Fauzii Cakes

Fauzii Cakes Nikmati Fauzi Cakes, kek coklat cair yang sangat melting dan terasa kesedapannya..

Antara peminat - peminat cilik Fauzi Cakes..S**a sangat tu.. πŸ₯°
15/02/2022

Antara peminat - peminat cilik Fauzi Cakes..
S**a sangat tu.. πŸ₯°

USAHAWAN IPT DISELURUH NEGARA DIPERLUKAN!!! UNTUK 2017/2018. Nak tambah income sambil ceriakan hidup anda dan kawan-kawa...
20/03/2016

USAHAWAN IPT DISELURUH NEGARA DIPERLUKAN!!!
UNTUK 2017/2018.

Nak tambah income sambil ceriakan hidup anda dan kawan-kawan?
Jom buat duit macam kawan - kawan anda yang telah berjaya..
Jom jual Fauzii Cakes sekarang! Laku macam pisang goreng panassss..

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi terutama dari kalangan pelajar - pelajar IPT terhadap Fauzii Cakes.. kami memerlukan usahawan dari kalangan pelajar IPT di seluruh negara untuk membantu memasarkan Fauzii Cakes ke kolej @ universiti anda. Anda mestilah berumur antara 18 - 25 sahaja..
Sebagai usahawan IPT, kami akan bantu anda. Anda akan menikmati keistimewaan seperti berikut:

> Modal serendah RM300 sahaja (Agen Biasa RM800)
> Nama anda akan masuk dalam Web Fauzii Cakes
> Bantuan hebahan dan promosi dari FB Fauzii Cakes
> Satu IPT eksklusif 3 orang Agen sahaja
> Produk Fauzii Cakes yang sangat laku dan repeat sales tinggi
> Keuntungan sehingga 40%
> Bantuan bahan promosi flyers, bunting, poster dll
> Boleh menambah pendapatan RM800 - RM1600 sebulan
> Tidak membebankan malah dapat membantu ibu bapa anda..
> Masa mengikut keselesaan anda, tiada tekanan

Sila komen/tinggalkan no. HP anda beserta nama IPT yang hendak diwakili. Tawaran Terhad sehingga Iklan ini dipadamkan. Atau terus Whatsapp AGENFC ke 012-4319069. Jom yang berjiwa Usahawan.. Bertindak segera!!

Klik terus di sini :
www.wasap.my/60124319069/AGENFC
www.wasap.my/60124319069/AGENFC
www.wasap.my/60124319069/AGENFC

Selamat Pagi..Pagi ni kat Jitra hujan lebat.. 😊😊Alhamdulillah hujan rahmat 😍😍Saya doakan hari ini kita semua beroleh keb...
05/08/2015

Selamat Pagi..

Pagi ni kat Jitra hujan lebat.. 😊😊
Alhamdulillah hujan rahmat 😍😍

Saya doakan hari ini kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dari Nya..aminn ya rabb..

P/s : gambar di bawah merupakan saiz S.. sesuai untuk DOORGIFT.. harga RM 1.50.. Nak order atau ada apa apa pertanyaan boleh Whatsapp 019 660 6669 / 019 729 6627

28/07/2015

Pagi tadi breakfast di Restoran Tok Keramat...

Lepas ambik makanan carilah kek nak tengok tinggal lagi berapa, kedudukan macam mana.. cari cari tak jumpa.. then tanya staff di counter...

"Kek Coklat habis dah ka?"

Dia pon cari cari..

"Haah habis dahh.."

Saya : dalam hati seronok, syukur dan terkejut.. sbb baru hantar semalam..

" Oo..habis dah? Ok2..."

Sampai je kedai, terus mintak staff packing kek utk hantar kat Restoran Tok Keramat..

So hampa semua, kami dah top up dah kek coklat.. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜ŠπŸ˜Š

27/07/2015

[ TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANDA ]

Selamat Pagi Semua !!..

Hari ni nak bagi tips cara meningkatkan keyakinan diri.. =)

===================================
8 CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
===================================

1. Lihat balik pada tahap keyakinan sewaktu kita kecil
# Sebagai kanak-kanak, majoriti antara kita tidak takut langsung. Sentuh katak, tersentuh bekas panas (menangis kemudiannya), bercakap jujur dalam semua perkara dll. Jadi, kita seharusnya sedar bahawa kita pernah menjadi orang berkeyakinan tinggi ketika kecil. Jika sekarang kita semakin dewasa, itu bermakna kita sebenarnya mampu untuk lebih berkeyakinan tinggi, bukannya semakin takut.


2. Ketahui kehebatan dan kelemahan diri
# Semakin lama anda belajar tentang diri sendiri, semakin tinggi kehebatan anda dan semakin mudah anda memperbaiki kelemahan. Walaupun kadangkala sukar untuk mengetahui mana satu kelebihan dan mana satu hal yang anda mahu, tetapi anda boleh mulakan dengan membuat senarai. Senaraikan lima perkara yang anda hebat. Juga senaraikan lima perkara yang anda mahu buat. Juga senaraikan perkara yang anda gembira lakukan. Lakukan apa yang disenaraikan secara berselang-seli. Hari demi hari anda akan secara tidak langsung terdorong mengecilkan skop kerja seterusnya meningkatkan diri sendiri di samping mencapai kegembiraan dalam kerja.

