Norcooking Centre

Norcooking Centre LIKE sekarang!Dan kami akan membantu utk meningkatkan kemahiran masakan anda.

Norcooking Centre ialah satu-satunya tempat untuk mengasah minat anda dalam dunia seni masakan.Pelbagai jenis masakan dan kursus disediakan bagi memenuhi kehendak peserta.Pembelajaran yang unik, mudah, dan tepat apabila mengikuti kursus yang disediakan berpandukan kepada kursus yang ditawarkan setiap bulan.Selain itu,Norcooking Centre juga menyediakan kursus secara "Personal/Perseorangan" ;dimana

peserta boleh menyenaraikan jenis kursus atau masakan yang ingin pelajari dan terbuka kepada semua peserta secara umum. Selain itu, Norcooking Centre menyediakan bahan-bahan untuk "confectionery" / kek, roti,pastri,alatan,tepung,dan sebagainya.

10/10/2022

Daging Malbari
(Untuk 1 kilo daging )
Bahan kisar
πŸ₯© Kayu manis - 1 batang kecik
πŸ₯© Bunga lawang - 3 kuntum
πŸ₯© Bunga cengkih - 5 kuntum
πŸ₯© Rempah biji ketumbar - 3 sb
πŸ₯© Jintan putih - 1 sb
πŸ₯© Jintan manis - 2 sb
πŸ₯© Cabai kering - segenggam
πŸ₯© Bawang merah - 5 ulas
πŸ₯© Bawang putih - 5 ulas
πŸ₯© Bawang besar - 2 biji
πŸ₯© Halia - 2 inci
☝semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.
Kemudian kisar semua bahan ini.
Bahan2 :-
πŸ– Daging - sekilo potong kecik
πŸ– Kicap manis kipas udang - 1/2 botol
(Botol kecik)
πŸ– Kerisik - 3 bungkus
πŸ– Gula merah - seringgit ( masak dgn sedikit air tapis)
Cara2nya:-
πŸ‘πŸ½-Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi - api perlahan, kisar semua bahan ini.
πŸ‘πŸ½-Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 - 2jam
πŸ‘πŸ½-setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
πŸ‘πŸ½-masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
πŸ‘πŸ½-bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
πŸ‘πŸ½-masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

04/10/2022

Masak apa harini ?

πŸ™‚ itu lah kehidupan seorang isteri dan ibu .. Walaupun bertitle ibu tiri .. Tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung πŸ™ƒ Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anakΒ² ..πŸ₯° semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita 🀲

Ni resepi dia abang kakak adik ... πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜„

Bahan2:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar yis

3/4 cawan air suam

2 sudu besar gula

1 sudu besar marjerin

1 sudu kecil baking powder

Cara:

Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas. Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu2 je. Bila dah rata sikit, letok marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam. Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat2kan. Pahtu celup dalam telur yg dipecah dan golekΒ² dalam serbuk roti..πŸ˜€Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap. 😊

Inti dia pakai sos carbonara saje...tumis bawang holand dan bawang putih..cincang sosej dan tumis dgn lada hitam.. Campur kiub ayam sikit ..letak air sikit ..agakΒ² dh pekat baru tutup api πŸ˜„πŸ˜„ Nk letak inti apeΒ² pun boleh πŸ˜‰

KREDIT : Che Fyqah

17/01/2016

Zaman skrg, terdpt b*k ilmu di internet dan youtube utk pelbagai jenis skill yg boleh dipelajari secara instant.

Tapi pesan Dr. Azizan Osman p**a... utk berjaya perlu laksanakan TIGA petua.

1. Kena ada mentor yg membimbing
2. Kena dptkan ilmu dari mentor
3. Kena belajar sistem/strategi yg diamalkan mentor

InsyaAllah barulah akan berjaya. Bisnes yg asalnya untung 3-4 ribu sebulan boleh mencapai angka juta.

Demo 4 jenis Continental Cake bersama Chef jemputan, Azie Bakery dari Johor pada 23/1/2016 (Sabtu) jam 10 pagi hingga 3 ...
12/01/2016

Demo 4 jenis Continental Cake bersama Chef jemputan, Azie Bakery dari Johor pada 23/1/2016 (Sabtu) jam 10 pagi hingga 3 petang. Yuran kursus adalah RM300.

Berminat? Hubungi Kak Nor 019-6632846. Tempat adalah terhad.

Pelancaran Ketuk-Ketuk Aidilfitri 2016 (KKAF 2016). Semua dijemput hadir.Tarikh: 12 Disember 2015Waktu: 10 pagiTempat: A...
10/12/2015

Pelancaran Ketuk-Ketuk Aidilfitri 2016 (KKAF 2016). Semua dijemput hadir.

Tarikh: 12 Disember 2015
Waktu: 10 pagi
Tempat: A1-5, Plaza Dwitasik, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000, Kuala Lumpur
Hubungi: 019-6632846

Assalamualaikum rakan-rakan Kak Nor yang disayangi di sini. Kak Nor ingin menjemput semua datang ke Pelancaran Ketuk-Ket...
09/12/2015

Assalamualaikum rakan-rakan Kak Nor yang disayangi di sini. Kak Nor ingin menjemput semua datang ke Pelancaran Ketuk-Ketuk Aidilfitri Kuala Lumpur bagi tahun 2016 (KKAF 2016).

