Syazwanie HydroCare

Syazwanie HydroCare Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syazwanie HydroCare, Pontian.

💧 Hydrogen Therapy 3-in-1
🏡 Sesi percubaan tersedia
📩 PM untuk konsultasi
🚚 Penghantaran seluruh Malaysia
🍃Sedutan gas hydrogen • Terapi mata hydrogen • Air Hydrogen

30/08/2026

Salah satu benda yang saya s**a tentang GenQi 3in1— mudah nak bawa ke mana-mana

Siap ada beg, masukkan je & bawa sekali.

Outstation, holiday, travel… naik flight pun on 😆✈️

Disclaimer: Maklumat ini untuk perkongsian umum sahaja. Hydrogen Therapy bukan pengganti rawatan atau nasihat doktor. Pengalaman setiap individu mungkin berbeza.

29/08/2026

Makin kenal, makin faham.
Nak saya explain 1 per 1? PM saya.

Disclaimer: Maklumat ini untuk perkongsian umum sahaja. Hydrogen Therapy bukan pengganti rawatan atau nasihat doktor. Pengalaman setiap individu mungkin berbeza.

27/08/2026

TERAPI INHALASI HIDROGEN
ASAS SAINTIFIK, BUKTI KLINIKAL DAN POTENSI TERAPEUTIK

Terapi inhalasi hidrogen molekul (H₂) ialah pendekatan terapeutik yang melibatkan penyedutan gas hidrogen pada kepekatan tertentu melalui sistem penghantaran seperti nasal cannula atau mask. Minat terhadap terapi ini berkembang selepas kajian Ohsawa et al. pada tahun 2007 menunjukkan bahawa H₂ berpotensi mengurangkan tekanan oksidatif melalui interaksi dengan spesies oksigen reaktif yang sangat sitotoksik.

Kajian seterusnya mencadangkan bahawa kesan H₂ mungkin lebih kompleks, termasuk modulasi redox signalling, keradangan, fungsi mitokondria dan mekanisme perlindungan sel.
Dari perspektif biologi, tekanan oksidatif yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada lipid, protein, DNA dan mitokondria. H₂ mempunyai saiz molekul yang sangat kecil dan boleh berdifusi dengan cepat ke dalam tisu serta sel. Oleh itu, ia sedang dikaji sebagai agen yang berpotensi memberikan kesan antioksidan, anti-inflamasi dan sitoprotektif.

Bukti klinikal manusia semakin berkembang. Satu review pada 2023 yang menganalisis 64 penerbitan kajian manusia dan 81 clinical trials mendapati bahawa H₂ telah dikaji dalam penyakit kardiovaskular, neurologi, respiratori, kanser, penyakit metabolik dan beberapa keadaan keradangan.
Walaupun terdapat banyak hasil yang menggalakkan, penulis menekankan bahawa bidang ini masih berada pada peringkat awal dan memerlukan kajian klinikal yang lebih besar. (PubMed Central (PMC))

Aspek keselamatan juga telah dikaji. Cole et al. melaporkan kajian terhadap lapan orang dewasa sihat yang menerima 2.4% H₂ dalam udara perubatan pada kadar 15 L/min selama 24–72 jam. Tiada kesan advers klinikal yang signifikan terhadap fungsi paru-paru, ECG, pemeriksaan neurologi, tanda vital atau parameter makmal utama dilaporkan. Walau bagaimanapun, saiz sampel yang kecil mengehadkan kesimp**an mengenai keselamatan jangka panjang. (PubMed)

Bukti keberkesanan p**a masih bercampur. Sebagai contoh, kajian HYBRID II, iaitu kajian multicentre, randomized, double-blind dan placebo-controlled selepas cardiac arrest, menilai inhalasi hidrogen terhadap outcome neurologi. Kajian ini penting kerana ia menggunakan reka bentuk RCT yang kukuh dan menunjukkan bahawa keberkesanan klinikal H₂ perlu dinilai dengan endpoint yang bermakna, bukan sekadar perubahan biomarker. (PubMed Central (PMC))

Sebaliknya, kajian Phase 3 Hydro-COVID yang melibatkan ratusan peserta mendapati H₂ tidak lebih berkesan berbanding placebo dalam mencegah kemerosotan klinikal COVID-19 pada hari ke-14. Dapatan negatif seperti ini penting kerana ia menunjukkan bahawa manfaat H₂ tidak boleh dianggap universal untuk semua penyakit. (PubMed Central (PMC))

