Cikgu Mimi

Cikgu Mimi Memilih yang terbaik...

13/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, WAN HARRIZ✨

Satu lagi khabar membanggakan buat warga pendidikan Johor!

Adik Wan Harriz bin Wan Abdul Qayyum, murid Kelas 4 Sapphire dari Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), iaitu Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru, telah mengharumkan nama Johor dan Malaysia apabila berjaya meraih Tempat Pertama (1st Place) dalam Play-Off Qualifier Round, Hippo English The Contest 2026 di Doha, Qatar.

Hippo English Without Borders merupakan pertandingan bahasa Inggeris yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk murid dan pelajar berusia 6–19 tahun, dengan penyertaan lebih daripada 90,000 peserta dari lebih 70 buah negara.

Pertandingan ini juga selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages ​​(CEFR) dan menilai kemahiran membaca, menulis, mendengar, bertutur serta tatabahasa.

Untuk makluman, Tempat Kedua dimenangi oleh murid dari Arab Saudi, manakala Tempat Ketiga menjadi milik peserta dari Kyrgyzstan.

Sebanyak 14 peserta telah bertanding dalam Pusingan Kelayakan, termasuk dua peserta yang mewakili Malaysia. Seorang lagi peserta negeri Johor, Aaron Yung Wayze dari SJKC Sin Hwa berjaya meraih Johan di Pusingan Benua Asia-Pasifik HIPPO English Without Borders Ke-14, yang telah berlangsung di Phuket pada 2 hingga 5 Julai 2026.

Susulan kejayaannya di Doha, adik Wan Harriz telah layak untuk mara ke World Final Round yang akan berlangsung di Spoleto, Itali pada Oktober 2026.

Pencapaian ini sangat selaras dengan Teras 1 SRBJ: Penguasaan Bahasa Inggeris, serta memperkukuh aspirasi SRBJ untuk melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki keyakinan diri, kemahiran komunikasi yang mantap, dan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas cetusan ilham Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) sebagai satu inisiatif bagi memperkasa sistem pendidikan negeri untuk menghasilkan generasi Bangsa Johor yang holistik dan berdaya saing.

Tidak dilupakan, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah yang sentiasa memberikan sokongan serta bimbingan kepada Wan Harriz.

In Shaa Allah, saya mewakili Kerajaan Negeri Johor akan sentiasa memberikan sokongan kepada adik Wan Harriz serta mendoakan agar terus cemerlang dan berjaya membawa nama Johor dan Malaysia lebih jauh di pentas dunia!

HRH Crown Prince of Johor
Onn Hafiz Ghazi
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara JB
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor
Johorfm




15/07/2026
11/07/2026

Alhamdulillah, Anak tempatan selesai membuang undi di Sek Agama Sg. Rengit, ditemani Isteri sebagai tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan.

Tanjung Surat kita! Tanjung Surat Dihatiku.

Aznan Tamin
Calon No. 02
Barisan Nasional
N39 Dun Tanjung Surat

11/07/2026

Kepada Allah Kita Berserah.

Selamat menunaikan tanggungjawab Bangsa Johor yang di kasihi 💙❤️

10/07/2026
09/07/2026

Address

Puncak Alam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+60137122740

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Mimi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cikgu Mimi:

Shortcuts

Share