Akademi Masakan Aqilah

Akademi Masakan Aqilah Akademi Masakan Aqilah
- Kelas Roti
- Kelas Kek

Hubungi Aqilah 0176984490

24/11/2023

Jom selawat ♡
اَللهُم صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ

Atas permintaan ramaiKelas roti viral di Alor Gajah, MelakaTarikh : 2hb September 2023Lokasi : Ayer Keroh, MelakaApa yan...
22/08/2023

Atas permintaan ramai
Kelas roti viral di Alor Gajah, Melaka

Tarikh : 2hb September 2023
Lokasi : Ayer Keroh, Melaka

Apa yang anda akan belajar

✅ Roti Bun kacang merah
✅ Sosej pizza
✅ Mini pizza
✅ Donut peach
✅ Annabella

Kelas ni peserta akan di ajar dari A to Z
Peserta juga akan buat sendiri roti2 ini.

Jom daftar segera
www.wasap.my/60176984490/kelasrotimelaka



KELAS KEK HOT SELLING Ramai yang dah menjana pendapatan dengan menjual   ni. Dijamin resepi yang akan kami share dalam k...
22/08/2023

KELAS KEK HOT SELLING

Ramai yang dah menjana pendapatan dengan menjual ni. Dijamin resepi yang akan kami share dalam kelas ni sedap & sangat2 mudah nak buat.

Kek ni mudah je nak buat. Kalau nak belajar buat makan sendiri pon tak Ada masalah.
4 jenis kek yang menjadi kes**aan & kegemaran seisi keluarga sebab Tu la 4 jenis kek ni

Berminat nak join kelas kek. Klik link dibawah 👇
www.wasap.my/60176984490/kelaskekSP







Dijemput semua yg berdekatan Sungai Petani, Gurun, Guar Chempedak, Alor Star, Pendang & seluruh rakyat diutara. Jom join...
20/08/2023

Dijemput semua yg berdekatan Sungai Petani, Gurun, Guar Chempedak, Alor Star, Pendang & seluruh rakyat diutara.

Jom join kelas 4 menu kek yg pasti sedap mata memandang dan sedap tekak merasa.🤭

Awak boleh juga ajak kawan² ,saudara & jiran join kelas ni. Awak Klik no dekat bawah ni ok 👇
www.wasap.my/60176984490/kelaskekSP
www.wasap.my/60176984490/kelaskekSP


SEGALA MACAM RESEPI ICINGDi sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream che...
16/08/2023

SEGALA MACAM RESEPI ICING

Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE

Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-

BAHAN A :

15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

BAHAN B :

1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.

CARA-CARANYA :

1. Campurkan BAHAN A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua BAHAN B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.

Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari s**atan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras.

Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut.

Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata.

Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat.

Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING :

Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA :

BAHAN A :

280-300gm gula icing yang telah di ayak.
Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

CARA-CARANYA :

1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.

2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.

Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.

Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki

CARA MEWARNAKAN :

Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM :

(1) Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

CARA-CARANYA :

Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

BUTTER CREAM :

(2) Bahan-bahannya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

CARA MEMBUAT SYRUP :

1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)
Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan s**atlah untuk 500gm syrup.

CARA MEMBUAT BUTTER CREAM :

Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

CREAM CHEESE ICING

BAHAN2NYA :

200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

CARA-CARANYA :

Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.

CHOCOLATE PIPING :

Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

BAHAN2NYA :

200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

CARA-CARANYA :

Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.

Kredit : Empunya resepi/tips

Japanese cotton cheesecake mudahBahan A---------250g cream cheese50g butter atau 50g majerin50g gula kastor80g susu sega...
15/08/2023

Japanese cotton cheesecake mudah

Bahan A
---------
250g cream cheese
50g butter atau 50g majerin
50g gula kastor
80g susu segar/ susu cair
5 biji kuning telur
50g tepung kek (kalau xde tepung gandum ayak tambah 1sk baking powder)
20g tepung jagung (kalau xde xyah bg lg soft je kek tu tp tepung self rising td jd 70g ye)
1sk esen vanila (boleh jugak pakai perahan lemon )