Review klinikal terkini pada 2026 menyimpulkan bahawa molecular hydrogen mempunyai potensi terapeutik dalam bidang neurologi, kardiovaskular, respiratori dan lain-lain. Namun, bukti klinikal masih terhad oleh saiz sampel kecil, variasi metodologi, perbezaan protokol dan ketiadaan sistem penghantaran komersial yang standard serta tervalidasi. (PubMed)

TERAPI HIDROGEN BUKAN TERAPI AJAIB

Walaupun Terapi Inhalasi Hidrogen (H₂) menunjukkan potensi melalui kesan modulasi tekanan oksidatif, keradangan dan perlindungan sel, ia bukanlah terapi ajaib (miracle therapy) yang mampu menyembuhkan atau memulihkan semua jenis penyakit.
Bukti saintifik semasa menunjukkan bahawa molecular hydrogen merupakan bidang terapi yang masih berkembang dan masih banyak lagi yang perlu dijalankan untuk membuktikan keberkesanannya.

Beberapa kajian manusia memberikan hasil yang menggalakkan, tetapi terdapat juga kajian yang tidak menunjukkan manfaat klinikal yang signifikan. Tambahan p**a, banyak kajian masih melibatkan jumlah peserta yang kecil, tempoh rawatan yang pendek dan protokol yang berbeza-beza.

Oleh itu, H₂ lebih wajar dilihat sebagai strategi tambahan (adjunctive strategy) dalam penjagaan kesihatan, bukannya pengganti kepada rawatan perubatan yang telah terbukti keberkesanannya.

Pendekatan penjagaan kesihatan yang baik masih perlu memberi keutamaan kepada asas seperti pemakanan yang seimbang dan sesuai dengan keadaan individu, aktiviti fizikal, tidur yang mencukupi, pengurusan stres, kawalan faktor risiko metabolik serta rawatan perubatan yang diperlukan.

Dalam konteks ini, Terapi Hidrogen boleh dipertimbangkan sebagai salah satu intervensi tambahan yang berpotensi membantu menyokong persekitaran fisiologi yang lebih baik, khususnya berkaitan oxidative stress, inflammation dan cellular protection, sementara bukti klinikal terus berkembang.

Yang paling penting, pesakit perlu diberikan penerangan yang jujur bahawa “berpotensi membantu” tidak sama dengan “telah terbukti menyembuhkan.” Pendekatan ini penting bagi memastikan penggunaan Hydrogen Therapy kekal berasaskan bukti, beretika dan berorientasikan keselamatan pesakit.

KESIMPULAN

Hydrogen Therapy bukan pengganti rawatan. Ia adalah satu strategi tambahan yang berpotensi dalam pendekatan penjagaan kesihatan integratif dan perlu digunakan berdasarkan bukti, indikasi yang sesuai serta protokol keselamatan yang betul.

Terapi inhalasi H₂ mempunyai asas biologi yang munasabah dan bukti manusia yang semakin berkembang, tetapi belum boleh dianggap sebagai rawatan standard bagi kebanyakan penyakit.

Pada masa ini, kedudukan paling saintifik ialah menganggapnya sebagai terapi adjunctive atau terapi tambahan yang berpotensi, sementara kajian RCT berskala besar terus diperlukan.

Penggunaan klinikal juga perlu mengambil kira kepekatan H₂, kadar aliran, tempoh rawatan dan aspek keselamatan kerana hidrogen merupakan gas yang mudah terbakar.

DR NORMAN MOHD NORAWI
DOKTOR PERUBATAN NUTRISI
Functional & Lifestyle Medicine Educator

RUJUKAN UTAMA
1. Ohsawa I, Ishikawa M, Takahashi K, et al. (2007). Hydrogen acts as a therapeutic antioxidant by selectively reducing cytotoxic oxygen radicals. Nature Medicine, 13, 688–694. PubMed
2. Johnsen HM, Hiorth M, Klaveness J. (2023). Molecular Hydrogen Therapy—A Review on Clinical Studies and Outcomes. Molecules, 28, 7785. Full-text PMC
3. Cole AR, Sperotto F, DiNardo JA, et al. (2021). Safety of Prolonged Inhalation of Hydrogen Gas in Air in Healthy Adults. Critical Care Explorations, 3, e0543. PubMed
4. Tamura T, Suzuki M, Homma K, et al. (2023). Efficacy of inhaled hydrogen on neurological outcome following brain ischaemia during post-cardiac arrest care (HYBRID II). eClinicalMedicine, 58, 101907. Full-text PMC
5. Puente BN, Habet V, Wheeler CR, Kheir JN. (2026). Emerging Clinical Applications for Molecular Hydrogen. Respiratory Care, 71, 328–338. PubMed
6. Molecular Hydrogen for Outpatients with COVID-19 (Hydro-COVID): A Phase 3 Randomised, Triple-Blinded, Pragmatic, Placebo-Controlled, Multicentre Trial. Full-text PMC

26/08/2026

Sabtu hadir ke HED Melaka — dengar penerangan, lihat demo & rasai sendiri pengalaman menggunakan mesin.

