kaikookies.my

kaikookies.my KaiKookies.MY merupakan peniagaan yang diusahakan oleh seorang anak muda yang mengumpulkan semua jen

Alhamdulillah untuk segala rezeki dan peluang yang hadir buat kami.Sangat istimewa kolaborasi dengan Takaful Malaysia un...
02/04/2026

Alhamdulillah untuk segala rezeki dan peluang yang hadir buat kami.

Sangat istimewa kolaborasi dengan Takaful Malaysia untuk tahun ini. Perbincangan dibuat dari bulan November 2025. Allah hadirkan rezeki buat kami. Setiap tahun kami cuba untuk tampilkan kelainan.

Semoga setiap usaha yang kami lakukan ini memberikan kesan yang positif kepada semua yang menyokong Kaikookies. Perjalanan kami tidak mudah. Dugaan yang datang pun bukan mudah. Tapi janji Allah itu pasti, siapa yang berusaha pasti akan berjaya.

Semoga semua gembira dengan hasil kerja kami.

01/04/2026

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang selalu ada.

Terima kasih sebab selalu baik dengan saya. Selalu bagi support untuk teruskan Kaikookies. Dari zaman Pandan Cornflakes ke Popia Simpul dan now zaman Kaikookies 2026. Alhamdulillah. Allah izinkan untuk jumpa dan berkongsi pendapat selalu.

Semoga one day, ada rezeki untuk kami jadi seperti Khairul Aming. Dan ada rezeki untuk berkolaborasi dengan team Khairul Aming. Terima kasih untuk makanan yang sangat sedap, persekitaran yang hebat dan staff yang baik.

Alhamdulillah. Doakan kami. Doakan Kaikookies jadi lebih baik setiap tahun. Kami akan berusaha keras dan akan selalu tambah baik dari masa ke semasa. InshaAllah.

Ikhlas,
Khairul Asyraf.

Alhamdulillah untuk segala nikmat rezeki sepanjang musim Ramadhan yang lepas.Tidak pernah sangka Allah akan berikan kami...
26/03/2026

Alhamdulillah untuk segala nikmat rezeki sepanjang musim Ramadhan yang lepas.

Tidak pernah sangka Allah akan berikan kami rezeki sehebat ini. Untuk orang baru seperti kami, mendapat satu projek untuk 2,110 units bukan satu perkara yang mudah dan senang. Tapi berkat usaha yang tidak pernah berhenti, kami berjaya realisasikan dengan baik. Alhamdulillah. Dalam masa seminggu, semua hamper kami berjaya hantar ke seluruh negeri dan kepada 3 Bank yang terlibat.

Kaikookies berjaya laksanakan dengan baik. Tiada perkataan yang lebih baik hanya bersyukur sebab semua dipermudahkan untuk kami.

Terima kasih BPMB Group atas kepercayaan yang besar ini. Kami akan usaha lebih kuat pada masa akan datang. InshaAllah.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang baik.Selesai siapkan 900 units untuk diberikan kepada semua staff di...
14/03/2026

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang baik.

Selesai siapkan 900 units untuk diberikan kepada semua staff di bawah FGV untuk Majlis Berbuka Puasa. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk kami. Bukan senang. Bukan mudah.

Disebalik kejayaan, pasti akan ada dugaan. Dah selesai angkat semua hampers ke dalam lorry, tiba tiba lorry rosak sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat berbuka puasa. Siapa sangka? Di akhirnya, kami sendiri turun untuk tolak lorry demi memastikan hampers sampai tepat pada waktu.

Dugaan untuk rasa lebih kemanisan.

Alhamdulillah untuk segala rezeki. Terima kasih Allah untuk rezeki yang baik.Bersyukur kerana dapat siapkan dengan sempu...
14/03/2026

Alhamdulillah untuk segala rezeki. Terima kasih Allah untuk rezeki yang baik.

Bersyukur kerana dapat siapkan dengan sempurna tempahan yang dibuat khas oleh Terengganu Songket satu jenama esklusif milik anak Terengganu. Kami pun turut sama sama gembira menjadi sebahagian daripada mereka kerana kami pun lahir dan membesar di Terengganu.

Semoga bingkisan yang diterima akan memberikan senyuman buat semua yang menerima. InshaAllah. Aamiin.

Cadbury Hazelnut is on fire 🔥🔥🔥Sedap gila. Wajib ada dalam senarai kookies raya 2026.
09/03/2026

Cadbury Hazelnut is on fire 🔥🔥🔥

Sedap gila. Wajib ada dalam senarai kookies raya 2026.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang baik.Syukur kerana Allah masih berikan peluang untuk terus buat yang...
06/03/2026

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang baik.

Syukur kerana Allah masih berikan peluang untuk terus buat yang terbaik setiap amanah yang perlu digalas. Tiada kata yang lebih baik melainkan luahan rasa syukur yang tidak terhingga kerana setiap projak berjaya direalisasikan dengan jayanya.

Terima kasih Takaful Ikhlas yang percaya kepada kami. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan kami.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when kaikookies.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to kaikookies.my:

Share