KKAF telah dikenali seluruh negara sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin berkembang hingga menjadi bualan ramai di rumah dan pejabat-pejabat dan antara yang terlaris di Malaysia.

Ada dua pakej sesuai utk menjadi AGEN/PENGEDAR KKAF dan jgn lepaskan peluang utk menjana pendapatan. Keb*kan yang berjaya jadi agen KKAF menjana pendapatan di antara 4 hingga 5 angka. InsyaAllah, kita usaha, rezeki atas izin Allah.

Tarikh: 12 Disember 2015
Waktu: 10 pagi
Tempat: A1-5, Plaza Dwitasik, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000, Kuala Lumpur
Hubungi: 019-6632846

Tahniah kepada peserta yang hadir utk kursus Cheese Cake pagi tadi bersama Kak Nor dan Chef Jemputan iaitu Puan Haspilit...
08/11/2015

Tahniah kepada peserta yang hadir utk kursus Cheese Cake pagi tadi bersama Kak Nor dan Chef Jemputan iaitu Puan Haspilita Hussin. InsyaAllah kursus Cheese Cake ini akan diadakan semula nanti.

Jangan lupa utk menghadiri p**a kursus-kursus lain yang akan diadakan pada bulan Nov ini. Di antaranya:

βœ” Kursus Nasi Arab - 10 Nov 2015
βœ” Kursus Roti dan Pastry - 14 Nov 2015
βœ” Kursus Kek Komersil - 15 Nov 2015
βœ” Kursus Kuih Pau Gebu - 21 Nov 2015
βœ” Kursus Western Food - 22 Nov 2015
βœ” Kursus Chicken Rice (Hainan) - 28 Nov 2015
βœ” Kursus Frozen Food - 29 Nov 2015

Utk butiran penuh kursus boleh muat turun jadual di sini:

http://www.norcookingcentre.com/jadual/ProgramBulanNov2015.pdf

Tempat adalah terhad bagi setiap kursus, sila Whatsapp Kak Nor 019-6632846 utk maklumat lanjut dan penyertaan.

Lokasi di A1-5, Plaza Dwitasik, Jalan 5/106, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL

05/11/2015

Assalamualaikum, kursus Cheese Cake pada hari Ahad ini 8/11/2015 terdapat 1 lagi kekosongan. Sekiranya berminat, boleh maklumkan pada Kak Nor dan beri nama melalui whatsapp 019-6632846.

Utk pengetahuan saudara/i, keb*kan kursus (mengikut tajuk) diadakan 1 atau 2 kali setahun. Kemungkinan kursus Cheese Cake mgkn akan dianjurkan semula pada bulan 5 tahun hadapan. Jadi, rebutlah peluang pd hari Ahad ini.

Bagi melihat keseluruhan kursus bagi bulan November, boleh muat turun file pdf di bawah ini. Terima kasih.

http://www.norcookingcentre.com/jadual/ProgramBulanNov2015.pdf

Nak Join Kursus Masakan? Pelajari Masakan Dari Guru Yang Berpengalaman Lebih Dari 30 Tahun Dan Juga Merupakan Guru Pada ...
28/10/2015

Nak Join Kursus Masakan? Pelajari Masakan Dari Guru Yang Berpengalaman Lebih Dari 30 Tahun Dan Juga Merupakan Guru Pada Beberapa Chef Terkenal Di Malaysia! Dapatkan JADUAL KURSUS NOVEMBER 2015 Sekarang Di Sini:

http://bit.ly/1GwD6sH

Atau muat turun jadual:

http://www.norcookingcentre.com/jadual/ProgramBulanNov2015.pdf

Untuk sertai kursus, hubungi atau whatsapp 019-6632846 (Kak Nor)

Assalammualaikum..BismillahhirahmannirahhimKELAS CHEESE CAKE BARU 2015 BERSAMA NORHASPALITA HUSSAIN ARIF DI NOR COOKING ...
13/10/2015

Assalammualaikum..Bismillahhirahmannirahhim

KELAS CHEESE CAKE BARU 2015 BERSAMA NORHASPALITA HUSSAIN ARIF DI NOR COOKING CENTRE!!!

Tarikh: 8 November 2015 (AHAD)
Waktu: 10.00 pagi hingga 2.00 petang

Resepi: 1. NUTTELLA CHEESE
2. MIXED BERRY CHEESE YOGURT . 3. CARAMEL CHEESE CAKE (FREE)
Yuran : RM250.00 (deposit sebanyak
RM100.00 )

Sila bank in ke Maybank account 1142 8111 3901 Hezree B. Baba Ahmad

*whatsapp atau sms detail bayaran setelah dibuat
*penyertaan dibuka kepada 10 peserta sahaja*
*contoh kek akan dibawa p**ang oleh peserta*

Address

Plaza DwiTasik A1-5
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norcooking Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share