02/03/2013
salam u all.. admin nak kongsikan cerita agak sedih jg la.. ni dr seorang liker page ni.. moga korg menghayati dan terhibur ok.
assalamualaikum admin ,
Saya bukanlah ingin menceritakan kisah seram tetapi saya ingin menceritakan kisah sebuah kasih sayang. Seperti yang kita semua maklum,kasih sayang bukanlah hanya boleh dipupuk hanya sesama manusia,tetapi juga terhadap binatang dan hari ini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar mengenai saya dan kucing saya yang telah mati sepuluh tahun lepas. Saya berharap agar cerita saya ini dapat menyedarkan manusia supaya tidak sewenang-wenangnye menzalimi binatang.
Popi, itulah nama kucing kesayangan saya.Walaupun dia telah tiada,namun segala kenangan manis bersama Popi masih saya tidak dapat lupakan. Pada asalnya saya bukanlah penggemar binatang. Walaupun binatang itu jinak , saya tetap tidak berapa s**a. Sehinggalah suatu hari, jiran baru berpindah disebelah rumah kami dan membela begitu banyak kucing.
Pada asalnya memang kami kurang selesa dengan kehadiran kucing2 itu, tapi lama kelamaan kami sudah menjadi biasa sehinggalah suatu hari, ketika saya sedang mengapur kasut diluar rumah,datang seekor kucing milik jiran saya(Popi namanya) dan mengiau pada saya. Pada mulanya saya menghalau kucing itu tapi saya jadi kesian,lalu saya memberikannya ikan goreng.
Selepas hari itu,saya dan Popi menjadi rapat. Kami seperti kawan baik.Walaupun dia tidak tahu bercakap tetapi dia seolah-olah faham apa yang saya katakan. Popi pandai memujuk. Popi selalu datang awal pagi ke rumah saya untuk makan dan sekiranya ketika dia datang dan saya sedang tidur dia akan minta makanan pada mak saya, dan mak saya akan berkata pada Popi " pergi kejutkan Su dulu" dan dengan segera Popi datang kepada saya dan menjilat-jilat p**i saya. Memang terasa kasarnya lidah dia. Apabila saya tutup muka saya dengan bantal Popi akan menolak badan saya dengan menggunakan kaki dan kepalanya. Begitulah rutin mingguan antara saya dan Popi.
Sekiranya saya mempunyai wang saku berlebihan saya akan membeli roti krim sebab Popi s**a sangat makan krim. Saya akan asingkan roti dan krim,dan krim saya akan bagi Popi makan manakala saya akan memakan roti. Sekiranya Popi terlihat saya makan roti krim,pasti dia akan melompat atas riba saya dan memujuk saya untuk memberikannya krim pada roti tersebut.
Masih segar dalam ingatan saya pada ketika saya p**ang dari sekolah dulu. Saya p**ang sekolah pada pukul 12.30 tengah hari.Pabila sampai sahaja dirumah Popi akan menunggu saya di pintu pagar.Saya akan masuk rumah tanggal kasut dan terus duduk atas kerusi. Manakala Popi p**a akan naik ke riba saya dan menjilat p**i saya dan duduk memandang muka saya dan saya tahu itu tandanya dia lapar.Hampir setiap hari Popi akan tunggu saya p**ang dari sekolah. Begitu juga pada waktu pagi atau ketika saya ingin ke sekolah agama. Popi pasti akan menghantar saya sehingga lorong dikawasan rumah saya.Apabila saya hilang dari pandangannya dia akan kembali ke rumah. Pernah saya ingin menangkap dan membawanya p**ang ke rumah,tetapi dia akan lari dan menyorok bawah kereta dan apabila saya jalan menuju ke sekolah Popi akan memerhatikan saya dari jauh.Perbuatannya itu tidak ubah seperti menghantar anak ke sekolah. Memang lucu.
