30/04/2026
POPPINGO CAFE IS OFFICIALLY CLOSED! Terima kasih kepada semua customer yg dah support kami dari lotus stargate (2020-2022) ke mydin taman saga (2022-2023) dan last sekali di jalan putra (2023-2025).
Bg kami 5 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Masih ada customer yg tanya dan ada jugak yg masih ke kedai. Jadi kami ambil tanggungjawab utk umum. Planning asal memang kami nak cuti sahaja sementara nak pindah ke tempat baru.
Tapi Alhamdulillah, dalam tempoh tu Allah temukan kami dgn jalan usaha yg dah lama kami impikan. Semestinya sayang nak stop buat bisnes, tapi kami percaya "to get something, we must lose something". Utk yg tanya kami tak buat dari rumah ka.. maaf sgt sgt, buat masa sekarang tak ada plan lagi 🙏🏻🥺
Kami doakan semoga semua customer customer poppingo dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Aamiinn.. Doakan kami jugak yaa 🥰🤍 Tanpa Poppingo dan sokongan semua customer, kami takkan dpt capai apa yg kami impikan sekarang 🥹