Perkhidmatan Perpustakaan Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the business

Perkhidmatan Perpustakaan Negeri Melaka Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru 75150

02/10/2026








Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan yang lebih baik.

Salah satu punca utama penyakit jantung adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah tabiat pemakanan anda demi jantung yang lebih sihat. Mari kita sama-sama jaga jantung kita dari penyakit dengan mengamalkan tip di bawah.

Sayangi jantung anda, makan secara sihat.

02/10/2026








Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. πŸ‘οΈ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

02/10/2026








Puisi Hujung Minggu: Kocek Pijama
oleh Khairun SM
Puisi ke-1081 di Tukang Puisi
Boleh kongsi jika s**a!
(Catatan : Mohon jasa baik para penulis yang terpilih untuk berkongsi secara 'share' dan bukannya copy, sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam siaran sebagai penghargaan terhadap inisiatif pihak Tukang Puisi mengelolakan ruangan ini. Terima kasih)
======
Facebook : Tukang Puisi
Instagram : tukangpuisikatapilar
Twitter : TukangpuisiKP
Web : www.katapilar.com

02/10/2026








🚦 Beri Isyarat, Bukan Kejutan!

INGAT! Pemandu berhemah tahu pentingnya beri isyarat. 🫡

Setiap kali anda mahu membelok, memintas atau berhenti, pastikan lampu isyarat dihidupkan lebih awal.

Tindakan kecil ini mampu memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain dan mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

Ingat, berhemah di jalan raya juga bukan hanya tentang undang-undang, tetapi tentang tanggungjawab dan sikap saling menghormati.

Kita semua pengguna jalan raya, pemandu, penunggang dan pejalan kaki. πŸš΄β€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ

Tanggungjawab kita ialah berkomunikasi dengan jelas di jalan raya.


02/10/2026








⭐⭐𝗭𝗒𝗑 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗑 π——π—œπ—šπ—œπ—§π—”π—Ÿ π—£π—˜π—₯𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗠⭐⭐

ULASAN BUKU
Tajuk : Misteri Dunia, Rahsia Di Sebalik Rahsia
Penulis : Nasron Sira Rahim

βœ…Akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya.
βœ…Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet.
βœ…Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar.
βœ…Akses tanpa had seluruh negara - Untuk ahli berdaftar u-Pustaka sahaja.

βœ…Layari https://www.u-library.gov.my/.../web/guest/onlinedatabases
πŸ“Œ Sila klik pada logo Ookbee
πŸ“ŒKemudian, sila masukkan alamat e-mel (e-mel yang anda gunakan semasa anda mendaftar sebagai ahli u-Pustaka)
πŸ“Œ Klik butang "Aktifkan"
πŸ“Œ Masukkan butiran peribadi di skrin halaman Pendaftaran
πŸ“Œ Semak e-mel anda








01/10/2026








Dulu dia banyak cerita.

Sekarang balik sekolah terus masuk bilik.

Dulu seronok nak pergi sekolah.
Sekarang setiap pagi ada saja alasan, sakit perut, sakit kepala, penat, tak mahu pergi.

Barang sekolah kerap hilang atau rosak. Duit belanja cepat habis. Tidur terganggu. Prestasi mula merosot. Dia jadi mudah marah, terlalu diam atau kelihatan takut bila nama seseorang disebut.

Kadang-kadang perubahan kecil begini adalah cara seorang anak menunjukkan bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku dalam hidupnya.

Ia mungkin masalah dengan kawan, tekanan akademik, buli, gangguan di media sosial atau perkara lain yang dia sendiri belum tahu bagaimana hendak ceritakan.

Jangan terus soal seperti polis:

β€œSiapa kacau kamu?”
β€œKenapa tak lawan?”
β€œKenapa baru sekarang nak cerita?”

Mulakan dengan lebih lembut:

β€œMak ayah perasan kamu nampak lain kebelakangan ini. Kalau ada apa-apa yang berlaku, kamu boleh cerita. Kami akan dengar dulu.”

Anak yang sedang takut perlukan satu perkara sebelum dia berani bercakap:

rasa bahawa dia akan dipercayai.

Dan kalau seorang anak tiba-tiba berubah, jangan hanya tanya:

β€œKenapa perangai dia macam ni?”

