Raudhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah Donation: https://toyyibpay.com/sumbanganRS
Contact:
HQ: 03-61781922 / 1938 / 019-3451922
Manager: 019-2786333 (Pn Nur) RS telah beroperasi sejak Ogos 1998.

RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

SALAM MERDEKA SEMUA πŸ’žπŸ’žπŸ’žErti MERDEKA bagi warga Raudhatus Sakinah πŸ’–πŸ’–πŸ’–1️⃣ Bebas daripada belenggu masa silam: Memahami bah...
31/08/2026

SALAM MERDEKA SEMUA πŸ’žπŸ’žπŸ’ž

Erti MERDEKA bagi warga Raudhatus Sakinah πŸ’–πŸ’–πŸ’–

1️⃣ Bebas daripada belenggu masa silam: Memahami bahawa hanya kepada Allah tempat kembali dan sungguh2 bertaubat. MOVE ON daripada stigma sosial dan kesilapan lampau yang pernah menjejaskan kehidupan mereka.

2️⃣ Kemerdekaan jiwa (Jiwa Merdeka): Bebas daripada pengaruh negatif, tekanan rakan sebaya atau gejolak hawa nafsu yang membawa kepada kerosakan moral dan maruah diri.
Tiada lagi FOMO dan YOLO insyaAllah!

3️⃣ Memilih membina masa depan sebagai Khalifatul Ardh:
Maha baik Allah SWT yang sentiasa membuka ruang dan memberi peluang kedua/ketiga/keempat dan seterusnya untuk mereka bangkit berhijrah dan melengkapkan diri dengan ilmu agama, akhlak mulia serta kemahiran hidup demi kelangsungan hidup. Alhamdulillahi rabbil β€˜aalamiiin!

JOM sama2 bantu upgrade generasi masa depan yang akan terus2an membangun diri, keluarga, masyarakat, rakyat dan negara Malaysia yg kita cintai ini! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Tulisan: Ummi Ros, Ketua Pegawai Eksekutif Raudhatus Sakinah

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN 🀍Alhamdulillah, pada 4 Ogos 2026 yang lalu, Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah menerima kunju...
29/08/2026

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN 🀍

Alhamdulillah, pada 4 Ogos 2026 yang lalu, Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah menerima kunjungan daripada Muslimah Masjid Permatang, Kuala Selangor bersama Puan Masyitah, Pengerusi NGO Persatuan Pemerkasaan Akar Umbi (PPAU).

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa berkunjung, beramah mesra serta berkongsi pandangan dan sokongan bersama pihak kami.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan dan kerjasama yang lebih baik dalam usaha bersama membimbing dan memberi peluang kedua kepada remaja.

Jazakumullahu khairan atas perhatian dan sokongan yang diberikan. 🌷

KualaSelangor

28/08/2026

🌾 INILAH MAKANAN SUNNAH: TALBINAH

Pernah dengar tentang talbinah?

Talbinah ialah makanan berasaskan barli yang disebut dalam hadis Nabi ο·Ί dan sering dikaitkan dengan manfaat serta kebaikan untuk tubuh.

Mudah disediakan, lembut dan mengenyangkan ☺️

🌿 Terima Kasih Dr. Salah 🀍Alhamdulillah, pada 23 Julai 2026, Raudhatus Sakinah berkesempatan menerima kunjungan Dr. Sala...
28/08/2026

🌿 Terima Kasih Dr. Salah 🀍

Alhamdulillah, pada 23 Julai 2026, Raudhatus Sakinah berkesempatan menerima kunjungan Dr. Salah untuk berkongsi ilmu dan pengisian yang sangat bermakna tentang kepentingan meningkatkan iman (faith), mengukuhkan tauhid, memperbaiki akhlak serta memperdalamkan ibadah dalam kehidupan seharian.

Bukan sekadar perkongsian ilmu, kami turut berpeluang belajar dan menyediakan Talbinah, iaitu makanan sunnah yang diperbuat daripada barli. Talbinah berasal daripada tradisi Arab dan merupakan makanan yang dikenali dalam tradisi Islam, khususnya berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. 🌾🀍

Semoga perkongsian dan pengalaman ini menjadi asbab untuk kita terus memperbaiki diri, menguatkan hubungan dengan Allah SWT dan menjadikan iman sebagai asas dalam setiap langkah kehidupan.

Jazakallahu khairan, Dr. Salah, atas ilmu, masa dan perkongsian yang begitu bermakna. 🀍

Sakina KukuhkanTauhid PerbaikiAkhlak PerdalamkanIbadah MakananSunnah Talbinah SunnahRasulullah Islam Dakwah PengisianRohani Alhamdulillah

USAHA KE ARAH PENJIMATAN KOS OPERASI RS Alhamdulillah, mesyuarat yang diadakan hari ini antara pihak Malaysian Green Tec...
27/08/2026

USAHA KE ARAH PENJIMATAN KOS OPERASI RS

Alhamdulillah, mesyuarat yang diadakan hari ini antara pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC ) bersama UniKL BMI (UniKL BMI ) berjalan lancar.

Pertemuan ini bagi meneroka peluang untuk menjimatkan penggunaan air dan elektrik di Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah, sekali gus membantu mengurangkan kos operasi di RS, insyaAllah.