Pernah sekali Popi demam. Saya risau sangat. Mana tidaknya,nak bawa ke klinik haiwan duit tidak mencukupi,ye lah,saya baru berumur 12 tahun.Pada masa itu Popi langsung tidak mahu makan.Dia hanya minum sahaja. Pada ketika itu juga saya membuat tempat tidur khas untuk Popi.Ada bantal yg berisikan straw,selimut dan tempat tidurnya berlangsir. Popi s**a tidur ditangga,mungkin kerana tempat itu sesuai ketika dia sedang demam. Saya s**a tengok bila dia tidur ditempat tidur yang saya buatkan padanya. Selalu jugalah dia tidur di 'bilik' dia.
Jika saya sedang bersedih,dia akan datang kepada saya dan menjilat air mata saya. Itulah perkara yang betul-betul buat saya rasa terharu,malah bukan saya,tetapi akak saya pon pernah menangis ketika menahan sakit jarinya terkena kaca Popi datang dan menjilat air mata akak saya.Dia seolah-olah memujuk kami.
Saya tidak menganggap Popi adalah haiwan peliharaan saya tetapi saya menganggap Popi adalah Sahabat baik saya. Tapi perkara yang kami tidak menduga berlaku. Popi hilang untuk 2 minggu lebih. Pada ketika itu saya jadi tidak tentu arah. Saya mencarinya keliling taman dikawasan perumahan saya namun tidak menjumpainya sehinggakan saya menyangkan kucing kawan saya adalah Popi. Begitu saya rindukan Popi pada ketika itu.
Saya teruskan mencari sehinggakan saya berputus asa dan marah sehingga saya berkata dalam hati "Popi kau dah jumpa tuan baru kau tinggalkan aku,sampai hati kau". 2 hari selepas itu, jiran saya memberitahu saya bahawa Popi ada didalam longkang rumah mereka. alangkah terkejutnya saya melihat Popi yagng sudah kurus dan 2 kaki belakangnya patah.Nasib baik ketika itu longkang sedang kering. Dengan segera saya mengangkat Popi dan membawanya p**ang.
Amat pilu hati saya melihat keadaannya. Mulut dan badannya dipenuhi darah,badannya kurus dan kakinya patah. Dia tidak mengiau langsung. Apatah lagi makan dan minum. Mak saya membuatkan Popi bubur untuk kembalikan tenaga Popi. Popi tidak boleh mengunyah,jadi saya menyuapnya menggunakan straw dan Alhamdulillah Popi bertanaga 2 hari selepas itu.
Memandangkan Popi tidak boleh berjalan ,mak saya tidak kisah sekiranya Popi kencing atau membuang air besar ditempat tidurnya itu ( didapur). Tapi tersentuh hati saya apabila melihatnya mengesot ke tandas pada pukul 3 pagi kerana ingin membuang air. Menitis air mata saya.Popi seolah-olah tidak mahu menyusahkan kami dan apabila abang saya masuk ke tandas,barulah dia mengiau menandakan dia meminta untuk diangkat dan diletakkan ketempat tidurnya.
Nyawa Popi tidak panjang.Popi mati pada hari ke-3 dia sakit. Saya masih ingat pada waktu itu,saya sempat menyuapkan 3-4 kali bubur kepada Popi di atas riba saya. Dan untuk kali terakhir dia memandang muka saya dan mengiau seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada saya dan kemudian dia menyemburkan kembali bubur yang saya suapkan dan dia pergi tinggalkan saya betul-betul diatas riba saya. Pada waktu itu saya merasakan kehilangan sesuatu yang amat berharga walaupun dia hanya seekor haiwan, namun bagi saya dia adalah haiwan yang berhati manusia.Menangis jugalah kami melihat Popi tinggalkan kami.
Sehingga kini saya masih tidak dapat lupakan semua kenangan bersama Popi. Semua kanangan tu seperti masih baru berlaku. Saya pernah menceritakan kisah saya kepada beberapa orang rakan namun mereka hanya mentertawakan saya. Mereka pernah berkata "haiwan je kot bukan famili kau" dan bagi saya Popi adalah sebahagian daripada keluarga saya dan tidak salah jika kita menyayangi binatang kesayangan Rasulullahkan?
thanks admin. Hopefully cerita saya ini membuka mata kepada manusia yang membenci haiwan.Ingatlah mereka pon makhluk tuhan dan berhak hidup di muka bumi ini juga.