24/03/2024
RESEPI BISKUT CORNFLAKES
Bahan-bahan:
🥰1/2 cawan mentega
😍1/2 cawan gula kastor
😘1 cawan tepung gandum
😍1/2 sudu kecil serbuk penaik
😘1 cawan cornflakes, kisar halus
🥰1 sudu kecil esen vanilla
😍1 biji telur
🥰1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda s**a
😘2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
😍paper cup
😍ceri, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan
kembang.
2. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. 3. Pukul sehingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas
berasingan dan gaulkan dengan kismis
bersama cornflakes yang dikisar halus.
5. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam
adunan mentega dan kacau sebati. Jangan
tambah tepung kerana adunan sepatutnya
agak lembik.
6. Rehatkan adunan di dalam peti ais selama
5-10 minit.
7. Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes
yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. 8. Masukkan ke dalam paper cup dan hias
dengan ceri.
9. Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama
lebih kurang15 minit atau sehingga biskut
menjadi sedikit keperangan.
10. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di
dalam bekas kedap udara.
😃Tip:
Selepas 15 minit di dalam oven, biskut masih lagi sedikit lembik. Tetapi tidak mengapa, kerana semasa proses penyejukan biskut akan berubah menjadi seperti tekstur kek di dalam dan rangup di luar.