12/09/2022
𝐐 & 𝐀
𝐋𝐞𝐯𝐟 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐧𝐬𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐦
1. Apakah Kelebihan LEVF INTENSE SERUM?
• Mencerahkan kulit
• Kandungan VIT C yang tinggi untuk pembaharuan sel kulit
• Membaiki struktur kulit
• Bukan hanya di muka tapi boleh digunakan di seluruh badan seperti masalah parut kesan melecur, kurap, eczema dan gatal-gatal
• Membaiki kulit akibat parut jerawat bernanah (berlubang) dan menghalang jerawat
• Menghilangkan tompok-tompok hitam (jeragat)
• 100% melembabkan dan melembutkan kulit
• 100% anti radang, anti oksidan dan menegangkan kulit
• Melindungi kulit dari sinar UV
• Melicinkan kulit (tanpa perlu melakukan LASER)
• Anti Penuaan (menghilangkan garis-garis halus)
• Sesuai untuk ibu mengandung (bahan mengandungi folic acid)
• boleh dijadikan sebagai base make up kerana tidak melekit dan tidak berminyak.
• Sesuai digunakan untuk lelaki , wanita dan semua peringkat umur
• Mesra wudhu
2. Apakah bahan-bahan utama Levf Intense Serum?
Salicylic acid
- Salah satu jenis BHA yang paling banyak disarankan oleh pakar dermatologi untuk mengatasi jerawat. Salicylic acid juga membantu untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat.
- salicylic acid ini juga dapat mengatasi masalah blackhead dan whitehead serta membantu untuk membaikpulih sel kulit.
- Selain itu, salicylic acid juga berfungsi untuk mengurangkan produksi minyak berlebihan pada wajah yang sering menjadi penyebab tersumbatnya lubang pori-pori.
Hyaluronic acid (HA)
- Sejenis bahan yang berfungsi seperti magnet yang menarik kelembapan dari luar dan dalam kepada kulit. Kulit yang lembap menjadi lebih anjal dan cerah.
- Antioksidan yang melawan radikal bebas terutama daripada sinar ultra ungu (UV) yang boleh menyebabkan penuaan pramatang.
- Sebagai agen pelindung (barrier). Kulit yang cukup kelembapan mempunyai skin barrier yang sihat. Skin barrier yang sihat melindungi kulit daripada bendasing, bakteria, jahat dan patogen yang boleh memberi masalah kepada kulit.
- HA mempercepatkan proses pemulihan dan penjanaan sel kulit dengan memberi kelembapan kepada kulit.
Glycolic acid
- Berkesan dalam memerangi tanda-tanda penuaan kerana ia dapat mempercepat penggantian sel-sel kulit mati.
- Berguna untuk mencerahkan kulit kerana ia boleh menghilangkan bintik-bintik di muka.
Bacillius (soya bean)
- Asid folik yang ditapai secara semula jadi dari soya diserap secara langsung oleh kulit untuk memperbaiki dan memperbaharui kerosakan UV lama, mengurangkan kedutan dan bintik-bintik di wajah.
Melalueca Alternifolia (Tea Tree)
- Digunakan untuk tujuan mengubati pelbagai masalah berkaitan kulit kerana mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik menyebabkan ia menjadi pilihan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit.
- Berkeupayaan untuk melawan bakteria dan mengurangkan keradangan kulit terutamanya jerawat. Secara khusus, minyak pokok teh membantu melawan P. acnes dan S. epidermidis, dua jenis bakteria yang boleh menyebabkan jerawat.
3. Adakah Levf Intense Serum mempunyai kelulusan dari KKM?
•Levf Intense Serum telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor kelulusannya: NOT201200310K
• Produk berkualiti ini juga mendapat pengiktirafan 'GMP Certified' hasil Amalan Perkilangan Baik yang diterima.
• Telah diuji di makmal, mendapat kelulusan SIRIM dan berstatus Halal.
4. Kenapa anda perlu menggunakan serum dalam penjagaan wajah seharian anda?
• Ini kerana Levf Intense Serum merupakan cecair yang bertekstur nipis dimana molekul vitaminnya amat-amat kecil. Ini membolehkan serum diserap dengan mudah ke dalam kulit.
Sekiranya anda seorang yang memiliki kulit berminyak, amat perlu memakai serum ini. Ini kerana ekstrak serum adalah 10 kali ganda lebih pekat berbanding pelembab. Jadi ia dapat berfungsi lebih baik untuk masalah kulit minyak.
5. Adakah serum boleh digunakan bersama set penjagaan wajah yang lain?
• Levf Intense Serum boleh dipakai bersama produk wajah yang lain.