Polis Trafik Seri Iskandar

Polis Trafik Seri Iskandar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Trafik Seri Iskandar, Bota.

12/09/2023
28/05/2023

Pajeri terung ๐Ÿ†๐Ÿ†๐Ÿ†๐Ÿ†

mkn dgn nasi panas dan ikan masin...

Terung 7 biji di belah hujung.. jgn putus
Sebiji kelapa dan ambik sedikit buat kerisik

*Bawang besar 2 biji
* Bawang putih 3 ulas
* Halia seinci
* Udang kering rm2
* Blend kasar

Cili kering 2 senduk ikut kepedasan masing
Rempah Kari daging 4 sudu besar
Daun Kari
4 sekawan
Garam
Gula melaka/nise.

Tumis daun kari dan 4 sekawan dah naik bau.. masuk bahan yang diblend dah naik minyak masuk cili kering tumis. Dah naik bau masuk rempah Kari dah garing masuk santan dan terung. Dah nak kering masuk kerisik. Masuk garam Dan gula.
Dah siappp.

Kredit : siti rohana abd jalil

28/05/2023

KARI KAMBING TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
700 gram daging kambing dibersihkan dan dipotong sederhana kecil
1 paket kecil kari daging adabi
1 paket kecil kari ikan adabi
3 biji tomato dipotong
3 biji kentang / carrot dipotong
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan tumis :

3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari

Bahan blend :

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup / serbuk kunyit

Cara masak :

1. Tumis semua bahan sehingga naik bau dan masukkan bahan blend. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan 1 paket serbuk kari daging dan 1 paket serbuk kari ikan serta sedikit air. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan daging kambing yang telah di potong. Kacau dan biarkan hingga air daging keluar.

4. Tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masukkan kentang / carrot dan air asam jawa. Biarkan daging masak hingga empuk. Kacau selalu supaya kuah tidak kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Tambah air lagi jika perlu dan akhir sekali masukkan tomato yang telah dipotong. Biarkan mendidih sehingga masak sepenuhnya. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota : Masukkan air sedikit-sedikit supaya tidak terlalu cair.

04/04/2023

Jom cuba resepi cucur udang ini. Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang-kadang cucur tersebut tidak menepati citarasa. Ada yang lembik malah serap

31/03/2023

๐Ÿ’• Resepi mee udang simple

mee kuning secukupnya
udang secukupnya
kepala udang(direbus utk jadikan stok)
kering segenggam(ikut selera pedas masing2)
putih 3ulas
sikit
merah 8 biji
kering 1 mangkuk kecil.
kentang
#2 biji keledek
hiasan:
Sawi
daun bawang
bawang goreng
telur
limau nipis
Cili hijau
cara:
rebus kepala udang,dptkan 1 mangkuk sederhana stok udang ketepikan.
rebus kentang dan keledek,blend halus dan ketepikan.
kisar semua bahan bertanda tumis hingga naik bau..masukkan stok udang..masak lagi hingga didih..
tambah garam ckit,gula ckit,gula melaka dan cukup rasa..masuk keledek n kentang blend td.tmbah air jika perlu.
dah didih baru masukkn udang dan siap.

Kredit Resepi : Mira Edoraโ€Ž

31/03/2023

Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share resepi yang sama, tapi kali ni jom tengok...

Kerang n mentarang bakar...Skincan
21/02/2023

Kerang n mentarang bakar...Skincan

24/11/2022

RESIPI CEKODOK PISANG!
Rangup di luar dan lembut di dalam ๐Ÿคค

Bahan-bahan

5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.

Kredit Resepi & Foto: Cik Pooja

23/11/2022
22/11/2022

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api.

Menu orang dulu-dulu. Dicampur p**a dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat!

Bahan-bahan:
* Pisang muda - dicuci bersih
* Cili api - ditumbuk
* Kunyit hidup - ditumbuk
* Tempoyak
* Asam keping
* Ikan bilis
* 1 1/2 biji Kelapa parut - di perah dan ambil pati

Cara-cara:
1. Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping - saya guna pisang emas.
P/s: Pisang tu ikut banyak mana yang dikehendaki, kalau lebih dari sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul2 pekat kuah korang
2. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.
3. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak
4. Masukkan garam secukup rasa. Siap! Selamat mencuba

Kredit: Suisan Alieza

22/11/2022

KUIH KERIA/KUIH GELANG ๐Ÿ˜Š

BAHAN

1kg ubi keledek oren
1 1/2 cawan tepung gandum atau 2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder - akak tak letak
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar marjerin
Sedikit garam

CARA2 :

1) Kukus keledek sampai empuk.. Biarkan suam/sejuk.. Kemudian lenyekkan

2) Campur semua bahan yg lain dlm keledek tadi.. Gaul2 hingga /sebati.. Uli hingga jadi doh yg tak melekat di tangan

3) Buat bulat2 doh (35g - 38g) kesemuanya..kemudian leperkan sedikit doh & tekan/buat lubang ditengahnya

4) Goreng dlm minyak panas hingga masak kekuningan.. Angkat

BAHAN SIRA

1 cawan gula
1 cawan air
Sedikit tepung gandum - jika s**a

๐Ÿ‘‰๐ŸปMasak bahan sira hingga mendidih/berbuih
๐Ÿ‘‰๐ŸปKacau sampai pekat & bertali
๐Ÿ‘‰๐ŸปMasuk kuih keria tadi.. Gaul2 rata dgn cepat.. Boleh tutup api..kacau2 biar gula bersalut/melekat/berketul pd keria
๐Ÿ‘‰๐ŸปMasuk sedikit tepung gandum & gaul rata sebati (tujuan masuk sedikit tepung..nak bagi gula melekat lama pd keria & gula tu tak la rasa bila makan berketul keras)
๐Ÿ‘‰๐ŸปSedia dihidang & menikmatinya ๐Ÿ˜Š


Kredit, zura zul

Address

Bota

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Trafik Seri Iskandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share