05/02/2026
π’ PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2026
Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mempelawa para peniaga yang berminat untuk membuat Permohonan Tapak Bazar Ramadan 2026 yang akan diadakan di Perkarangan Parkir Dewan Serbaguna Kota Marudu.
π Tarikh Pendaftaran:
Permohonan dibuka bermula 9 hingga 11 Februari 2026 dan pendaftaran adalah secara fizikal di Kaunter Hasil MDKM.
π Perhatian kepada Pemohon:
β Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
β Perlu membawa salinan Kad Pengenalan, Kad Kesihatan dan Sijil Pengendalian Makanan
β Kelulusan permohonan adalah terhad berdasarkan lot yang tersedia
Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk hadir membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus di Kaunter MDKM.
π Rebut peluang berniaga sempena Ramadan 2026 bersama MDKM.