01/11/2021
Alhamdulillah. Segalanya dari Allah.
Kadang2 Allah beri sesuatu musibah kerana Allah nak ganti dengan sesuatu yg lebih baik.
Kami pakai penapis air sewa beli ni dah 3 tahun. Masih berbaki 4 tahun lg 😁😅. Ambik yg paling murah 🤣. Baru2 ni rosak dan terpaksa hantar ke hq. Kata juru teknik tu paling lama 2 bulan baru siap. Alahai..camno nk buat..dok buat kek, roti, memasak semua guna air tapis. Even basuh loyang dan perkakas yg berminyak pun guna air panas dr penapis air tu 😅.
Dalam 2 3 minggu lepas tu hq bagitau yg penapis air kami tak boleh dibaiki. Nak tukar mesin yg sama model x dak stok. Jadi mereka sarankan model yg lain, tangki berganda lebih besar dan yg penting tak perlu tambah bayaran bulanan. Alhamdulillah. Syukur sangat2.
Tapi kami s**a bertanya, apa pengajarannya, kenapa Allah tukarkan kpd yg lebih baik, yg lebih besar tanpa perlu menambah beban kewangan. Cuba fikir2 balik.. mungkin rezeki ni bukan utk kami berdua saja. Tapi ini juga rezeki untuk anak2 jiran yg s**a singgah dan bermain di rumah kami. Setelah penat bermain, singgah rumah kami sekejap untuk minum. Gembira sungguh mereka dpt minum air sejuk 😁. Maka benarlah mereka dtg membawa rezeki kepada kami dan Allah memberi sesuai keperluan. Subhanallah. Alhamdulillah.