Ilani Cakes

Ilani Cakes Kek Batik Indulgence by Chef ilani. Tuan/Puan bole tgk2 dulu feedback kepuasan mereka.

Terima kasih kerana menghubungi KAKPAH


*BOLEH KAKPAH TAHU TUAN/PUAN DARI KAWASAN MANA?*�


*MENU*
NASI LEMAK KAKPAH;

1) N.L Ayam + Kerang = Rm5.80
2) N.L Ayam Goreng = Rm3.50.
3) N.L Sambal Kerang = Rm3.50
4) N.L Telur Mata = Rm3.00
5) N.L Telur Rebus = Rm3.00

BIHUN GORENG;

1) Bihun Goreng Biasa = Rm2.50
2) Bihun Telur Mata = Rm3.00
3) Bihun Ayam Goreng = Rm3.50
4) Bihun Sambal Kerang = Rm3

.50

Tempahan sehari awal sebelum 7.00pm
Isnin - Sabtu


KUIH-MUIH BERHARGA RM0.50/BIJI
1) KARIPAP
2) ROTI SARDIN
3) CEKODOK PISANG
4) LEPAT PISANG
5) PAU SAMBAL
6) DONAT
7) KOCI PULUT HITAM
8) POPIA KENTANG
9) POPIA SAMBAL

http://www.wasap.my/60125376979/NasiLemakKakPah/NakTahuMenuSarapan
http://www.wasap.my/60125376979/NasiLemakKakPah/NakTahuMenuSarapan

�KAKPAH ada byk Testimoni dari customer. Follow link di bwh ini �

�FB :https://www.facebook.com/NasiLemakKakPah/

�IG :https://www.instagram.com/p/CHO-PlrBEpS/?igshid=lse6fk8eaumn



Terima Kasih �

07/06/2026

Korang ingat pasal kes anak aku dulu yang isu driver van sekolah tu. Kes tu anak aku umur 11 tahun, dan kes tu jatuh pada akta kanak-kanak. Akta ni sebenarnya sangat kuat, dan kes tu aku memang konfiden berpihak pada anak aku. Dengan segala bukti yang ada.

Tapi penghujungnya, selepas kes ini diputuskan Prima Facie, akhirnya Hakim putuskan kes di gugurkan kerana pihak pembelaan berjaya timbulkan keraguan munasabah. Dan hakim pilih untuk gugurkan.

Keputusan tu memang timbulkan kekecewaan yang bukan sikit. Sebab 3 tahun naik turun hadap kes ni, dan penyudahnya kes di gugurkan. Waktu tu aku redha, aku faham proses mahkamah bermain dengan elemen teknikal.

Bila kita cakap kita di raba, kita kena buktikan raba tu berlaku. Kalau kita tuduh orang r*gol kita, kita kena buktikan r*gol tu berlaku, dan pelakunya ialah orang yang kita tuduh. Macam mana kita nak buktikan pada Mahkamah tentang tuduhan yang kita buat tu? Sedangkan masa kejadian berlaku, keadaan kita masa tu cuma kita berdua dengan pelaku. Takda saksi. Jadi macam mana kita nak buktikan pada mahkamah?

Sini lah masuk bab teknikal. Bukti nyata kita kena bentang. Tak boleh pakai cakap je. Sebab setakat nak buat tuduhan, semua orang pun boleh buat tuduhan.

Kita cakap orang tu r*gol kita, apa bukti dia r*gol kita? Kita kena buktikan. Melalui dna ke, melalui bukti-bukti pengakuan melalui apa-apa ke, melalui rekod perubatan ke kan dan lain-lain. Dari segala rekod bukti yang kita bentang, pihak peguam bela tertuduh p**a akan timbulkan keraguan munasabah pada rekod bukti yang kita bentangkan. Dia akan bermain teknikal di sini untuk bukti kita tu jadi ragu dan boleh di tolak.

Aku bagi contoh,

Kita kata kita di r*gol oleh pelaku pada hari kejadian jam 10 malam di Hotel mana-mana lah. Kemudian peguam belah tertuduh ni bawa p**a keluar satu bukti yang mana tarikh yang kita cakapkan itu, diorang ada bukti yang pelaku ada di tempat lain. Ini antara permainan teknikal. Haa macam nak tepis point lawyer diorang tu yang ada dokumen tarikh yang kita cakap berlakunya kes tu, anak guam dia ada bukti di tempat lain?

