09/08/2021
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
Semoga Tahun Baru 1443 Hijrah membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan pada bisnes dan juga hidup kita.
Kuatkan azam dan tindakan kita kearah perubahan sebab Rasulullah SAW sangat-sangat menggalakkan umatnya untuk sentiasa berubah kearah lebih baik dari sebelumnya.
Jadi, sebagai peniaga dan usahawan ada banyak perubahan yang kita kena serius lakukan untuk pastikan bisnes kita sentiasa on-track.
Ubah dari segi mindset, ubah dari segi tindakan, ubah untuk upgrade lebih banyak ILMU, ubah cara kita susun strategi, ubah cara kita uruskan bisnes. Semua ini, bila kita sandarkan pada ILMU dan niat kerana Allah, InsyaAllah akan diberkati & diberikan rahmat dariNya..
Ingat, MAN JADDA WA JADDA.. Siapa yang berusaha, dia akan dapat.