MPU 23052 Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

MPU 23052 Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam Isu Makanan Halal

09/11/2023

KESIMPULAN

Kesimp**annya, makanan halal ialah makanan yang bebas daripada sumber najis bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangk*tan. Secara ringkasnya makanan halal itu mesti bersih dan selamat untuk dimakan

PERANAN SYARIAT ISLAM BERKAITAN ISU MAKANAN HALAL ✅📌 Abstrak Maqasid al-shari'ah memainkan peranan yang  penting dalam p...
09/11/2023

PERANAN SYARIAT ISLAM BERKAITAN ISU MAKANAN HALAL ✅

📌 Abstrak Maqasid al-shari'ah memainkan peranan yang penting dalam penetapan dan pelaksanaan hukum fiqh yang waqi'iyy dalam usaha mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan.
📌 Salah satu cabang fiqh adalah tentang hukum halal makanan dan minuman yang menjadi asas kepada pelaksanaan halal pensijilan hari ini.
📌 Sehubungan dengan itu, kajian ini dikemukakan untuk menganalisis ijtihad Imam Syafi'I dalam hukum-hakam makanan dan minuman berpandukan kepada ukuran maqasid al-shari'ah. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pemakaian maqasid al-shari'ah oleh Imam Syafi'i dan kesesuaian metodologi fiqh beliau dalam menyelesaikan isu-isu semasa khususnya dalam hal berkaitan dengan makanan halal.
📌 Kajian ini adalah berdasarkan kaedah kualitatif dengan kaedah pengump**an data adalah dari bahan-bahan yang berkaitan dengan pendapat pendapat ulama khusunya pendapat Imam Syafi'I dan berbagai dokumen yang terkait.
📌 Analisis p**a adalah berdasarkan kepada kaedah induktif dan komparatif. Hasil analisa menunjukkan bahawa wujudnya aplikasi maqasid al-shari'ah dalam ijtihad Imam Syafi 'terhadap isu pemakanan halal dan metodologinya p**a tidaklah kaku bahkan mementingkan keseimbangan antara nas, akal dan waqi'.

STATUS MAKANAN HALAL DALAM ISLAM

📌Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3:

‎حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية والنطيحة وما أكل السبع إلا ما ذكيتم وما ذبح على النصب وأن تستقسموا بالأزلام ذلكم فسق اليوم ينس الذين كفروا من دينكم فلا تخشوهم واخشون اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا فمن اضطر في مخمصة غير متجانف لإثم فإن الله غفور رحيم

Yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik. dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). itu janganlah kamu tak*t dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu tak*t dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

📌 Oleh karena itu, jelas bahwa perkara yang tidak diperkenankan ada dalil yang menunjukkan status pengharamannya dan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini wajib untuk menuruti segala perintah yang Allah telah nyatakan, sesungguhnya tiada apa yang diperintahkan oleh Allah adalah sesuatu yang sia-sia, dan setiap larangan ada kebaikan di sebaliknya.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG HALAL

📌 Agensi penguatkuasa adalah terdiri daripada KPDNKK, JAKIM, JAIN, KKM, JPV, KDRM dan PBT.
📌 Mereka perlu meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam penguatkuasaan halal berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah masing-masing agensi.
📌 Sistem perundangan kawalan halal di setiap peringkat perlu dimantapkan dengan mengkaji peruntukan undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persek*tuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan.
📌 Sebelum pindaan APD dibuat, bidang kuasa JAKIM sebagai pengilang halal sijil hanya terhad kepada pemantauan aktiviti pemegang sijil halal Malaysia sahaja. JAKIM tidak mempunyai sebarang bidang kuasa terhadap produk yang tidak didaftarkan atau pihak yang menggunakan logo palsu.
📌 Kesannya, kuasa yang ada pada JAKIM sangat terhad dan kurang berkesan kerana terpaksa bergantung kepada agensi-agensi lain. Sekiranya kes melibatkan berhubung dengan logo halal tetapi tiada halal sijil atau penggunaan halal sijil yang telah berakhir, ia memerlukan kerjasama dengan KPDNKK kerana hanya KPDNKK sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyita, mengkompoun dan mendakwa pemilik syarikat yang melanggar undang-undang.
📌 Manakala untuk penguatkuasaan berkaitan kebersihan premis, kebersihan makanan atau produk, operasi perlu dibuat bersama dengan penguatkuasa Kementerian Kesihatan. Manakala kes berhubung dengan Akta Haiwan akan melibatkan Veterinar Jabatan Perkhidmatan. (Liziana & Mariam)