Nak di jadikan cerita lepas sahaja kes anak aku kalah tempoh hari, aku pilih untuk redha dengan ketentuan. Di mahkamah, menang atau kalah bukan bermakna perkara itu tidak berlaku, penentu di mahkamah ini berdasarkan bukti yang kita bentangkan belaka. Bila kita tak dapat bawa keluarkan bukti yang kuat, tak cukup, maka untuk kita kalah kes tu tinggi sangat. Ya, bukan senang tau.

Sebab tu bila melibatkan kes-kes yang kita nak lawan ni, pertama sekali yang paling main peranan ialah IO kes di pihak polis. Ini watak sangat penting penentu juga kes kita akan ke mana.

Kalau dapat IO lembab, malas buat kerja atau IO yang mungkin sudah termakan sogokan, memang kes korang tu bye-bye lah. Walaupun masa tu nampak IO macam beriya konfidenkan kita. Tahu-tahu kes sepi je, atau pun kes tak dapat di dakwa, paling teruk sekali kes tetap di dakwa tapi kita kalah bodoh macam gitu je sebab siasatan yang IO jalankan, tak membantu memperkuatkan bukti. Sebab di sinilah IO punya peranan untuk dapatkan seberapa banyak bukti untuk pastikan kes ini boleh di dakwa di mahkamah.

Ini tugas IO kes.

Peringkat awal ni, peranan IO untuk gunakan kuasa polisnya untuk dapatkan dan panggil saksi-saksi kes untuk di ambil statement, io kena buat siasatan satu persatu, tempat kejadian, siapa lagi terlibat, barang-barang bukti bagi mengumpulkan sehabis banyak bukti. Kemudian lepas IO serahkan segalanya pada pendakwa raya, baru lah atas DPP yang akan lawankan kes kita ini di Mahkamah berdasarkan bukti-bukti yang pihak IO dah dapatkan. Kalau dapat IO lembab tapi DPP jenis bagus, jenis ada hati, pun banyak juga membantu, tapi itu lah. Ikut nasib lah dapat yang mana satu.

Bila berlaku kes jenayah, kita tak boleh pasang lawyer. Pihak tertuduh je yang kena pasang lawyer. Side kita p**a, DPP yang akan wakili kita. Kita tak boleh pilih. Kalau dapat DPP yang takda jiwa, acuh tak acuh, itu kira nasib kita lah tu. Yelah, DPP ni kita tak bayar dia. Dia dah ada gaji bulan. Kes menang ke kalah ke, dia tetap dapat gaji bulan. Tak menaik, tak berkurang. Kita cuma boleh pasang lawyer pemerhati je.

Dan baru-baru ini, dalam satu majlis, tiba-tiba ada satu budak lelaki muda datang jumpa dengan aku. Kemudian mak dia pun datang ke aku dan isteri.

"Salam acik, acik ayah pada Eleanor ya?"

"Waalaikumsalam wbt. Ha'a, betul. Kenapa tu?"

Budak ni pun salam aku, perkenalkan diri dia.

"Saya lah saksi untuk kes anak acik hari tu. Untuk kes neno. Masa tu saya sekolah lagi, saya saksi yang driver van sekolah tu ambil selepas dia ambil neno."

"Oh yeke. Pakcik tak tahu menahu langsung pasal saksi-saksi kes ni. Tak diberitahu pun ada saksi-saksi untuk side neno. Pakcik pun tak sangka akan kalah kes tu"

"Itu lah, saya pun tak sangka kes tu boleh kalah. Masa tu saya di panggil polis untuk jadi kes ni. Polis tanya saya macam-macam soalan berkaitan kes neno ni. Mak suruh saya jawab perkara betul je, saya jawab lah semuanya. Lepas tu IO pesan ke saya supaya jangan beritahu siapa-siapa yang saya jadi saksi untuk kes neno ni terpaksa jangan bagitau family neno.."

Masa aku dengar dia cakap ni, berderau kejap darah. Dah lah aku redha habis lepas kalah, tetiba dia datang cerita balik kisah ni.