Bahan B
---------
5 biji putih telur
50g gula kastor
1sk cream off tartar (kalau xde ganti dgn 1sk perahan lemon)

oven panas kan kejap oven 170° darjah

1. Cairkan cream cheese + butter menggunakan teknik double boiler.
2. masa panas tu masuk gula dan susu segar dalam adunan yg dicairkan td tu. kacau dan mix kan bg sebati.
3. Alihkan adunan dan kacau-kacau untuk turunkan suhu sampai suam...
4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati dan tambah esen vanila atau perahan lemon td ek.
5. Masukkan tepung dan tepung jagung. Kacau sebati.
6. Pukul putih telur dan cream off tartar td dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai soft peak.
7. Masukkan putih telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
8. Tuang adunan dalam loyang. Bakar secara water bath suhu ke 150°C dan bakar selama 60-70 minit
Tadaa.. dah siapppll😋😋

credit pic emojoie cuisine

Resepi Kek Tutty Fruity BaldiBahan Sponge Kek300gm Tepung Sponge Mix300gm Telur (timbang tanpa kulit)70grm Susu Full Cre...
15/08/2023

Resepi Kek Tutty Fruity Baldi

Bahan Sponge Kek

300gm Tepung Sponge Mix
300gm Telur (timbang tanpa kulit)
70grm Susu Full Cream / air
1sk Perisa Tutty Fruity

Bahan 2
70grm minyak jagung

Putar bahan 1 sampai kembang hingga tepung nampk berganda.. dalam mangkuk kecil, ambik sedikit adunan tadi dan campurkan dgn minyak jagung.. Kacau sebati. Kemudian campurkan ke dalam adunan 1 tadi.. Mix sebati.

Tuang adunan dalam baldi tu.. Tutup dgn penutup baldi dan kukus hingga masak.

Anggaran dalam 130gram.. Kukus lebih kurang 15 minit.

Angkat dan keluarkan dari baldi Balikkan atas redai.. Supaya kek tak mengecut.

Dah sejuk.. potong kepada 3 layer ye

Bahan Cheese Leleh

250grm Cream Cheese
1/2 cwn Anchor Whipping Cream
1/2 cwn Susu Pekat
1/4 cwn Susu Cair
Mix sebati.. Jangan terlalu lama

Lepas tu bole mula deko
Filing strawberry
Filing kiwi
Filing lemon
Filing mango
Filing blueberry

Hiasan
Buah strawberi
Keju Cheddar (Parut)
Coklat ball/ cip / rice / nib / flakes

Pilih 3 filing diatas yang mana anda s**a.. jangan lupa untuk tabur hiasan tabur..

Pandai2 korang la nak hias macam mana.. Janji sedap dan cantik mata memandang..

Selamat Mencuba....

Sumber Tak Dapat Dikenalpasti
Terima kasih pemilik resepi asal

TERINGIN NAK BUAT KEK BARBIE SENDIRI, TAPI RISAU TAKUT TAK MENJADI? JOM BELAJAR BUAT KEK DENGAN CHEF2 TERLATIH KAMIdetai...
14/08/2023

TERINGIN NAK BUAT KEK BARBIE SENDIRI, TAPI RISAU TAKUT TAK MENJADI?

JOM BELAJAR BUAT KEK DENGAN CHEF2 TERLATIH KAMI

details
TARIKH : 19 OGOS 2023 (SABTU)
MASA : 3.00PM
LOKASI : *AYER KEROH , MELAKA*


KLIK LINK DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
www.wasap.my/60176984490/kelasKEKBARBIE

Sedapnye Coklat Magnum Cake. 🍫🎂Resepi lengkap di bawah. share lepas ni boleh buat kat rumah. 😉BAHAN A :200g minyak jagun...
14/08/2023

Sedapnye Coklat Magnum Cake. 🍫🎂

Resepi lengkap di bawah. share lepas ni boleh buat kat rumah. 😉

BAHAN A :
200g minyak jagung
200g gula kastor
250g susu full cream
250g susu pekat manis
1/4 tsp garam

BAHAN B :
160g tepung gandum
1tsp vanilla powder
1tsp soda bikarbonat
1tsp baking powder

BAHAN C :
3biji telur (A)

CARA-CARA :
1.Satukan kesemua BAHAN A dan masak di atas api sehingga adunan mendidih dan berbuih.
2.Seterusnya satukan BAHAN B dan ayak. Ketepikan sebentar.
3.Kemudian putarkan BAHAN C sehingga kembang dan gebu.
4.Akhir sekali satukan BAHAN B & C ke dalam BAHAN A dan kacau sehingga sebati dan tak berketul.
5.Tuangkan adunan kek ke dalam loyang saiz 9” dan kukus selama 1 1/2jam sehingga masak.

