Kerisik Wangi Pak Engku

Kerisik Wangi Pak Engku Kerisik Wangi "Pak Engku" 100% buatan bumiputera.

* Pengilang, Pembekal dan Pengedar Kerisik Wangi " Pak Engku"

Kuasai TINDAKAN kita! Berniaga ni perlukan 100% komitmen. Bak kata omputih, "bloody-love". Bak kata orang tua2, berniaga...
19/11/2015

Kuasai TINDAKAN kita!

Berniaga ni perlukan 100% komitmen. Bak kata omputih, "bloody-love". Bak kata orang tua2, berniaga adalah darah.

Sekiranya kamu tak mampu berikan darah kamu, maknanya, it's not your 100%.

16/11/2015

Musim melawas datang lagi dengan kelapa Ajaib..!!

Haaa... sekarang ni musim melawas untuk kelapa-kelapa sekalian. Maksudnya, pokok kelapa tidak dapat menghasilkan buah untuk beberapa tempoh.. maka, menggaru kepala lah wahai peniaga2 yg memerlukan kelapa..

Monday fever! Aa...... mode hilang... iya kan? Kena cari makanan yang buat mata terbeliak.. gitu.... baru segar.. pak en...
09/11/2015

Monday fever! Aa...... mode hilang... iya kan? Kena cari makanan yang buat mata terbeliak.. gitu.... baru segar.. pak engku syorkan kita semua try kerisik ikan ni. Makan saja atau dengan nasi/pulut. Sedap.. TAPI..TAPI... jangan makan banyak sangat. Cukup sekadar kenyang. Japgi ni sambung kerja.. heee...

KERISIK IKAN

Bahan-bahan :
1) 1 ekor ikan kembung besar (dibakar) - diambil isi ikan & ditumbuk
2) 4 ulas bawang merah - ditumbuk
3) semangkuk kecil kerisik - ditumbuk
4) seinci halia - ditumbuk
5) separuh gula melaka
6) garam secukup rasa

Cara-cara :
1) campurkan semua bahan yg ditumbuk & gaulkan garam & gula secukup nya.
Sedia dihidangkan

Credit resepi: Skrinepal

05/11/2015
Ceq oiii.... mai sini pak engku nak cerita... nak menangis rasanya.. kena selalu bersenam ye.. takut gemuk. =P makan ban...
04/11/2015

Ceq oiii.... mai sini pak engku nak cerita... nak menangis rasanya.. kena selalu bersenam ye.. takut gemuk. =P makan banyak.

KERUTUP UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan.

Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.

Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.

Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.

Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika s**a..

Credit info: tiffin.com

Team Pak Engku

Lagii...  resepi baru. Kena cuba nih! Ala-ala kampung gitu.. Udang Masak KerisikBahan-bahan500 gm udang sederhana besar1...
03/11/2015

Lagii... resepi baru. Kena cuba nih! Ala-ala kampung gitu..

Udang Masak Kerisik

Bahan-bahan

500 gm udang sederhana besar
1 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan kerisek
5 biji cili padi
1 sudu makan serbuk udang kering
1 sudu makan serbuk kunyit

Cara-cara

Buang muncung udang, bersihkan dan toskan.

Kisar serai, bawang putih dan merah, cili padi dan tumiskan sehingga wangi.

Masukkan udang bersama serbuk udang kering dan serbuk kunyit dan biarkan sehingga agak garing. (kalau nak masukkan serbuk udang kering dan serbuk kunyit dengan bahan tumis pun tidak menjadi masalah)

Masukkan air daripada udang yang ditoskan tadi dan masukkan kerisek. Kacau sebati.

Sesuaikan rasa dan angkat.

Taburkan sedikit bijan sangrai kalau s**a.

Credit resepi: myresepi.com

Team Kerisik Wangi Pak Engku

Haaa... sapa kata kerisik tak boleh makan dengan roti? Cuba dulu...Thorbaikk... makan dalam train laju otw balik kampung...
02/11/2015

Haaa... sapa kata kerisik tak boleh makan dengan roti? Cuba dulu...

Thorbaikk... makan dalam train laju otw balik kampung pun sodap.

Waduh-waduh... ni makan waktu tengahari, wahh.... anak2 balik sekolah, mesti nak tambah nasi dengan Daging Kicap Kerisik...
29/10/2015

Waduh-waduh... ni makan waktu tengahari, wahh.... anak2 balik sekolah, mesti nak tambah nasi dengan Daging Kicap Kerisik Berempah. Mak-mak kat rumah kena cuba resepi baru. Pikat hati sekeluarga. InsyaAllah bahagia.

Bahan-bahan :
1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut s**a)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu besar kicap pekat
3-4 sb cili giling
kicap manis/kicap masin secukupnya
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
air asam jawa
3 sudu makan kerisik

Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :
Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging.
Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).

Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau.
Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan daging dan air secukupnya.

Masak hingga hampir empuk.

Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika s**a.

Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.

Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

Credit Resepi: DayangJack@DapurKu SaYang

Hari minggu, mak masak sedap2. Bagu seisi keluarga berkumpul. Meriah!Sekali sekala pekena Air Asam Kerisik Pasti Meleleh...
26/10/2015

Hari minggu, mak masak sedap2. Bagu seisi keluarga berkumpul. Meriah!

Sekali sekala pekena Air Asam Kerisik Pasti Meleleh~

1 sudu makan asam jawa
2 biji lada merah
5 biji lada padi
1/2 cawan air suam
1 biji tomato dipotong dadu
1 inci belacan
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam

Bahan B:
2 biji tomato
1biji bawang besar dihiris nipis
3 biji lada hijau dihiris halus
2 biji lada merah dihiris halus
5 biji limau kasturi
1 sudu makan kerisik

1. Gaul asam jawa dan air..kemudian tapis
2. Masukkan semua bahan A dlm pengisar dan dikisar kasar.
3. Limau dibelah dan dibuang bijinya
4. Gaulkan bahan yg dikisar ke bahan B.
5. Hidang dgn ikan bakar

Credit resepi: Cute Mama Delicacies

Dalam usaha mencari kemewahan, pasakkan hati kepada Pencipta kita. Jelaskan matlamat yang ingin kita capai. Dan ingat! S...
23/10/2015

Dalam usaha mencari kemewahan, pasakkan hati kepada Pencipta kita. Jelaskan matlamat yang ingin kita capai.

Dan ingat! Sentiasa perhatikan kolam jiwa kita.

Credit Post: -DAO-

22/10/2015

NOTA ILMU JUTAWAN PERKATAAN.

Hidup mesti diisi dengan belajar. Tidak akan tua orang yang sentiasa bercita cita. Sesungguhnya cita cita itulah yang meremajakan manusia.

Tong yang tidak berisi kosong. Ia diisi oleh kekosongan. Mulakan hidup dengan mengisinya. Konsisten. Pada mula memang berbunyi. Itu kerana ia baru berisi. Lama kelamaan, apabila penuh, ianya tidak berbunyi lagi.

Usah kejar kemewahan tanpa makna. ia umpama marmar mewah di Istana Firaun. Tiada makna sedikit pun ia berbanding kemuliaan tongkat petunjuk pada nabi Musa yang membelah sungai Nil sebagai laluan ke hadapan.

Beri nilai tinggi pada pengalaman manusia. Sepatah dua madah kata mereka adalah kembara perjalanan yang telah dijelajahi ratusan batu masa kehidupan.

Sepanjang -panjang tali ada penghujungnya. Perkara mahal dalam hidup ini adalah kesetiaan. Kesangsian yang kita cipta pada ruang kosong dalam kehidupan akan merampas kesetiaan yang berputik sedemikian lama.

Hanya kepercayaan akan mengembalikan kesetiaan yang tercalar.

Credit Post: Roslan Ab Hamid

Promosi Lori Balak Terbalik!Sempena Ulang Tahun ke-10, Kerisik Wangi Pak Engku akan meluaskan rangkaian jualan untuk mem...
22/10/2015

Promosi Lori Balak Terbalik!

Sempena Ulang Tahun ke-10, Kerisik Wangi Pak Engku akan meluaskan rangkaian jualan untuk memberi makna kesedapan kepada setiap pencinta makanan.

Kerisik Wangi Pak Engku,
✔100% Buatan Bumiputera dan Dijamin Halal
✔ Pemantauan kualiti 24 jam
✔Telah bertapak dan mencipta nama dalam bidang pemprosesan makanan selama 10 tahun
✔Pasti terangkat sebagai penyedap rasa dalam masakan kampung
✔Kuih-muih berbau wangi pasti bertambah bahagia seisi keluarga
✔Anak-anak puji mak masak sedap tiap-tiap hari
✔Suami pasti minta isteri masak tiap-tiap hari

**************************
Untuk Tempahan / Pertanyaan,
Hubungi sekarang! Nombor talian rasmi Kerisik Wangi Pak Engku – 014-9036044 (Whatsapp)

**************************
✔Harga borong bagi peniaga-peniaga / perusahaan makanan
✔Penghantaran disediakan

**************************
Untuk Tempahan / Pertanyaan,
Hubungi sekarang! Nombor talian rasmi Kerisik Wangi Pak Engku – 014-9036044 (Whatsapp)

**************************
Kerisik Wangi Pak Engku – Penyeri Dalam Masakan Seisi Keluarga

**************************
Ejen / Pengedar Diperlukan.

Untuk Pendaftaran / Pertanyaan mengenai produk Kerisik Wangi pak Engku, hubungi 014-9036044 (Whatsapp)

Kelebihan Ejen / Pengedar:

✔Diberi test-pack sebelum ejen mula menjual
✔Dimasukkan dalam group support bisnes untuk membantu ejen-ejen mengembangkan lagi bakat dan seni jualan

**************************
Talian Rasmi Kerisik Wangi Pak Engku - 014-9036044 (Whatsapp)

Segera! Sementara Stok Masih Ada.

Address

Lahat
31500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kerisik Wangi Pak Engku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share