31/01/2026
Pejam celik, pejam celik rupanya dah lebih 2 tahun dah kami buka popup booth untuk jual homemade cakes dan desserts kami di luar.. tak sangka si cilik comel 'duta' Sweetbites ni dah besar dah.. terima kasih sayang ibu bersama-sama ibu melihat jatuh bangun ibu untuk kuat teruskan perjuangan hidup.. dan terima kasih buat cinta hati yang selalu ada untuk pastikan setiap popup booth saya akan berjaya untuk dibuka dan pastikan semua berjalan dengan lancar.. semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersamamu 🤲🏻🥰
Semalam antara persiapan yang mencabar buat kami kerana anakanda demam panas secara tiba² dan mendadak mencecah lebih 39°C, jadi persiapan kek banyak tergendala dan ada antara menu yang tak jadi dibuat kerana kekangan masa.. dan disebabkan kekangan masa itu juga, kami tidur pukul 2 pagi dan bangun seawal 5 pagi untuk persiapan semua.. berbekalkan rehat yang sangat tidak mencukupi, kami gagah juga untuk teruskan usaha membuka jualan homemade cakes kami.. dan alhamdulillah she got better yesterday dan semua berjalan lancar 🤗 nothing else felt so much better than seeing her antics and her sweet smiles.. PS: Tengoklah telatah dia di video akhir 😂🤣