Azura Homemade

Azura Homemade Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Azura Homemade, Kulim.

25/08/2025

Sesi Penerangan RDC oleh CEO Revoobit Academy, Coach Wadi. Program Affiliate RDC terbukti mampu buat duit online dengan Komuniti Aktif & Panduan Step-by-Step

03/05/2017

‼️‼️‼️ TAMAT TAMAT TAMAT ‼️‼️‼️

Bismillahirrahmanirrahim.

🎉 LIKE, SHARE & WIN 🎉

Cara-caranya mudah sahaja:
1) Like page Beewear Pattern
2) Share post ini dengan setting public
3) Komen "SAYA BERTUAH"
4) Pemenang akan dipilih secara RAWAK

Syarat untuk join
❤️ Positive
❤️ Tidak mempertikaikan pemilihan pemenang
❤️ Tidak pm admin meminta dipilih sebagai pemenang

🎁🤑Hadiah misteri wang tunai akan diberikan kepada DUA pemenang bertuah 🤑🎁

Giveaway ini akan ditamatkan pada bila-bila masa, semoga berjaya 😍

‼️‼️‼️ TAMAT TAMAT TAMAT ‼️‼️‼️

07/03/2017

Salam...kali ini saya kongsi bahan untuk topik darab...banyak konsep darab sebenarnya...antaranya ialah penambahan berulang...pastikan murid2 faham konsep darab terlebih dahulu...apabila faham konsep...murid2 dapat mengingat dan memahami sifir dengan baik...apabila faham konsep...barulah latih mereka supaya hafal agar mereka dapat menjawab secara pantas apabila disoal...pembelajaran biarlah berperingkat...mulakan dengan bahan konkrit...kalau saya (saya guna bekas telur) semasa ajar sifir...kemudian barulah pendekatan visual dan akhirnya secara simbolik....guna teknik menyanyi juga ya...bagi memudahkan pemahaman dan penguasaan murid2...

21/01/2017

Petua Untuk Menghilangkan Angin Pasang Bayi
• Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam (boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
• Bagi bayi lelaki, sebaik-baiknya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks di bawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.
• Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa . Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi (terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang).
• Gunakan ramuan herba jintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain (seperti ikatan sup bunjut). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan seperti yang disebutkan.
• Tuam guna lada hitam/biji sawi yang goreng dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu bungkus dengan kain, barulah tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi. Lakukan setiap hari selepas mandikan waktu pagi/petang.
• Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Jangan panaskan terlalu lama, lebih kurang 1-2 minit sahaja. Seterusnya, masukkan dalam kain, buat macam bunjut dan ikat terus. Tuam perut bayi dengan telur dia sekali secara menaik. Maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tersebut.
• Celupkan daun sirih dalam air suam dan selawat dan tekap-tekap pada bahagian zakarnya. Seterusnya urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi. Guna minyak bayi supaya bayi selesa.

21/01/2017
11/01/2017
11/01/2017

Perkara yang paling merungsingkan ibu bapa ialah apabila anak-anak tidak sihat. Perlunya perhatian yang khusus dari semasa ke sama lebih lebih lagi jika ana

21/11/2016

Resepi: Kek Laici Sos Kastad

Bekas adunan: bekas aluminium (secukupnya)
Tempoh penyediaan bahan: 20minit
Tempoh membakar: 30minit
Suhu : 170c

Bahan2.
8biji telur saiz A / 9biji saiz B
70gm Susu Full Krim
40gm Ovelet
150gm Tepung Kek (Tepung Naik Sendiri)
150gm Gula Kastor
80gm Tepung Jagung
2sk Perisa Laici
70gm Butter (dicairkan)

Cara2.
1. Masukkan semua bahan dalam mixer bowl KECUALI butter. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan butter dan kaup balikkan guna spatula.
3. Tuang dalam bekas aluminium
4. Bakar 170c selama 30minit / hingga masak
5. Setelah masak sejukkan pada suhu bilik dan keluarkan kek dari bekas.
6. Potong kek kepada 2 bahagian.
7. Separuh bahagian dimasukkan semula ke dalam bekas
Bersambung... letak jus laici

Jus Laici
1 tin Laici
80gm gula

Cara2.
1. Toskan laici. Buah asingkan dan ketepikan.
2. Panaskan jus laici dan masukkan gula.
3. Kacau hingga larut
4. Sudukan 4 sudu besar jus laici dan letkkan atas kek yang ada di dalam bekas tadi..
Bersambung.. . Letak sos kastad..

Sos Kastad

300gm air panas
40gm susu tepung
80gm gula
30gm tepung kastad

Cara2.
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
2. Buka api dan kacau sehingga mendidih.
3. Ambil bekas yang berisi separuh kek yang telah di jiruskan dengan jus laici tadi dan sudukan p**a 2sudu sos kastad atas kek. Ratakan.
4. Tutup sos kastad tadi dengan sebahagian kek tadi.
5. Jiruskan lagi dengan 4 sudu besar jus laici dan taburkan buah laici di atasnya.
Bersambung... letak topping..

Topping
200gm Non Dairy Whipping Cream
Almond slice (yang telah dibakar)

Cara2.
1. Pukul Whipping cream hingga kental.
2. Paipkan di attas kek yang telah di taburkan laici tadi. Ratakan.
3. Taburkan almond slice
4. Sejukkan dalam chiller selama 2 jam sebelum dimakan.



Nak tips2 menarik?
Nak belajar asas membuat kek?
Jom join sekolah saya.. hahaha
Klik >>> Fauzi Poji Cake School

Jangan lupa like page saya >>> Fauzi Poji Fans untuk resepi2 menarik

Jom join group saya >>> Aku Masak Ko Yang Panas Bersama Azlina Ina Dan Fauzi Poji untuk info terkini dunia baking.

Nak berniaga / bertanya prihal kek dan sebagainya? Join kami di >>> Aku Menanya/Meniaga Ko Yang Panas (AMMKYP)

Address

Kulim

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azura Homemade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share