop itu adalah sebahagian drpd tatacara mencegah.mencegah itu lebih baik daripada mengubati (kaedah fiqhiyyah).
(Amalan bismillah)
Amalan bismilah adlh amalan sunnah. Disebut di dalam kitab al azkar imam an nawawi. Bahawa baginda nabi saw slalu mengucapkan bismilah di dalam amalan sehariannya. Ia juga merupakan penawar pencegah drpd sebarang bentuk kejahatan. Ketika mana keluar drpd rumah, ketika masuk, ketika makan minum, ketika menaiki kenderaan baginda tidak pernah lupa membacanya.
Apakah ap yg nabi buat itu bersifat sia sia???
Sudah pasti adanya kebaikan dan kelebihannya.kerana setiap ap yg nabi lakukan adalah wahyu daripada Allah swt.
Wahai saudaraku..pasakkan betul betul iman anda kepada Allah swt. Dengan cara banyakkan baca quran dengan hati yg penuh pengharapan kepadanya. Fahamilah bila mana anda membaca quran sebenarnya anda sedang berkomunikasi dengan Allah. Segala angin angin kejahatan akan keluar daripada tubuh anda. kerana kemukjizatan quran itu telah masuk ke dalam tubuh anda yang membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang dan mudah bagi anda untuk menyelesaikan segala permasalahan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat daripada insan yg lemah ini.
al hafiz (penjaga quran)
https://wa.me/message/RE3EG44MSIPPM1