UNTUK MEMASTIKAN MAKANAN HALAL DALAM NEGARA BENAR- BENAR TERJAMIN

📌 kerajaan telah mengubal undang-undang, enakmen atau akta berkaitan halal, antaranya ialah Akta Perihal Perdagangan 2011, Akta Makanan 1983, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 dan lain-lain.( Semua ini dengan tujuan untuk mengawal dan memberikan kesedaran kepada umat Islam, masyarakat dan juga para peniaga serta pengguna supaya memilih makanan halal, tidak menyalahguna sijil dan logo halal untuk semata-mata mencari keuntungan duniawi.)
📌 Sesungguhnya beruntunglah golongan peniaga, pengusaha dan usahawan yang berusaha menyediakan makanan halal, mengusahakan barangan halal dan memasarkannya, mereka ini akan mendapat dua keuntungan dalam perniagaan. Untung kerana bertambah dalam pendapat, rezeki bertambah, ramai pembeli dan menjadi pilihan ramai. Satu lagi untung di sisi Allah SWT mereka akan diberikan ganjaran pahala berganda, keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
📌 Umat Islam sebagai pengguna juga beruntung memilih, menggunakan dan memakan barangan dan makanan halal. Sebab barangan dan makanan halal selamat, baik untuk kesihatan rohani dan jasmani, mendapat pahala, keberkatan dan keredhaan di sisi Allah, malah barangan dan makanan halal juga tidak mendatangkan mudarat kepada fizikal dan rohani.
📌 Tetapi rugilah golongan peniaga, pengusaha atau usahawan yang sekadar mengira untung dalam bentuk angka-angka, hakikatnya mereka rugi sepanjang hayat kerana apa yang diusahakan sekadar angka besar, namun tiada nilai berkat, tiada nilai pahala dan keredhaan di sisi Allah SWT.
📌 Demikianlah, pentingnya barangan dan makanan halal dalam kehidupan sehari-harian umat Islam. Penting untuk kesihatan rohani jasmani. Penting untuk amal ibadat dan amal soleh. Penting untuk kehidupan kita di hari akhirat kelak.
Seterusnya amat penting umat Islam mengetahui kesan dan akibat menggunakan barangan dan makanan haram kepada diri, ahli keluarga, kehidupan, amal ibadat sama ada ketika di dunia ini serta di akhirat nanti, seperti doa tidak makbul, amalan tidak diterima di sisi Allah SWT, tiada keberkatan hidup dan bertambahtambahnya dosa, manakala di akhirat akan dibakar dalam api neraka.

https://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja%20iCEPs/Panduan%20Penentuan%20Makanan%20Halal%20Menurut%20Pandangan%20Ulama.pdf

Terdapat 3 ciri-ciri utama bagi premis yang telah mendapat pengesahan dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia:1. Me...
09/11/2023

Terdapat 3 ciri-ciri utama bagi premis yang telah mendapat pengesahan dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia:

1. Mempamerkan LOGO HALAL MALAYSIA di hadapan/pintu premis.

2. Mempamerkan SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA yang asal dan masih sah tempoh di premis. (Alamat premis mestilah sama sebagaimana dinyatakan di dalam sijil dan tempoh sijil masih sah).

3. Maklumat premis boleh disemak melalui DIREKTORI HALAL MALAYSIA (www.halal.gov.my). Premis yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak akan dipaparkan.