Kadang-kadang soalan yang lebih penting ialah:

β€œApa yang sedang berlaku pada dia?”

01/10/2026








πŠπ„ππ€π‹πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍, π…π€π‡π€πŒπˆ π…π”ππ†π’πˆππ˜π€

Pernah nampak tanda MS SIRIM, E-Mark, DOT atau MC pada barangan? Mungkin kita biasa melihatnya, tetapi belum tentu kita tahu apa maksud dan fungsinya.

MS SIRIM menunjukkan produk telah diperakui mematuhi Malaysian Standard yang berkaitan. Pensijilan ini melibatkan ujian dan penilaian, supaya pematuhan produk tidak hanya bergantung pada dakwaan pengeluar.

E-Mark p**a menunjukkan kelulusan mengikut peraturan teknikal UNECE bagi komponen atau kelengkapan kenderaan tertentu. Antaranya topi keledar, tayar, pelapik brek gantian dan cermin kaca keselamatan kenderaan.

DOT Menunjukkan bahawa pengeluar memperakui aksesori kenderaan (seperti tayar dan topi keledar) serta penandaan bahan berbahaya (Hazmat) semasa pengangkutan memenuhi standard keselamatan Department of Transportation (DOT) Amerika Syarikat.

MC, atau Malaysian Conformity, ialah tanda pematuhan kepada standard keselamatan yang ditetapkan bagi mainan kanak-kanak dan bateri primer.

Mudahnya, penandaan ini membantu kita mengenal pasti pematuhan sesuatu produk kepada standard berkaitan. Setiap tanda mempunyai fungsi dan skopnya sendiri, jadi tidak semua tanda perlu ada pada setiap barang.

Saya mahu lebih ramai pengguna bukan sekadar mengenali rupa penandaan, tetapi memahami maknanya supaya kita tahu apa yang perlu diperhatikan, lebih mudah untuk membuat pilihan bagi diri dan keluarga.

01/10/2026








Kenali 8 hak pengguna β€” daripada keperluan asas, maklumat dan keselamatan hingga hak membuat pilihan dan mendapat ganti rugi. πŸ›‘

Pengguna berhak bersuara serta menikmati persekitaran yang sihat dan selamat. 🌱




01/10/2026








🀲 DOA MEMOHON HIDAYAH, TAQWA, β€˜IFFAH DAN KECUKUPAN

Dalam kehidupan, kita bukan hanya memerlukan rezeki yang banyak, tetapi juga petunjuk, ketakwaan, kehormatan diri dan kecukupan daripada Allah SWT.

Rasulullah ο·Ί mengajarkan doa yang ringkas tetapi merangkumi keperluan besar seorang Muslim:

Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩΩŠ Ψ£ΩŽΨ³Ω’Ψ£ΩŽΩ„ΩΩƒΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ω‡ΩΨ―ΩŽΩ‰ ΩˆΩŽΨ§Ω„ΨͺΩ‘ΩΩ‚ΩŽΩ‰ ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΩΩŽΨ§ΩΩŽ ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω’ΨΊΩΩ†ΩŽΩ‰

β€œYa Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian diri (β€˜iffah) dan kecukupan.”

πŸ“– Riwayat Muslim, no. 2721

🌿 Al-Hudā β€” Petunjuk
🌿 At-Tuqā β€” Ketakwaan
🌿 Al-β€˜Afāf β€” Menjaga kehormatan diri
🌿 Al-Ghinā β€” Kecukupan dan tidak berhajat kepada manusia

Semoga Allah SWT mengurniakan kita hidayah dalam kehidupan, taqwa dalam hati, β€˜iffah dalam diri serta kecukupan dalam rezeki, agar kita sentiasa bersyukur dan tidak bergantung kepada selain-Nya.

🀲 Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ’Ω…ΩΩŠΩ†ΩŽ يَا Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨ§Ω„ΩŽΩ…ΩΩŠΩ†ΩŽ

πŸ“Œ Simpan dan amalkan doa ini. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat sebagai peringatan bersama.

Address

Bukit Baru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Perpustakaan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perkhidmatan Perpustakaan Negeri Melaka:

Shortcuts

Share