05/12/2020
Barang kelulut dan jenis kelulut yang dituai madunya.
ORDER http://wasap.my/60123719984
ORDER http://wasap.my/60123719984
Jom kenali jenis Kelulut..
Kelulut Trigona Thoracica
Geniotrigona thoracica ialah jenis lebah kelulut spesis endemik di Malaysia. Ia terdiri daripada kump**an kelulut Indo-Malayan. Kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agen pendebungaan untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis. T. thoracica lazimnya akan membuat sarang di batang dan tunggul kayu. Madunya walaupun sedikit tetapi ia memang boleh dimakan. Ia melindungi sarangnya dengan lapisan propolis. Kajian di beberapa lokasi mendapati daripada banyak jenis lebah kelulut didakwa spesis T. thoracica ini dapat dikelaskan sebagai jenis yang memang spesial kerana ia memiliki ukuran tubuh yang lebih besar jika dibandingkan lebah trigona lainnya. Kelulut jenis ini memiliki ciri yang mudah dibezakan pada warna tubuhnya yang didominasi warna hitam kecoklatan (brownies) dan bagian thorax yang berwarna coklat l. T. Thoracica bergenera Heterotrigona di mana ia pertama kali dijumpai oleh Smith tahun 1857 dan kemudian dalam beberapa eksplorasi lain iaitu oleh Cameron tahun 1902 dengan nama Trigona lacteifasciata Cameron. Nama lain pernah diberikan adalah seperti Trigona ambusta oleh Cockerell tahun 1918 dan juga sebagai Trigona borneensis oleh Friese tahun 1933 di Pulau Kalimantan.
Di kalangan orang kampung, kelulut jenis ini sering dijumpai oleh para petani dan penduduk kampong dengan biasanya bersarang di tebing-tebing bukit atau tanah ladang yang mana kedudukannya agak curam. Ia juga bersarang dalam pokok kayu berlubang walau pun kini dilaporkan dalam keadaan semulajadi pop**asinya sudah jauh berkurang akibat pencerobohan kawasan asalnya. Berdasarkan pemerhatian beberapa penyelidik, spesis T. Thoracica boleh diambil koloninya untuk diternak di kawasan kampung yang mempunyai banyak sumber makanan. Kini banyak jenis kelulut ini telah dibiakkan dan dijual sebagai spesis kelulut yang produktif dan menjadi rebutan ramai. Beberapa teknologi baru pembiakan atau pemecahan koloni kelulut T. thoracica telah berjaya dilakukan melalui pelbagai cara.
Apa yang menarik mengenai spesis kelulut ini adalah dimana pintu masuk koloni T. thoracica berupa lubang tunggal berdiameter 1,5cm (Sila lihat foto sebelah). Lubang ini yang cukup besar pada permukaan tanah yang dikelilingi oleh kump**an berbagai bahan asas kukuh sama ada berbentuk silinder dan juga berbentuk corong. Bila diteliti kita akan melihat warna tebing yang mengelilingi pintu masuk nyaris sama dengan warna tanah atau batuan tebing di sekitar sarang itu. Ini adalah sebagai teknik penyamaran tersebut diperkirakan sebagai usaha pertahanan koloni dari gangguan musuh. Lazimnya sama seperti jenis trigona yang lain pintu maka masuk di jaga oleh sekump**an trigona jantan yang memiliki perwatakan yang sifatnya galak macam 'Garang'. Kelulut penjaga ini macam hendak menyerang dengan cukup ganas semasa kita mendekati sarang mereka. Rahang kelulut ini cukup kuat sehingga gigitannya akan terasa dan juga agak menyakitkan serta lazimnya akan memberikan bekas selepas ia menggigit kulit. Lebah kelulut spesis endemik di Malaysia dimana antara kehebatan kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agenpendebunga untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis.
Bentuk dan Isian Sarang Kelulut jenis in tidak banyak berbeza dengan kelulut lain. Teknik menggali sarang kelulut ini pada tanah yang ada disarang dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti penggalian. perlu dilakukan secara hati-hati agar tidak berlaku kerosakan terutama dibahagian utama sarang. Jenis kelulut T. Thoracica ini berbentuk bundar tidak presisi seukuran bola sepak dewasa, mengisi rongga di tebing tanah yang juga berbentuk bundar seukuran sarang (Sila lihat rajah disebelah). Di sekeliling dinding sarang dilapisi oleh lapisan hitam yang keras terdiri dari gam pelekat dan bahan semulajadi alam seperti tanah kering, pasir besi dan batuan kecil. Bila lempengan dinding dipatahkan maka isi patahan yang berwarna coklat tua adalah sangat mirip besi berkarat. Melihat sedikit ke dalam, penggisian sarang terdiri dari jalur pintu masuk, pot untuk penyimpanan larva, pot penyimpanan madu dan pollen. Kelihatan juga adalah interior lainnya seperti jalur-jalur yang menyerupai akar dan percabangan yang dibuat dengan menggunakan propolis. Jalur-jalur tersebut digunakan sebagai jalan atau perlintasan para lebah dari satu tempat ke tempat yang lain serta berguna p**a sebagai penyangga struktur bangunan sarang. Bentuk pot penyimpanan telur dan larva lebah berbentuk piringan spiral bukan tumpuk. Apa yang perlu diketahui adalah persentasi penyimpanan telur lebih besar bila dibandingkan pot penyimpanan madu dan pollen.
Produk utama lebah trigona adalah madu dan bee pollen. Pada kes-kes tertentu penulis dapati perbezaan fizikal antara jenis madu T. thoracica dengan madu trigona yang lain adalah dari segi rasa dan warna. Namun perbezaan tersebut saya fikir sudah biasa pada kelulut yang lain juga kerana perbezaan rasa dan warna pada madu trigona sangat dipengaruhi oleh persekitaran habitat, sumber makanan, usia madu dan juga iklim. Madu kelulut yang biasa dihasilkan adalah berwarna kuning terang hingga kehitaman. Pada spesies ini warna madu lazimnya berwarna violet atau hitam keungu-unguan juga bergantung kepada faktor yang dinyatakan di atas. Bagaimanapun untuk dibezakan dengan madu lebah (Apis spp) memang agak nyata perbandingannya. Ini didapati berbeza dari segi rasa di mana ia memiliki rasa manis dan masam (Keasidan tinggi) dan ada di antara pengguna mengatakan bau madu kelulut agak kuat (ada kata macam bau hamis) di mana tidak terdapat kepada kelulut lain. Apa pun madu lebah kelulut trigona mempunyai khasiat yang tinggi setanding dengan madu kelulut lain dengan harga yang dikatakan tinggi mencecah RM 160 - RM200 satu kilogram.
ORDER http://wasap.my/60123719984
ORDER http://wasap.my/60123719984