"Awak ada di panggil ke mahkamah ke duduk dalam kandang saksi dan di soal? Sebab saksi kes biasanya akan masuk dalam mahkamah juga"

"Saya di panggil ke mahkamah, tapi tak masul dalam ruang mahkamah pun cik. Lawyer belah dituduh ni yang panggil saya untuk jumpa di ruang menunggu. Diorang tanya saya dalam bilik menunggu tu je. Langsung takda masuk dalam ruang mahkamah di tanya soalan. Lepas tu habis lah, dah takda di panggil apa-apa. Tahu-tahu dengar kes neno kalah."

"Lah, saksi apa kalau tak masuk dalam kandang saksi? Lawyer dia panggil sembang tepi je lah? Macam mana lawyer dia boleh tahu awak saksi kes? Kan IO dah cakap jangan bagitau siapa-siapa?"

"Saya pun tak tahu, saya tak cerita pada sesiapa pun. Tahu-tahu di panggil ke mahkamah, lepas tu lawyer tu panggil masuk bilik menunggu dan tanya saya soalan.."

Gila lah, aku terus termenung panjang bila dengar adik ni cerita semua proses yang dia lalu ni. Lepas 3 tahun, aku baru tahu dia saksi untuk kes ni. Dan korang nak tau apa punca aku termenung panjang bila dengar adik ni cerita?

Sebab aku pun berdepan situasi sebiji yang dia lalu ni. Bezanya DPP yang arahkan aku, cuba sorokkan aku untuk terlibat jadi saksi untuk kes anak aku ni. Bini aku je satu-satunya saksi yang diorang letakkan. Penghujung tu, tau apa jadi? DPP bagitau aku yang Lawyer tertuduh namakan aku sebagai saksi diorang untuk kes anak aku.

Pelik gila, apahal aku nak kena jadi saksi pada diorang p**a? Aku patut jadi saksi untuk anak aku je. DPP masa ni pun mengiyakan je, suruh aku standby. Aku pun iyakan je lah. First time kan kes macam ni jadi pada anak aku. Sampai lah tarikh keputusan kes, ini pun menarik. Yang buat aku fikir panjang.

Sebelum tarikh keputusan kes tu kalau tak silap, lupa dah. Aku di panggil sebagai saksi kes. DPP maklumkan lawyer tertuduh panggil aku. Aku pun datang dan jumpa lawyer di bilik menunggu. Sama tak macam yang adik tadi kena? Ya, aku di soal di dalam bilik menunggu je. Borak santai-santai, lawyer melayan luahan aku dan diorang cakap diorang pun setuju sebagai bapa, diorang mungkin buat lebih dari apa aku buat.

Selesai je sesi dengan diorang, habis macam gitu je lah. Sampai date sepatutnya keputusan di bacakan, aku dengan bini tunggu dalam ruangan mahkamah, tiba-tiba Hakim putuskan yang keputusan di tangguh. Di bacakan pada tarikh lain. Sampai pada tarikh yang di beritahu tu, hakim putuskan, kes digugurkan kerana Pihak tertuduh berjaya timbulkan keraguan yang munasabah.

Korang perasan sesuatu tak? Saksi-saksi tak di jadikan saksi dalam mahkamah, tapi di soal balas dengan lawyer di bilik menunggu saja. Sini aku termenung panjang, teknikal level ni pun boleh berlaku rupanya. Dan laknatlah pada IO tuan saidi yang uruskan kes anak aku ini, kalau betul dia memang ada setting semua perkara kejam ini pada kes anak aku.

Dari mula lagi dia tak suggest anak aku ambik rekod trauma di hospital untuk kes ni, padahal report perubatan melibatkan trauma anak ni paling penting untuk lawan kes, dan hari ni aku dapat tahu dia larang saksi untuk jumpa aku, tapi saksi boleh pergi ke lawyer tertuduh untuk di setting tak masuk dalam kandang saksi mahkamah dek kena panggil dengan lawyer tertuduh.

Kiranya saksi-saksi yang sepatutnya jadi saksi pada pihak anak aku dah di manip**asi untuk tak masuk jadi saksi untuk bagi keterangan bagi membantu kes anak aku. Gila lah, aku betul-betul baru terbukak mata. Sampai level ni punya teknikal pun boleh.