BAHAN TOPPING COKLAT MAGNUM :
100g badam cincang (disangai)
150g dark coklat
150g milk coklat

CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT MAGNUM
1.Seterusnya sangai badam cincang sehingga keperangan. Ketepikan.
2.Kemudian panaskan kuali dan cairkan coklat. 3.Tuangkan badam cincang tadi dan kacau sebati.
4.Akhir sekali toppingkan kek dengan coklat magnum td.

Kredit resepi to real owner mohon dihalalkan ilmu.. Terima kasih 🙏

Hi semua..Kelas roti viral kembali di MelakaTarikh : 19hb Ogos 2023Lokasi : Ayer Keroh, MelakaApa yang anda akan belajar...
14/08/2023

Hi semua..

Kelas roti viral kembali di Melaka

Tarikh : 19hb Ogos 2023
Lokasi : Ayer Keroh, Melaka

Apa yang anda akan belajar

✅ Roti Bun kacang merah
✅ Sosej pizza
✅ Mini pizza
✅ Donut peach
✅ Annabella

Kelas ni peserta akan di ajar dari A to Z
Peserta juga akan buat sendiri roti2 ini.

Untuk 5 peserta terawal, anda akan diberikan scrapper secara percuma

Jom daftar segera
www.wasap.my/60176984490/kelasrotimelaka

RESEPI NAN CHEESE 🤗Simple menu untuk minum petang/breakfastBAHAN-BAHAN :√ 2 cwn tepung gandum√ 1 ½ sudu besar yis√ 2 sud...
07/08/2023

RESEPI NAN CHEESE 🤗

Simple menu untuk minum petang/breakfast

BAHAN-BAHAN :

√ 2 cwn tepung gandum
√ 1 ½ sudu besar yis
√ 2 sudu besar marjerin
√ 2 sudu besar gula
√ 1 sudu besar susu pekat manis
√ ¾ cawan air suam
√ Secubit garam
√ Cheese mozarela

CARA-CARANYA :

1. Campur yis,gula & susu pekat dlm air suam.Tunggu yis kembang.

2. Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.

3. Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.

4. Rehatkan doh 30-45 minit.

5. Tumbuk² doh untuk buang angin, bentukkan bulat. Gelek dan letak cheese.

6. Bulatkan dan gelek semula.Rehatkan doh sekejap.

7. Boleh masak atas pan.Tutup pan dan masak dengan api kecik.

8. Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bhgian atas untuk efek kilat.

*Adunan 2 cawan tepung boleh dapat 4 keping nan size macam dalam gambar*

Kredit : Siti Ayu Ishak


Resepi Biscoff Cheese Cake Bahan kek5 biji telur gred A @ C2 cawan tepung naik sndri1 cawan gula castor1 sudu besar ovel...
31/07/2023

Resepi Biscoff Cheese Cake

Bahan kek
5 biji telur gred A @ C
2 cawan tepung naik sndri
1 cawan gula castor
1 sudu besar ovelate
1 cawan susu segar
1 sachet necafe 3in 1 @ 1 sudu coffee emulco
1/2 cawan butter yg dicairkan @ 1/2 minyak masak

Cara2
masuk kesemua bahan ke dalam bowl mixer kecuali minyak dah mix sehingga kembang then masukkan 1/2 cawan butter or minyak masak n kaub balik …siap..
Boleh kukus / bakar
Kukus selama 15/20 mnt
Bakar selama 30/40 mint suhu 160 drjah celcius(ikut oven masing2)

Bahan cheese
bahan2
1 kg cream cheese
350g susu pekat
370g whipping
270g susu segar
Masuk semua bahan dlm heavy duty blender n blender sehingga sebati

Bahan topping biscoff
beli je topping biscoff yg dah siap
Kalau nk buat sndri resepi kat bawah 👇
Bahan - bahan :
250g biskut Biscoff
200g susu cair
2 tbsp brown sugar
1/2 tsp cinnamon
20g butter (cairkan tlebih dahulu)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan dlm blender dan blender sehingga sebati..
**nak dptkan texture yg pekat..simpan semalam dlm peti n bole digunakan..
Resepi ni boleh tahan semggu dlm peti
** Jangan letak suhu bilik ok 😉
Selamat mencuba

Kredit : Zaliha Zaliha Salleh

Address

No 105C, Kampung Batu Hampar Kanan
Pendang
06700

Telephone

+60176984490

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Masakan Aqilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Masakan Aqilah:

Share

Category