15/11/2020
Setiap kali bicara soal coklat pasti ramai yang menganggap coklat itu adalah makanan yang menggemukkan badan.
Ramai yang tidak tahu coklat itu mengandungi kebaikan dan khasiat yang baik untuk tubuh anda.
Antara kebaikan coklat yang ramai tidak tahu adalah:
1)Kurangkan Kadar Strok
Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang mengambil 45g coklat seminggu dapat mengurangkan sebanyak 20% risiko dari terkena serangan strok.
2)Tingkatkan Kadar Kesihatan Jantung
Coklat juga membantu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan dan juga risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat mampu bertindak melawan peradangan jantung.
3)Melawan Diabetis
Kajian di Itali yang dilakukan pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.
4)Hilangkan Stress
Coklat juga membantu untuk mengurangkan tekanan atau stress. Menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Jadi, jika anda stress atau tertekan sewaktu bekerja, anda bolehlah menikmati coklat untuk mengurangkan stress.
Tag penggemar coklat🍫dibawah