Sekiranya terdapat premis yang mendakwa telah mendapat pengesahan halal, sila pastikan premis tersebut memiliki ketiga-tiga ciri ini.

Jika tidak, status pengesahan halal premis tersebut masih diragui kerana kami mendapati ada premis cuba memperdaya dan mengelirukan pengguna dengan:

mempamerkan logo halal tanpa kebenaran atau logo halal palsu/tidak diiktiraf atau,
mempamerkan salinan sijil halal bahan ramuan/pembekal atau,
mengubahsuai dan mempamer salinan sijil halal premis lain atau,
mempamer hiasan ayat-ayat Al-Quran atau perlambangan bercirikan Islam (bulan, bintang, atau masjid) bagi premis milikan bukan Islam.

https://www.facebook.com/halalacademymalaysia/posts/3-ciri-ciri-utama-bagi-premis-yang-telah-mendapat-pengesahan-dan-memiliki-sijil-/3166912686738195/

09/11/2023

Ayat-ayat Al-Quran dan hadis berkaitan makanan halal dan haram

Makanan halal

1. Selain itu, Allah SWT juga berfirman dalam Quran surat Al-Baqarah ayat 168 agar manusia tidak mengik*ti langkah setan untuk mengonsumsi makanan yang diharamkan. Sebab, Allah telah memberikan makanan yang halal dan lagi baik di bumi.

Arab: يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖوَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ

Latin: yā ayyuhan-nāsu kulụ mimmā fil-arḍi ḥalālan ṭayyibaw wa lā tattabi'ụ khuṭuwātisy-syaiṭān, innahụ lakum 'aduwwum mubīn

Arab: Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengik*ti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.

2.Abu Huraira dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Muslim, menceritakan Sabda Rasulullah SAW terkait akibat jika umat Islam mengkonsumsi makanan yang tidak halal. Salah satunya adalah doa yang tak dikabulkan.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: (إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَاً وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ: (يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوْا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوْا صَالِحاً) (المؤمنون: الآية 51) ، وَقَالَ: (يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) (البقرة: الآية 172)،ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِّيَ بِالحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ)

Artinya: Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kepada kaum mukminin dengan sesuatu yang Allah perintahkan p**a kepada para rasul. Maka Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Wahai para rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal shalih." (Al-Mu'minun; 51). Dan Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kalian dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian." (al-Baqarah: 172). Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan seseorang yang melakukan perjalanan panjang dalam keadaan dirinya kusut dan kotor, dia menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: "Wahai Rabb-ku, wahai Rabb-ku," namun makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan kenyang dengan sesuatu yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan?" (HR Muslim).

Makanan haram

Imam Ibnu Ruslan dalam kitabnya Az-Zubad menukilkan yang bermaksud: "Ketaatan daripada seseorang yang makanannya haram adalah seperti sebuah rumah yang didirikan di atas ombak." Seorang lagi ulama terkenal iaitu Sayyid Ahmad Idris berkata: "Sesiapa sentiasa berhati-hati dalam bersuci dan menjauhkan diri daripada najis, tetapi dia makan yang haram maka waraknya sama seperti warak seekor anjing yang makan najis dan sesuatu yang kotor, tetapi ketika kencing, ia mengangkat kakinya supaya tidak terkena kencingnya." (Al-Manhaj as-Sawi)

https://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja%20iCEPs/Panduan%20Penentuan%20Makanan%20Halal%20Menurut%20Pandangan%20Ulama.pdf

SIJIL HALAL ✅ merupakan satu sijil yang dikeluarkan oleh pihak berwajib sebagai bukti bahawa produk yang hasilkan sama a...
09/11/2023

SIJIL HALAL ✅ merupakan satu sijil yang dikeluarkan oleh pihak berwajib sebagai bukti bahawa produk yang hasilkan sama ada produk makanan, komestik, perubatan dan sebagainya yang mematuhi proses yang di 'sahkan halal dari hukum syarak'. Penggunaan sijil ini diperlukan untuk jaminan makanan halal yang dihasilkan dalam negara untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot. Logo Halal akan diletakkan pada pembungkus atau label bagi produk yang telah diluluskan permohonannya.

