25/10/2021
APA ITU PERALIHAN TENAGA???
Peralihan tenaga adalah interaksi aura atau medan tenaga di antara seseorang dengan yang lain. Aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Kadang-kadang korang mungkin berasa tidak selesa kerana aliran tenaga yang keluar dari seseorang itu adalah negatif.
Aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.
"Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif," katanya.
Walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan yang hidup.
Semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang.
Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya, bocor.
Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.
Jadi apabila seseorang itu sedang marah dan berkasar dengan korang secara langsung, kemungkinan besar korang boleh menyerap tenaga negatif dari mereka..
Bagi menggelakan situasi seperti ini, cuba ikut tips seperti di bawah ini:
AURA NUR...Your Aura Speaks...