21/10/2021
Hai selamat petang semua , selamat berhujung minggu , apa aktiviti anda harini ? Ada peminat brownies tak
Harini saya nak kongsikan resepi kukis brownies
Yang penting ikut je langkah ni 100% kalau baru nak belajar buat.
Untuk separuh adunan ni, saya dapat 110 pcs biskut.
BAHAN-BAHAN
20g butter/buttercup
175g dark chocolate
1 biji telur + 1 biji kuning telur
75g gula castor (kurangkan kepada 60g kalau nak kurang manis)
1 sudu teh esen vanila
18g tepung gandum
secubit baking powder
CARA-CARA
1. CAIRKAN COKLAT & BUTTER
Mula-mula sekali cairkan dark choc dan butter menggunakan kaedah double boiler.
2. PUKUL GULA, TELUR & ESEN VANILA
Pukul gula bersama telur & esen vanila sehingga kembang & putih.
Boleh pukul guna whisk atau mixer.
Saya pukul lebih kurang 10 minit dengan speed mixer no 5.
3. MASUKKAN TEPUNG & BAKING POWDER
Masukkan tepung & baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
Gaulkan sekejap. Saya gaulkan guna mixer je.
4. MASUKKAN COKLAT CAIR
Masukkan p**a coklat cair.
Kacau dengan spatula hingga sebati (saya guna mixer je).Sekali pandang memang boleh buat kita terliur.Tengok saja pada teksturnya yang berkilat, merekah dan warna coklat gelapnya yang menawan.
Inilah keistimewaan brownies cookies yang menjadikannya antara biskut raya yang menjadi kegilaan ramai.
Sebenarnya nak buat brownies cookies ni taklah susah sangat. Bahan yang digunakan pun bahan asas saja.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi brownies cookies yang dikongsikan oleh Rahimah Abdillah.
5. MASUKKAN DALAM PIPING BAG & REHATKAN ADUNAN
Bila dah sebati, masukkan dalam piping bag & rehatkan 10 minit dalam peti ais.
Tips:
Doh p**a mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu l***r.
Sambil tu panaskan oven anda sekali.
Mudah sebenarnya bila masuk dalam piping bag.
6. PIPEKAN KE ATAS DULANG
Lepas 10 minit, boleh pipekan atas macaroon mat yang sudah di gris dengan butter.
Ikutlah nak letak apa sekali pun dekat atasnya.
7. BAKAR
Bakar selama 10 ke 11 minit, api atas bawah suhu 160c atau mengikut suhu oven masing-masing.
Biskut ni ada rasa chewy & rangup. Saya s**a rangup, jadi saya bakar 12 minit suhu 160c.
Kalau masih chewy dan belum rangup, boleh lebihkan lagi masa membakarnya.