Mereka ambil masa untuk faham dan buat penilaian sendiri.

Ahad, mereka decide untuk memiliki mesin sendiri. 🤍

Terima kasih atas kepercayaan.

Disclaimer: Hydrogen Therapy bukan pengganti rawatan atau nasihat doktor.

20/08/2026

Kenali apa yang saya lakukan di Syazwanie Hydro Care 🤍

✨ Perkongsian info Hydrogen
✨ Sesi trial & pengalaman Hydrogen Therapy
✨ Jualan mesin untuk kegunaan di rumah

Follow saya untuk lebih banyak perkongsian tentang Hydrogen Therapy 😊

Disclaimer: Perkongsian di media sosial ini adalah untuk informasi sahaja. Hydrogen Therapy ialah terapi sokongan, bukan pengganti ubat, rawatan atau nasihat doktor.

18/08/2026

Nak air hydrogen dengan cara yang mudah? 💧

Hydromi — tekan saja, lebih mudah untuk kegunaan harian di rumah.

Hydrogen 3-in-1 p**a — portable, jadi boleh dapatkan air hydrogen di mana sahaja.

Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Yang penting, pilih yang sesuai dengan rutin dan keperluan kita. 😊

Nak tahu mana satu lebih sesuai untuk anda? Boleh hubungi saya.

16/08/2026

Siapa yang sesuai hadir Hydrogen Inhaler Experience Day?

Kalau anda atau ahli keluarga sedang berdepan dengan masalah kesihatan dan sedang mencari ikhtiar tambahan untuk penjagaan kesihatan, Experience Day ini mungkin sesuai untuk anda.

Antaranya bagi yang:

• Mudah penat atau kurang bertenaga
• Pernah atau sedang mengalami masalah kesihatan
• Mahu lebih menjaga kesihatan diri dan keluarga
• Ingin mengenali Hydrogen Therapy sebagai ikhtiar sokongan kesihatan

Dalam sesi ini, anda berpeluang merasai pengalaman:

💨 Sedutan hydrogen
💧 Air hydrogen
👓 Terapi mata hydrogen
📖 Penerangan & sesi soal jawab

Datang kenali Hydrogen Therapy dan rasai sendiri pengalamannya.

🎟️ Tiket Experience Day: RM59 sahaja
📍 Seremban, Melaka & Johor
⚠️ Tempat terhad • Tiada walk-in

📲 click link WhatsApp https://www.wasap.my/60177818404/HED8 untuk dapatkan lokasi dan tarikh yang sesuai.

Semalam serentak HED di HQ Subang, Ipoh & Kuala Terengganu — semuanya FULL HOUSE! 🔥🔥Hydrogen semakin dikenali, semakin r...
16/08/2026

Semalam serentak HED di HQ Subang, Ipoh & Kuala Terengganu — semuanya FULL HOUSE! 🔥🔥

Hydrogen semakin dikenali, semakin ramai yang nak tahu dan cuba sendiri pengalaman Hydrogen Therapy. 🤍

Warga Seremban, Melaka, Johor, Batu Pahat, Muar & Kluang… minggu depan giliran anda! 😍

Jangan lepaskan peluang untuk datang, dengar penerangan & cuba sendiri.

Jumpa anda di HED Roadshow! 🔥
https://www.wasap.my/60177818404/HED8

13/08/2026

Dah guna Hydrogen, boleh berhenti ubat? 🤔

Jawapannya: Jangan hentikan ubat atau rawatan yang sedang dijalani tanpa nasihat doktor.

Hydrogen Therapy boleh dijadikan sebagai ikhtiar sokongan, tetapi ia bukan pengganti ubat, rawatan atau nasihat doktor.

Yang penting, kita faham peranan Hydrogen dengan betul dan elakkan salah faham. 🤍

Kalau nak kenali lebih lanjut tentang Hydrogen Therapy, boleh WhatsApp saya:
📲 017-7818404

10/08/2026

Home Party sama macam HED ke? 🤔

Tak sama 😊
HED biasanya melibatkan peserta yang lebih ramai dan diadakan di lokasi yang ditetapkan.

Home Party p**a lebih santai 🏠✨
Minimum 5 orang, dan kami datang terus ke tempat anda. Boleh buat dirumah atau tempat yang sesuai.

Nak cuba hydrogen therapy bersama keluarga atau kawan-kawan?

Address

Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syazwanie HydroCare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share