18/05/2019
PENTING MINUM SUSU KETIKA BERBUKA
Kita telah menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan dan sudah masuk pertengahan bulan.
Walaupun kita kelihatan penat, namun tidak dinafikan kita berasa lebih sihat.
Kesihatan kita akan lebih baik jika kita memilih pemakanan yang sihat ketika sahur dan berbuka. Kita harus memilih lebih banyak sayur fan buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh.
Selain itu minum segelas susu pada waktu sahur dan berbuka, dapat membantu memberikan rasa kenyang lebih lama kerana kandungan protein dalam susu.
Susu bukan saja memberikan kekuatan pada tulang, tetapi juga mengelakan dehidrasi dalam tubuh. Ia juga meningkat daya tahan dalam tubuh dan memberikan bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari.
Jika diminum sebelum tidur, ia membantu tidur lebih cepat. Ini kerana susu boleh memberi kesan yang menenangkan tubuh. Kandungan asid amino tryptophan di dalamnya berfungsi sebagai prekusor yang berguna untuk neurotransmitter serotonin yang bersifat menenangkan. Setelah tubuh merasa tenang, perasaan mengantuk pun muncul.
Jadi minum susu memberi banyak manfaat sepanjang Ramadan. Saya gemar minum susu Farm Fresh.