3. Harapkan kejayaan
# Ada orang kata dalam sesuatu hal, kita kena pandang orang belakang. Namun hal ini tidak benar secara total. Tabiat pandang ke belakang sebenarnya boleh membuatkan anda bergerak perlahan dan bermain dalam zon selesa sendiri. Seharusnya anda cuba mengecapi seberapa banyak kejayaan yang boleh dalam sehari. Himpunan kejayaan setiap hari boleh menjadikan anda lebih gembira, yakin diri dan menjadi lebih berjaya di kemudian hari.

4. Percayakan keupayaan sendiri
# Keyakinan diri bukan tentang menjadi pandai/mengetahui segalanya, sebaliknya mengetahui anda boleh melaksanakan sesuatu kerja tanpa berhenti di tengah jalan. Lagipun, tiada orang yang tahu semua hal. Jadi jangan pandang kepada apa yang anda tahu atau boleh buat, tetapi nilaikan kepada kesanggupan dan kapasiti diri anda dalam melakukan kerja.

5. Terima perkara yang tidak diketahui
# Sesetengah orang menilai keyakinan diri dengan mengetahui apa hasil yang akan diperolehi dalam sesuatu hal yang dilakukan. Hal ini betul tapi bukan 100%. Tidak kira betapa bijak/ berbakatnya anda, anda tidak boleh meramal masa depan secara tepat. Jika sekalipun gagal, anda tahu itu sebenarnya hanyalah hal yang tidak boleh anda kawal. Jadi anda boleh terus bangun kembali dengan yakin dan buat kerja dengan cara lain.

6. Ambil risiko
# Semacam bermain roller coaster, anda takut, tetapi masih mahu naik. Tidak kiralah anda muntah di tengah jalan ataupun mengganggu rakan sebelah, anda akhir boleh berbangga dengan gambar dan pengalaman menaiki roller coaster. Begitu jugalah dalam hidup, anda hanya perlu berani mengambil risiko, hasilnya nanti mesti berbaloi dengan kesusahan yang terpaksa dihadapi semasa melaksanakan kerja. Jika dicemuh sepanjang perjalanan sekalipun, anda bukannya cedera atau mati. Malu sekejap sahaja. Hehe..

7. Belajar menerima pujian
# Ada orang menganggap pujian yang diterima dari rakan hanyalah atas dasar membodek ataupun kerana cuba menjadi mesra. Kadang-kadang hal sedemikian ada benarnya namun, majoriti pujian yang anda terima sebenarnya kerana anda layak menerimanya. Jadi terimalah pujian dengan rasa puas, anda telah lakukan kerja dengan baik sekali, itu bermakna anda boleh percaya bahawa anda sebenarnya memang berbakat. Ada orang mahu anda berjaya dan sekarang anda juga harus percaya yang anda sememangnya layak dipuji jika orang yang sama memberi pujian kepada anda.

8. Berlatih untuk berkeyakinan
# Seperti semua hal yang lain, keyakinan diri juga boleh dilatih. Contohnya semasa bertemu orang asing, anda boleh mulakan bercakap, teruskan dengan gerak badan dan bersikap mesra. Jangan risau, jika anda menunjukkan tanda yang anda yakin pada diri sendiri, orang akan beralih dari tanggapan sendiri dan mulai melihat anda dengan cara anda mahu dilihat.

Tidak kiralah apapun, percayalah bahawa anda boleh dan memang bernilai - sama nilai dengan orang lain, tidak kira berapa banyak kejayaan anda. Tidak kira juga berapa banyak yang telah anda rosakkan. Percaya pada diri adalah cara untuk meneruskan hidup. Dan percaya pada diri juga adalah cara untuk anda mencapai potensi sebenar diri.

Credit to : Tipsbestbest
_____________________________________________

Saya sendiri mempunyai masalah tentang keyakinan diri ni.. Tapi bila baca tips ni, jadi bersemangat.. !!

[ MAKNA SURAH AL FATIHAH ]Surah Al Fatihah ni bacaan wajib dalam solat 5 waktu kita dan solat solat sunat lain.. Apakah ...
27/07/2015

[ MAKNA SURAH AL FATIHAH ]

Surah Al Fatihah ni bacaan wajib dalam solat 5 waktu kita dan solat solat sunat lain.. Apakah kita hafal dan tahu makna di sebalik surah ini..?

Yang tak tau meh saya nak share.. Saya berpendapat, khusyuk nya solat kita andai kita tahu makna setiap perkataan yang kita baca dalam solat..

Macam kita bercerita / bersembang dengan orang.. Kalau kita tahu satu satu tajuk tu, pasti kita akan bercerita dengan khusyuk nya.. tapi kalau kita tak tau.. kita rasa bosan..

===================
SURAH AL FATIHAH
===================

1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan p**a (jalan) orang-orang yang sesat.

Antara fadhilat membacanya menurut beberapa hadis Rasulullah SAW :

- Mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.
- Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT, baca 41 kali setiap hari, waktunya di antara solat sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh.

Credit to : Wikipedia, Haji Johari Haji Alias
________________________________________________

Saya sendiri lepas solat, doa saya ialah surah Al Fatihah.. lengkap dengan apa yang kita perlu di dunia ni..

Dimulai dengan pujian kepada Allah, lepastu kita sedar yang kita hanya hambaNya di dunia ini.. kemudian kita minta Dia lorongkan jalan yang lurus iaitu jalan yang penuh nikmat dan jalan para mukminin..

Ok Selamat Malam..

Address

15A, Taman Vistana Indah, Jalan Langgar
Alor Setar
05400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fauzii Cakes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fauzii Cakes:

Share