Terima kasih kami ucapkan kepada Timbalan Dekan UniKL BMI, Ir. Dr. Mohd Badrulhisham, bersama barisan pensyarah dan kakitangan atas kesudian meluangkan masa menerima kehadiran RS.

Penghargaan khusus juga buat En. Muhd Muhtazam, Pengurus Energy Management Gold Standard (EMGS), MGTC, yang menjadi penghubung antara RS dengan pelbagai pihak yang ingin membantu dan menyumbang kepada RS.

Semoga segala usaha dan kebaikan semua pihak mendapat keberkatan serta dirahmati Allah SWT.

24/08/2026

Throwback Indoor Games @ RS 🎲

6 Julai yang lalu, para pelatih RS berentap dalam 8 permainan β€” daripada Saidina, UNO No Mercy, Exploding Kittens sampailah Monopoly Deal. πŸ˜†

Ada yang fokus nak menang, ada yang cuak, ada yang tak berhenti gelak. πŸ˜‚

Yang penting, semua enjoy dan dapat luangkan masa bersama.

Alhamdulillah 🀍

πŸ’§ SETITIS AIR, SEBUAH TANDA KASIHAlhamdulillah, satu lagi keperluan di Raudhatus Sakinah telah dipermudahkan. 🀍Setinggi-...
20/08/2026

πŸ’§ SETITIS AIR, SEBUAH TANDA KASIH

Alhamdulillah, satu lagi keperluan di Raudhatus Sakinah telah dipermudahkan. 🀍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang budiman yang telah sudi menaja projek penapis air baharu untuk kegunaan di RS.

Penapis air ini akan digunakan setiap hari oleh para pelatih dan staf, juga tetamu-tetamu yang hadir dengan menyediakan akses kepada air minuman yang lebih bersih, selamat dan berkualiti serta membantu kelancaran aktiviti harian di pusat.

Bagi kami, sebuah penapis air mungkin kelihatan seperti satu keperluan kecil. Namun apabila ia digunakan setiap hari oleh para pelatih, manfaatnya dirasai berulang kali. πŸ’§

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda dan menjadikannya sebagai amal jariah yang terus mengalir manfaatnya. Aminn Ya Rabb 🀲🏼

Jazakumullahu khairan kathiran. 🌷

Jika anda juga ingin bersama-sama menyokong pengoperasian dan kebajikan para pelatih di Raudhatus Sakinah:

πŸ‘‰ https://toyyibpay.com/sumbanganRS οΏΌ

Sertai perbincangan sarat ibrah dan panduan ikhlas bersama Ustaz Zul Ramli M Razali (Pengasas NOBLE Malaysia) dan tetamu...
19/08/2026

Sertai perbincangan sarat ibrah dan panduan ikhlas bersama Ustaz Zul Ramli M Razali (Pengasas NOBLE Malaysia) dan tetamu undangan khas, Ummi Roses (CEO Raudhatus Sakinah), dalam merungkaikan punca terhakisnya kesopanan serta langkah kembali memugar jiwa dan santun masyarakat.

Sertai perbincangan sarat ibrah dan panduan ikhlas bersama Ustaz Zu...

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (Building Evacuation Drill) πŸš’πŸ”₯Pada 15 Julai 2026, Raudhatus Sakinah telah mengadakan Latiha...
05/08/2026

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (Building Evacuation Drill) πŸš’πŸ”₯

Pada 15 Julai 2026, Raudhatus Sakinah telah mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran. Latihan ini merupakan salah satu keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian.

Sepanjang latihan, para pelatih kelihatan teruja mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka didedahkan dengan langkah-langkah pengungsian bangunan ketika berlaku kecemasan, di samping mempelajari cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui latihan ini dapat meningkatkan kesedaran, keyakinan serta kesiapsiagaan para pelatih dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para pegawai Balai Bomba dan Penyelamat yang sudi hadir berkongsi ilmu serta membimbing warga RS dalam menjayakan latihan ini. β€οΈπŸš’

πŸ“Œ PERTANDINGAN INDOOR GAMES | 6 JULAI 2026Pada awal Julai 2026, para warden telah menganjurkan Pertandingan Indoor Games...
05/08/2026

πŸ“Œ PERTANDINGAN INDOOR GAMES | 6 JULAI 2026

Pada awal Julai 2026, para warden telah menganjurkan Pertandingan Indoor Games sebagai salah satu aktiviti santai yang bertujuan memupuk semangat kerjasama, persaingan sihat, komunikasi serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan pelatih.

Antara permainan yang dipertandingkan ialah:
🎲 Saidina
πŸƒ Exploding Kittens
🐍 Dam Ular Gergasi
πŸš— Saidina Go
πŸ’΅ Monopoly Deal
πŸƒ UNO No Mercy

Setiap permainan menguji strategi dan kreativiti, serta memberi ruang kepada para pelatih untuk belajar berkomunikasi, bekerjasama, mengawal emosi serta menghargai semangat bermain.

Alhamdulillah, suasana sepanjang pertandingan berlangsung dengan begitu meriah. Tahniah kepada semua pelatih dan para warden yang telah menjayakan aktiviti ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan menjadi sebahagian daripada proses pembentukan diri ke arah yang lebih baik. 🀍

Address

567, Jalan Samudra Utara 1, Taman Samudra
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60361781922

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raudhatus Sakinah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Raudhatus Sakinah:

Shortcuts

Share