Ada lawyer-lawyer yang boleh suggestkan pada aku tak apa langkah yang aku boleh ambil lagi lepas kes dah di gugurkan tempoh hari? Kalau rayuan, macam mana nak buat dan nak masukkan bukti-bukti baru? Dan macam mana p**a kalau DPP yang nak bawakan ni acuh tak acuh, apa hak yang aku boleh guna untuk pastikan kes ni tak berhenti dekat sini? Sekurang-kurang aku boleh ambil langkah untuk lawan lagi

Kes digugurkan hari tu memang sebab bukti tak kuat, banyak lompong terutama sekali bila report trauma sepatutnya awal hari tu wajib buat, tapi io cakap tak payah, dengan yang sepatutnya jadi saksi tapi dah di tepis dari awal, watak aku pun di sorokkan, dan dek kelembapan agensi yang sepatutnya amanah dengan tugasan diorang ni tak buat kerja diorang.

Tergamak betul.

Akta kanak-kanak ni sangat powerful, tak perlu bukti nyata sangat pun base on percakapan anak pun dah memadai. Tapi boleh kalah. Bayangkan kalau yang lawan kes lain bukan akta kanak-kanak? Boleh bayangkan betapa besar cabaran yang mangsa nak kena hadap?

Tak terbayang.

P/s : Tuan-tuan, teknikal-teknikal bila berdepan sesuatu kes ini semua wajib ambil tahu. Belajar lah undang-undang dan macam mana sistem hukum ini bergerak supaya esok bila kita terpilih berdepan ujian seperti ini, kita tak kekok dan tak di khianati oleh badan-badan yang sepatutnya amanah dengan tugasan diorang ini. Kena faham flow je. Bab diorang buat-buat concern pasal kita awal tu jangan termakan sangat, paling penting kes kita tu bergerak. Aku dulu pun tak pernah jangka aku akan terpilih untuk berdepan ujian ini, sepanjang berlawan untuk anak aku, aku tak pernah minta tolong kenalan-kenalan, sebab aku terlampau konfiden untuk akta kanak-kanak ni kuat untuk anak aku. Tapi apakan daya, Allah Maha Kaya, dia bagi aku rasa nikmat ujian yang menggoncang jiwa seorang lelaki bernama Ayah ini.

Harini Kek batik indulgence ada extra 1 unit, ada yang nak? 📍cover Cybersouth, Cyberjaya dan Putrajayahttps://wa.me/+60...
07/06/2026

Harini Kek batik indulgence ada extra 1 unit, ada yang nak? 📍cover Cybersouth, Cyberjaya dan Putrajaya

https://wa.me/+60195056465

Delivery ke Serin Residency Cyberjaya 🥰📌 Tempahan: 3 hari lebih awal📞 019-505 6465https://wa.me/60195056465🚚 Delivery se...
06/06/2026

Delivery ke Serin Residency Cyberjaya 🥰

📌 Tempahan: 3 hari lebih awal
📞 019-505 6465
https://wa.me/60195056465

🚚 Delivery sekitar:
Dengkil | Kota Warisan | Cyberjaya | Putrajaya

Sekali rasa, pasti nak repeat! 🥰

Terima kasih yang support ilanicakes.Saya buat kek batik indulgence cover area Dengkil, Putrajaya dan cyberjaya.https://...
03/06/2026

Terima kasih yang support ilanicakes.

Saya buat kek batik indulgence cover area Dengkil, Putrajaya dan cyberjaya.

https://wa.me/60195056465

02/06/2026

Hi semua, saya anak murid saya buat kek batik indulgence 🥰 cover area Dengkil, Putrajaya dan cyberjaya.

Hari2 delivery kek Batik Indulgence 🥰Terima kasih yang support ilani. saya buat kek batik indulgence 🥰 cover area Dengki...
02/06/2026

Hari2 delivery kek Batik Indulgence 🥰
Terima kasih yang support ilani.

saya buat kek batik indulgence 🥰 cover area Dengkil, Putrajaya dan cyberjaya.

https://wa.me/60195056465

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Semoga KDYMM Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan kemakmuran.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,
Ilani Cakes ✨🎂

Address

Putrajaya
62250

Telephone

+60125376979

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilani Cakes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category