09/11/2017
KERETA ANDA BUSUK? HILANGKAN BAU DENGAN 7 CARA TRADISIONAL INI...
DUDUK lama dalam kereta sudah menjadi rutin harian sebahagian besar warga kota. Masalahnya, kepala boleh jadi pusing kalau ada bau-bauan pelik dan busuk. Macam-macam bau menusuk hidung yang datang daripada karpet basah, peluh, darah ikan, tumpahan sisa makanan atau durian!
Meletakkan pewangi khas memang berkesan untuk menghilangkan bauan tersebut, tetapi apabila harumannya habis, bau yang sama muncul semula. Jom kita baca bagaimana mahu hapuskan segala bauan tersebut secara semula jadi.
1. Buka Sedikit Tingkap Semalaman
Ini sedikit sebanyak membantu menyahkeluar bauan dari dalam kabin supaya dapat digantikan dengan udara baru yang lebih segar. Tetapi, anda tetap perlu mencari dari mana punca utama bau tersebut.
2. Cuci Karpet, Fabrik atau Pelapik But
Sila cuci karpet, fabrik dan pelapik but kereta anda. Kebiasaannya sumber bau berpunca daripada bahagian tersebut. Dan jangan p**a lupa keringkan.
3. Cuci Sisa Tumpahan
Jika tempat duduk ada kesan tumpahan, cuci hingga bau dan warna hilang serta jangan lupa dikeringkan betul-betul.
4. Guna Serbuk Kopi
Kopi ialah cara tradisional yang kerap digunakan. Letakkan serbuk kopi di sudut kabin dan biarkan semalaman. Janganlah tabur saja, tapi letaklah di dalam bekas khas. Dan jangan p**a mengada guna kopi mahal, cukuplah kopi murah. Paling penting, jangan sesekali guna kopi 3+1!
5. Guna Baking Soda
Percikkan baking soda pada beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.
6. Guna Cuka Epal (Apple Cider)
Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.
7. Bawa Pergi Spa Kereta
Hah, ini paling mudah. Sediakan wang secukupnya dan bawa kereta anda ke mana-mana premis cuci kereta. Lebih baik jika anda hantar ke pusat spa kereta yang memang ada kepakaran khas dalam kerja cucian dalaman kereta.