PEMOHON YANG LAYAK
1. Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal adalah seperti berik*t:

Pengeluar, Pengilang Produk (Producer/ Manufacturer)
Pengedar/Penjual (Distributor/ Trader).
Pengeluar sub-kontrak (Sub-contract manufacturer).
Pengusaha Pembungkusan Semula (Repacking).
Premis Makanan (Food Premise) .
Rumah Sembelih (A battoir/Slaughter House).

2. Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran tempatan hendaklah memohon terus kepada Jabatan Agama Negeri2.
3. Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon terus kepada JAKIM.

SYARAT SYARAT MEMOHON
1. Syarikat Pengeluar/Rumah Sembelih/Premis Makanan.
Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Mempunyai sekurang- kurangnya 2 orang pekerja Islam di bahagian pengeluaran.
Pengeluar/Pengilang/Syarikat hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
Mempunyai sijil tauliah penyembelih yang masih sah bagi penyembelih dan ' checker '.
Tidak menjual minuman keras atau benda-benda yang diharamkan bagi proses makanan.

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA
1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang disahkan.
2. Salinan lesen operasi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan.
3. Salinan Penyata Kewangan syarikat tahun sebelumnya.
4. Salinan kad pengenalan 2 ( dua ) orang pekerja tetap beragama Islam warganegara Malaysia serta surat perlantikan sebagai pekerja di syarikat berkenaan.
5. Salinan sijil halal bagi ramuan yang digunakan (jika berkenaan).
6. Salinan permit impot bagi bahan mentah berasaskan haiwan yang diimpot.
7. Salinan surat kebenaran dari pihak berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk kesihatan/makanan kesihatan.
8. Peta lokasi premis pengeluaran ( location-map ).
9. Contoh label produk yang disahkan halal.

PEMOHON SIJIL HALAL AKAN DITOLAK BAGI PERKARA PERKARA BERIKUT ❌
✅ Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal
✅ Produk yang tidak halal
✅Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan
✅Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai
keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
✅ Pewarna rambut (hair color / hair dye)
✅Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara
✅Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak k*t teh dan sebagainya
✅Baja dan makanan binatang

https://www.malaysiatercinta.com/2014/04/senarai-logo-halal-yang-di-iktiraf-jakim.html

Apa itu produk HALAL? ✅Sesuatu produk yang:-1. HALAL 2. BAIK 3. SELAMAT Dimakan atau diguna...Tahukah anda bahawa sekira...
09/11/2023

Apa itu produk HALAL? ✅

Sesuatu produk yang:-
1. HALAL
2. BAIK
3. SELAMAT
Dimakan atau diguna...

Tahukah anda bahawa sekiranya suatu makanan atau barangan yang tertera Logo Halal Malaysia, ini bermaksud produk tersebut telah disahkan halal oleh pihak berkuasa berwibawa iaitu Jakim atau MAIN/JAIN
Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

https://www.studocu.com/my/document/kolej-matrikulasi-kedah/pendidikan-islam/definisi-dan-konsep-makanan-halal/26799647

09/11/2023

PRINSIP MAKANAN HALAL ✅ DAN HARAM ❎

Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengik*t ayat 145 dalam surah al-An’am, ayat 157 dalam surah A’araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah seperti berik*t:

PRINSIP PERTAMA :
Semua binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada zaman Rasullullah S.A.W Halal.
Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang halal ialah:
1) Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab,
2) Binatang ternakan iaitu unta , lembu , biri-biri , kambing , seladang , kijang , arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh syarak.

PRINSIP KEDUA :
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.
Binatang tersebut seperti anjing , khinzir , serigala , beruang , kucing , gajah , singa , harimau bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung rajawali.

PRINSIP KETIGA :
Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan.
Binatang tersebut seperti ular , kala jengking , gagak , tikus dan semua binatang yang memudharatkan.

09/11/2023

DEFINISI MAKANAN 🍽

Menurut istilah bahasa Arab makanan diistilahkan sebagai at’imat iaitu jamak kepada to’am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. (Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi 2000). Manakala menurut Kamus Dewan makanan didefinisikan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan lain-lain (Kamus Dewan 2002).
Makan juga boleh diertikan sebagai memamah atau mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair.Secara umumnya, makan pada kebiasaannya ditujukan kepada perbuatan memakan makanan yang berketul, berbiji, berbuku, yang boleh dikunyah seperti nasi, roti, buah-buahan dan seumpamanya.(Mohamed Jusuh 1986)
Menurut definisi ilmu sains makanan boleh didefinisikan sebagai apa sahaja sama ada pepejal, cecair atau di antara kedua-duanya yang mempunyai komposisi kimia yang tersendiri dan apabila dimakan ia akan menjalankan beberapa tugas seperti menyediakan bahan-bahan untuk tumbesaran, memelihara dan membina tisu-tisu badan dan sebagainya. (Krause dan Mahan 1972)

DEFINISI MAKANAN HALAL 🍽

Terdapat beberapa garis panduan untuk menentukan definisi makanan halal ia adalah seperti berik*t:
a)Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengik*t hukum syarak.
b)Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengik*t hukum syarak.
c)Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengik*t hukum syarak.
d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan a, b, dan atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengik*t hukum syarak.

PENGENALAN Makanan merupakan di antara perkara yang penting yang dititik beratkan oleh Islam terhadap umat Islam. Dewasa...
09/11/2023

PENGENALAN

Makanan merupakan di antara perkara yang penting yang dititik beratkan oleh Islam terhadap umat Islam. Dewasa ini kita dapat melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan pemakanan. Di antara isu pemakanan yang sentiasa menjadi perbualan antara masyarakat di Malaysia adalah pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalutkan usus khinzir. Pembongkaran ini telah membuka mata masyarakat tentang berapa pentingnya pengetahuan tentang sumber pemakanan yang dimakan selama ini. Pihak–pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri serta pihak yang berkenaan telah mengambil inisiatif bagi memastikan makanan, ubat-ubatan, kosmetik yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia benar-benar halal dan dibenarkan oleh Syarak. Kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan isu pemakanan menurut perspektif Islam di samping panduan penentuan makanan halal menurut pandangan ulama. Penjelasan ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan terhadap hala tuju perkembangan Industri Kecil Sederhana Muslim di Malaysia. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak kedudukan hukum makanan halal dan haram yang terdapat di Malaysia dan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan kehalalan satu-satu produk itu.

Share free summaries, lecture notes, exam prep and more!!

09/11/2023

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kami pelajar semester 5 Diploma Kejuteraan Elektrik dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Jitra telah diberi tugasan e-folio dalam subjek Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Islam (MPU23052).

Isu berkaitan makanan halal seringkali menjadi perhatian utama di Negara ini. Bincangkan isu ini serta nyatakan bagaimana prinsip, peranan syariat Islam dan etika Islam dapat menyelesaikan isu berkenaan.

MPU23052 - SAINS TEKNOLOGI DAN. KEJUTERAAN DALAM ISLAM.

PENSYARAH: ENCIK MOHD KHAIRI BIN SHAFIE
KELAS: DET 5A

NAMA KUMPULAN:
MUHAMMAD HAIKAL FARHAN BIN HARUN-03DET21F1002
MUHAMAD NASARUDDIN BIN ABDUL NASIR-03DET21F1025
MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN HAMDAN-03DET21F1088
MUHAMMAD HAKIMI BIN ZAINUDIN-03DET21F1197

Address

Jitra
06000

Telephone

+60196923581

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 23052 Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share